Kelmarin merupakan hari perkahwinan Tan Sri Tony Fernandes dengan kekasihnya, Chloe yang berasal dari Korea Selatan. Mereka mengikat tali pernikahan di Cote d'Azur di Perancis.

Perkahwinan tersebut telah dihadiri oleh keluarga terdekat, teman rapat serta pegawai tertingi AirAsia, termasuklah pengerusi AirAsia dan CEO Tune Group iaitu Kamarudin Meranun. Antara VIP lain yang turut hadir adalah pengerusi CIMB Group, iaitu Nazir Razak sebagai best man. 

tony fernandes dan isteri korea bernama chloe

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber Foto: stomp.straitstimes.com

6505a9e8 cbff 4c0c a833 81ebb2892d49 13438 00000aefe3ad8c6b

Sumber Foto: twitter.com

Hampir semua rakyat Malaysia kenal siapa Tony Fernandes, namun tidak ramai tahu kisahnya bersama AirAsia. Di sini penulis ingin berkongsi kisah inspirasi bagaimana Tony Fernandes memulakan AirAsia, sehingga berjaya membina sebuah empayar perniagaan yang sangat kukuh, yang membuatkan Malaysia dikenali di mata dunia.

Kehidupan & Pendidikan Awal

tony fernandes ketika muda

Sumber Foto: thenutgraph.com

Anthony Francis Fernandes dilahirkan di Kuala Lumpur pada 30 April 1964, berbapakan seorang lelaki India yang berasal dari Goa, India. Ibunya yang berasal dari Melaka mempunyai darah campuran India Malayali dan Asia-Portugis. Sewaktu kecil, beliau selalu mengikuti ibunya menjual Tupperware.

Beliau mendapat pendidikan awal di The Alice Smith School di Kuala Lumpur. Pada usia 12 tahun, beliau menyambung pelajaran ke sebuah sekolah berasrama di Epsom College, England.

Setelah tamat sekolah menengah, beliau ke London School of Economics (LSE) untuk program matrikulasi dan menamatkan pelajaran di universiti yang sama dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. 

Kareer Professional Sebelum AirAsia

kareer professional sebelum airasia tony fernandes

Sumber Foto: alchetron.com

Setelah tamat pengajian universiti, Tony bekerja di Virgin Atlantic sebagai seorang auditor, dan kemudiannya menjadi seorang eksekutif kewangan di Virgin Records milik Richard Branson di London dari tahun 1987 sehingga 1989. 

Beliau kemudiannya berjaya menjadi salah seorang ahli akauntan professional melalui Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) pada tahun 1991 dan menjadi ahli fellow pada 1996. Buat masa kini, beliau juga merupakan seorang ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Tony merupakan bekas eksekutif di Warner Music Malaysia, dan pernah mengetuai Warner Music Group sebagai naib presiden bagi kawasan asia tenggara dari tahun 1992 sehingga 2001. 

Apabila Time Warner Inc. mengumumkan penggabungan dengan America Online Inc., beliau meninggalkan syarikat itu untuk mengejar impiannya memulakan syarikat penerbangan tambang murah.

Permulaan Bersama AirAsia 

382798c3 2578 4adf a259 967b8a192668 13438 00000af53204abc9 895

Sumber Foto: news.com.au

tony fernandes di awal permulaan airasia 619

Sumber Foto: economictimes.indiatimes.com

Sejak kecil, Tony mempunyai cita-cita untuk memulakan syarikat penerbangannya sendiri. Ketika berusia 6 tahun, beliau menceritakan kepada bapanya tentang impian beliau untuk memulakan sebuah syarikat penerbangan.

Namun bapa beliau yang merupakan seorang doktor perubatan menyindir dengan berkata, "Sekiranya kau jadi lebih dari seorang doorman di Hilton Hotel pun, aku sudah cukup gembira."

Setelah lama berkelana di United Kingdom, Tony akhirnya pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambah murah. Beliau menceritakan idea tersebut kepada teman rapatnya iaitu Datuk Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah bank pelaburan (kini beliau merupakan Pengarah Eksekutif AirAsia).

Tony bersama Kamarudin bersetuju untuk bersama memulakan syarikat penerbangan dan mereka bersama mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan modal permulaan sebanyak RM1 juta. Beliau masih ingat lagi tarikh tersebut, iaitu pada Mei 2001. 

kamarudin meranum dan pahamin a rejab air asia

Sumber Foto: Kamarudin Meranum & Pahamin A. Rejab

tony fernandes bersama tun mahathir 502

Sumber Foto: kualalumpurpost.net

Mereka berdua kemudiannya menjemput sahabat karib mereka daripada industri muzik iaitu Aziz Bakar untuk bersama mereka. Melalui bantuan Datuk Pahamin A. Rejab, beliau berjaya berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Oktober 2001. 

Nota: Datuk Pahamin A. Rejab merupakan bekas setiausaha agung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau banyak membantu industri muzik dalam memerangi cetak rompak.

