Sewaktu penghujung tahun 90-an dan awal 2000, siaran televisyen The Crocodile Hunter merupakan satu siaran fenomena. Ianya adalah sebuah dokumentari mengenai hidupan liar yang dihoskan oleh Steve Irwin dan isterinya, Teri.

Siaran televisyen ini menjadi popular kerana keberanian dan keunikan Steve Irwin untuk berada secara berhadapan dengan pelbagai haiwan liar. Konsep ini sedikit berbeza dengan filem-filem dokumentari daripada National Geographic yang hanya merakamkan video daripada jauh dan disertai suara latar pengacara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

steve irvin

Kerana keberanian Steve Irwin juga, beliau mendapat jolokan "The Crocodile Hunter". Berasal dari Australia, beliau merupakan seorang seorang pencinta haiwan dan bekerja menjaga haiwan di zoo. Keluarganya juga merupakan pemilik Austalia Zoo yang diasaskan oleh ibu bapanya.

Latar belakang ibu bapanya yang sememangnya pencinta haiwan nampaknya diwarisi pula oleh beliau. Sepanjang hidupnya, beliau menjadi pengacara untuk beberapa program dokumentasi antaranya The Crocodile Hunter(1996–2007), Croc Files (1999–2001), The Crocodile Hunter Diaries (2002–2006) dan New Breed Vets (2005)

Serangan ikan pari

ikan pari gergasi

Kerjaya sebagai seorang pengacara seperti beliau bukanlah tugas yang mudah. Hal ini disebabkan beliau perlu berada secara dekat dan berhadapan dengan haiwan liar yang ingin didokumentasinya. Ini termasuklah haiwan yang merbahaya dan ganas seperti buaya.

Malah, peristiwa kematiannya adalah sesuatu kejadian yang tidak disangka-sangka. Beliau sebenarnya mati disebabkan oleh serangan ikan pari gergasi yang telah menyerangnya. Peristiwa ini berlaku pada ketika mana beliau sedang melakukan penggambaran untuk filem Ocean's Deadliest.

Detik-detik terakhir kematian

ikan pari

"I'm Dying". Itulah ayat terakhir yang keluar daripada mulut beliau setelah diserang oleh ikan pari tersebut dan terkena tikaman bertubi-tubi daripada ikan tersebut. Peristiwa malang ini telah diceritakan sendiri oleh Justin Lyons, jurukamera yang telah ditugaskan untuk merakamkan video dokumentari tersebut.

Malah, video ketika Steve Irwin diserang oleh haiwan gergasi tersebut juga berjaya dirakamkannya. Menurut Justin Lyons, ketika proses penggambaran tersebut beliau dan mendiang Steve Irwin telah berpindah keluar daripada bot besar ke bot kecil untuk melakukan penggambaran.

serangan ikan pari

Mengikut perancangan mereka, babak terakhir filem dokumentari tersebut akan memaparkan ikan pari tersebut berenang dan beredar jauh daripada Steve yang ketika itu memandang ke arah laut. Malangnya, mungkin kerana ikan tersebut menyangka bayang-bayang Steve merupakan seekor ikan jerung, iaitu salah satu pemangsanya, ikan pari tersebut telah "terbang" keluar daripada air dan menyerang Steve.

Justin yang ketika itu sudah bersiap sedia untuk merakam video langsung tidak menyangka serangan tersebut. Menurut beliau, dalam beberapa saat sahaja, haiwan tersebut telah menyerang atau "menikam" Steve beratus kali. Walaupun Steve telah diserang, beliau terus merakamkan video kerana menyangka ia hanyalah serangan yang menyebabkakn kecederaan kecil.

ikan pari bunuh steve irvin

Namun, sebaik sahaja meletakkan kameranya, beliau ternampak Steve sedang berdiri dan berlumuran darah yang begitu banyak sekali. Beliau tahu sesuatu yang sangat buruk sedan berlaku. Beliau mengatakan bahawa ikan tersebut telah menikam dada Steve.

Darah keluar makin banyak apabila beliau mengeluarkan bahagian ikan yang tajam itu. Ianya bukan sahaja tajam, malah bergerigi menjadikan kecederaan yang dialami lebih teruk. Steve mengalami luka sebesar dua inci pada jantungnya dan beliau terpaksa dipindahkan segera ke bot besar untuk mendapat bantuan.

Menurut Justin Lyons, Steve nampak tenang ketika itu seperti sudah tahu beliau akan mati. Malah, beliau kata-kata terakhirnya kepada jurukameranya itu adalah "I'm Dying" sebelum mati tidak lama kemudian.

Video ketika peristiwa Steve diserang ikan pari ini berjaya dirakam tetapi tidak pernah dikongsi di mana-mana platform atau sosial media sebagai menghormati keluarganya. Justin Lyons bagaimanapun telah menyerahkan rakaman tersebut kepada isteri Steve.

Legasi Steve Irwin

robert irwin

Minat Steve Irwin terhadap haiwan nampaknya diwarisi daripada kedua ibu bapanya yang telah menubuhkan Australia Zoo. Bukan itu sahaja, nampaknya anak-anak Steve turut meneruskan legasi Steve Irwin. Hasil perkahwinan dengan isterinya Terri, beliau dikurniakan 2 orang anak iaitu Bindi (perempuan) dan Robert (lelaki).

Pada Oktober 2018 yang lepas, kedua-duanya bersama ibu mereka baru sahaja mengumumkan siri dokumentari terbaru mereka yang diberi nama “‘Crikey! It’s The Irwins!’. Menurut mereka, siri ini bagi meneruskan kerja bapa mereka yang "belum selesai".

Kredit:

  1. The Telegraph
  2. LA Times
  3. WikiPedia
  4. Global News



Hakcipta iluminasi.com (2017)