Tak dapat dinafikan bahawa dunia ketika ini semakin canggih dengan teknologi tanpa batasan. Tetapi di sesetengah kawasan di dunia, terdapat sekumpulan manusia yang hidup tanpa keperluan asas.

Antaranya adalah tenaga elektrik yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Namun, di sebuah kawasan di Afrika, seorang remaja yang tidak berpendidikan berjaya mengubah nasib penduduk kampungnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

William Kamkwamba dilahirkan pada 5 Ogos 1987 di Dowa, Malawi dan dibesarkan di ladang keluarganya di Masitala Village, Wimbe, kira-kira 2 setengah jam timur laut di ibu kota Malawi.

Anak kedua daripada 7 orang anak Trywell dan Agnes Kamkwamba, William mempunyai enam saudara perempuan iaitu Annie, Dorris, Rose, Aisha, Mayless, dan Tiyamike.

William mendapatkan pendidikan di Sekolah Rendah Wimbe, dengan menamatkan gred 8 dan kemudian diterima di sekolah menengah Kachokolo.

william kamkwamba 937

Pada tahun 2001, Malawi dilanda masalah kelaparan yang tersangat teruk. Dalam hanya tempoh 5 bulan, penduduk Malawi mula mati kelaparan.

Keluarga William pada ketika itu hanya mampu untuk makan sekali sahaja dalam sehari iaitu pada waktu malam.

Oleh kerana masalah ini, keluarga William tidak mampu untuk membayar yuran tahunan sekolah kira-kira RM240, membuatkan William terpaksa berhenti sekolah beberapa bulan sebelum menaiki tingkatan 2.

Selepas itu, beliau tidak bersekolah selama 5 tahun. 

Di usia 14 tahun, William tidak hanya berserah kepada nasibnya sebaliknya mahu meneruskan pengajiannya.

pelan kincir angin william kamkwamba 396

"Saya lihat bapa saya dan ladang-ladang yang kering, ia merupakan masa depan yang saya tak dapat terima," kata William Kamkwamba.

William mula melawat ke perpustakaan yang terletak di kampungnya dan mendapati bahawa minatnya terarah kepada bidang elektronik.

Sebelum itu, beliau pernah menubuhkan sebuah perniagaan kecil membaiki radio di kampungnya, tetapi kerja ini tidak memberikan pulangan yang banyak. 

Pada mulanya, William membina kincir angin prototaip setinggi 5 meter menggunakan motor radio dan dibina menggunakan basikal yang telah rosak, bilah kipas traktor, absorber kereta lama dan pokok gum biru.

Selepas menyambungkan kincir angin tersebut ke bateri kereta untuk penyimpanan, William berjaya menyalakan 4 mentol lampu dan mengecaj telefon jirannya.

Sistem ini juga dilengkapi dengan suis lampu buatan sendiri dan pemutus litar yang diperbuat daripada paku, dawai, dan magnet.

william kamkwamba menunjukkan ciptaannya

Kincir angin tersebut kemudian ditambah kepada 12 meter untuk "menangkap" angin di atas pokok dengan lebih baik.

Kincir angin ketiga dibina untuk mengepam air untuk pengairan.

Projek-projek seterusnya termasuklah air bersih, pencegahan malaria, tenaga solar dan pencahayaan untuk 6 buah rumah kawasan rumah keluarganya, telaga air dalam dengan pam solar untuk air bersih, sistem pengairan titis dan membekalkan jersi seragam serta kasut untuk pasukan bola sepak kampung mereka, Wimbe United.

Projek kincir angin William telah menarik ramai pengunjung dari kawasan di sekitar, termasuk Dr. Hartford Mchazime, timbalan pengarah MTTA, NGO Malawi yang bertanggungjawab terhadap perpustakaan komuniti.

william kamkwamba bersama kincir angin ciptaannya

Dr. Hartford membawa pihak media termasuk The Malawi Daily Times, yang menulis cerita yang panjang tentang projek William.

Soyapi Mumba dan Mike McKay, jurutera di Baobab Health Partnership di Malawi menulis di blog mereka tentang artikel itu dan berita mengenai penemuan William diketahui Emeka Okafor, pengarah program untuk TEDGlobal.

Emeka kemudiannya bersungguh-sungguh mencari di mana lokasi William dan menjempu remaja genius ini ke persidangan TEDGlobal 2007 di Arusha, Tanzania sebagai felo.

Ucapan beliau telah membuatkan penonton terharu dan telah menarik lebih banyak mentor tambahan, penderma, dan syarikat yang menyokong pendidikan dan projek-projek seterusnya.

william kamkwamba di rumahnya

Beliau kemudiannya menjadi pelajar di Christian Bible College Christian Academy di Lilongwe, Malawi dan menerima biasiswa Akademi Kepimpinan Afrika.

Walaupun kesempitan wang dan terpaksa berhenti sekolah ketika kecil, namun berkat usaha gigih William, beliau akhirnya berjaya menamatkan pengajian dari Kolej Darmouth pada tahun 2014 ketika berusia 27 tahun.

Kerjaya pertama beliau selepas menamatkan pengajian adalah sebagai Felo Global di Ideo.org..

Ketika di Ideo.org, William memberi tumpuan kepada Rekabentuk Berpusatkan Manusia dan menghantarnya ke seluruh dunia daripada projek kebersihan di India sehinggalah kepada pencegahan keganasan berasaskan jantina di Kenya.

Beliau kini bekerja untuk WiderNet dalam membangunkan kurikulum teknologi yang sesuai yang membolehkan orang ramai menghapuskan jurang antara "mengetahui" dan "melakukan".

WiderNet akan mengedarkan kandungan melalui eGranaries sekitar Malawi dan di seluruh benua.

Rujukan:

1. Tedtalk

2. William Kamkwamba

3. The Kid Should See This




Hakcipta iluminasi.com (2017)