Daripada bermula dari kosong, Tun menasihatkan Tony untuk membeli sebuah syarikat penerbangan sedia ada kerana kerajaan sudah tidak lagi mengeluarkan lesen bagi syarikat penerbangan baru pada ketika itu.

Pada 8 September 2001, Tony membeli AirAsia Sdn. Bhd daripada DRB-Hicom Bhd. menerusi Tune Air Sdn. Bhd. dan menjadi CEO syarikat tersebut. Pengambil alihan AirAsia dan Tune Air datang bersama sebuah pakej, iaitu 2 buah Boeing 737 yang usang, lebih kurang 200 orang pekerja serta hutang sebanyak RM20 juta dengan Malaysia Airlines Bhd., Malaysia Airport Holdings Bhd. dan Petronas. 

Cabaran 1: Tiada Pengalaman Dalam Industri Penerbangan

tiada pengalaman dalam industri penerbangan airasia ketika permulaan

Sumber Foto: malaysianwings.com

9a8149cf 6edf 4fdc 83a7 a070e9f014a7 13305 00000aebc9b3086d 74

Sumber Foto: exonumi.com

Tony Fernandes mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perakaunan dan muzik, namun bidang penerbangan adalah sangat asing bagi beliau. Mengendalikan syarikat penerbangan bukanlah seperti mengendalikan kedai runcit, ianya adalah sangat sukar.

Seorang yang berani mencuba demi mencapai cita-cita, beliau meneruskan hasrat untuk bersama AirAsia walaupun beliau tahu AirAsia datang dengan satu bebanan, iaitu hutang yang sangat banyak. 

Cabaran 2: Hutang Yang Banyak

d86d3d31 6fe7 4c27 b3af cc12995b3dff 13305 00000ae9cf921e23

Sumber Foto: kinibiz.com

Keputusannya membeli syarikat bermasalah ini dilihat sebagai tindakan kurang bijak oleh ramai pihak kerana hutang yang terpaksa ditanggung beliau. Beliau sanggup mencagarkan rumah kepada bank, dan menggunakan wang simpanan demi melangsaikan hutang AirAsia dan menstabilkan syarikat tersebut.  

Tony percaya bahawa pelanggan di Asia akan menggunakan khidmat syarikat yang baru diambil alihnya itu sekiranya beliau bakal menyediakan servis yang baik dengan harga yang berpatutan. 

Selepas mengambil alih AirAsia, Tony dan rakan-rakan diberi masa 6 bulan oleh kerajaan untuk menyelesaikan kesemua hutang tertunggak. Dengan modal yang terhad, mereka sangat terdesak. 

Cabaran 3: Insiden 9/11 Baru Berlaku Ketika AirAsia Mula Beroperasi

insiden 11 september baru berlaku airasia

Sumber Foto: iluminasi.com

Beliau mengambil alih AirAsia pada 8 September 2001. 3 hari kemudian, suatu insiden yang sangat dasyat melibatkan industri penerbangan telah berlaku. Insiden 9/11 di Amerika Syarikat menyebabkan ramai netizen di seluruh dunia takut untuk menaiki kapal terbang, takut akan serangan pengganas. 

3 hari selepas serangan 9/11, jumlah penumpang kapal terbang menurun sebanyak 2.7% dan tidak pulih untuk beberapa tahun. Keadaan yang tidak menentu akibat serangan ini boleh mematahkan semangat sesiapa sahaja yang baru cuba berjinak dengan industri penerbangan.

Namun, Tony bukan seorang yang mudah patah semangat malah, beliau seorang yang sangat berani dengan mengambil risiko membeli AirAsia yang sudah bermasalah. Tidak ramai pihak daripada industri penerbangan dapat melihat apa yang beliau lihat, mahupun mempunyai keberanian seperti beliau, untuk mengubah nasib AirAsia.

Strategi AirAsia Menghadapi Cabaran & Rintangan

kapal terbang airasia dengan tabung haji

Sumber Foto: joinfo.com

56370634 7d8d 4c96 b267 a6ba14e59189 13438 00000af41121cee8

Sumber Foto: marketing-interactive.com

Walaupun tiada pengalaman dalam industri ini, semangat beliau mengatasi segala masalah di depan mata. Menurut Tony, insiden 9/11 bukanlah bala, namun suatu kejadian yang membantu AirAsia. 

Selepas insiden tersebut, kos pajakan kapal terbang turun mendadak sebanyak 40%. Disebabkan kejadian tersebut, MAS terpaksa membuang ramai pekerja kerana kekurangan permintaan pelanggan untuk menaiki pesawat. Ini bermakna staf yang berpengalaman dari MAS sudah sedia untuk bekerja untuk AirAsia.

Beliau percaya rakyat Malaysia akan menggunakan servis penerbangan murah yang boleh mengurangkan masa perjalanan serta menjimatkan wang, terutamanya ketika ekonomi yang kurang memberangsangkan pada waktu itu. 

Ketika detik kritikal pada permulaannya, beliau berjaya menstabilkan AirAsia melalui kontrak syarikat tersebut dengan Tabung Haji yang diwarisi daripada DRB-Hicom. Kontrak yang berbaki 2 tahun tersebut telah menjana keuntungan yang banyak buat AirAsia, dan menjadi penyelamat di waktu genting itu.

datuk nasser abdul kassim airasia 408

Sumber Foto: utusan.com.my (Datuk Nasser Abdul Kassim dua dari kanan)

Pelaksanaan dan pengurusan kontrak tersebut berjaya dengan bantuan seorang rakan beliau, iaitu Datuk Nasser Abdul Kassim. Kontrak tersebut tidak disambung walaupun telah dilaksanakan dengan jayanya kerana ia diserahkan kepada MAS.

Nota: Datuk Nasser Abdul Kassim merupakan bekas pemain gitar base kumpulan Discovery. Beliau kini merupakan Pengarah Rantau Kargo AirAsia.

Bagi Tony, beliau sangat bangga kerana kejayaan AirAsia adalah kerana usaha mereka sendiri, tanpa bantuan subsidi daripada kerajaan. Tiada yang istimewa tentang AirAsia, sesiapapun boleh melakukannya dengan syarat mempunyai azam yang kuat.

Kini, setelah 16 tahun beroperasi, Tony dan rakan-rakan berjaya membuktikan syarikat Malaysia setanding dengan syarikat luar, mampu bertanding di pentas antarabangsa dan mengubah lanskap industri penerbangan negara selaras dengan misi syarikat tersebut, iaitu "Now Everyone Can Fly".

now everyone can fly airasia

Sumber Foto: tribunnews.com

Pengiktirafan Terhadap Tony Fernandes & Empayar AirAsia

pengiktirafan tony fernandes empayar airasia

Sumber Foto: twitter.com

Kini, AirAsia telah menjadi sebuah empayar lebih daripada sekadar syarikat penerbangan, dengan menceburi industri-industri lain. Antara kejayaan Tony Fernandes sebagai wakil AirAsia Group adalah:

  • Berjaya meyakinkan negara serantau untuk membuka laluan penerbangan kepada AirAsia melalui perjanjian open-skies dengan bantuan Tun Mahathir. Sebelum ini, laluan penerbangan tidak pernah dibuka kepada syarikat tambang murah. 
  • Menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia sebanyak 9 kali berturut-turut.
  • Memiliki rangkaian Tune Hotels di beberapa negara termasuklah Britain dan Australia.
  • Pernah memiliki pasukan bola sepak Queens Park Ranger.
  • Pengasas Caterham Group, di bawahnya adalah Caterham F1 Formula One team.
  • No. 52 dalam Top 100 Most Creative People in Business.
  • 2010 Forbes Asia Businessman of the Year.
  • 2014 Brand Builder of the Year di World Branding Awards.
  • Dinamakan sebagai Commander of the Order of the British Empire kerana mempromosikan hubungan komersial dan pendidikan antara Malaysia dan UK. 

Kesimpulan

kejayaan tony fernandes

Sumber Foto: indiainfoline.com

Ini adalah antara nasihat Tony Fernandes kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan:

  • Jangan dengar cakap orang, ikut hati anda.
  • Dapatkan produk yang orang inginkan, yakni yang boleh buat duit.
  • Marketing sangat penting. Pastikan orang tahu mengenai produk dan idea anda. Produk atau idea sebagus manapun kalau orang tak tahu, tak guna juga.
  • Kelilingini diri anda dengan individu yang hebat, mereka yang boleh menutup kelemahan serta melengkapkan anda. 
  • Semangat dan minat adalah sangat penting. Lakukan sesuatu yang ada suka, percaya dan cinta, itu boleh memberikan anda tenaga untuk maju ke hadapan. 
  • Perlu bercita-cita besar. Antara impian beliau semasa kecil selain memulakan syarikat penerbangan adalah untuk memiliki sebuah kelab bola sepak Inggeris dan team lumba Formula One. 
  • Menggalakkan pekerja beliau untuk mengejar cita-cita mereka. Namun begitu, AirAsia sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana mereka boleh belajar, berkembang dan melakukan apa yang membuatkan mereka bersemangat.
  • Ambil pekerja yang betul. Cari mereka yang mempunyai semangat di dalam hati mereka. 
  • Pastikan misi yang jelas. Misi AirAsia adalah "Now Everyone Can Fly" membawa mesej yang jelas, iaitu untuk membolehkan semua lapisan masyarakat untuk terbang bersama keluarga, serta untuk meneroka dunia. 
  • Peluang tidak datang selalu, apabila ia hadir, rebutlah.
  • Lihat di mana orang lain tidak pandang, anda akan nampak peluang.

Kredit:

  1. thomaswhite.com
  2. bbc.com
  3. wikipedia.org
  4. economictimes.indiatimes.com
  5. chrisfharvey.com
  6. yesinspire.com
  7. malaysianreview.com
  8. utusan.com.my
  9. channelnewsasia.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)