Oleh pada 11 Apr 2017 kategori

Siapa yang tidak mengenali aktor terkenal yang membawa watak sebagai Tony Stark dalam francais filem adiwira Marvel : Ironman. Beliau merupakan diantara pelakon Hollywood yang meraih pendapatan yang tinggi, iaitu 33juta dollar. Paling menarik. beliau ialah pelakon hollywood pertama yang menandatangani kontrak berjumlah 100juta dollar, sekaligus menjadikan ia kontrak termahal dalam sejarah perfileman, bukan saja di hollywood, malah di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

downer jr remaja

Walaubagaimanapun, setiap kejayaan yang datang itu, terselit seribu kisah disebaliknya. Downey Jr. merupakan anak kepada pembikin filem underground Robert Downey Sr. dan ibunya Elsie, seorang pelakon di Greenwich Village, New York. Boleh dikatakan mereka keluarga bermasalah kerana ayahnya, Downey Sr. seorang penagih dadah yang sangat kuat dan selalu bertekak dengan ibunya pada setiap malam.

downey jr remaja

Seakan -akan ingin mewarisi sikapnya, Downey Sr. pernah mempelawa Downey Jr yang baru berusia 8 tahun untuk minum wine putih dan menghisap ganja bersama-sama. Ia adalah permulaan yang agak hitam untuk Downey Jr. ditambah perpisahan ibu-bapanya pada 1970, ketika beliau baru berusia 15 tahun. Downey Jr. kemudian mengikuti ayahnya ke California dan mendaftar sekolah menengah di sana.

Dalam tempoh empat tahun, beliau telah gagal dalam persekolahan dan kembali ke Manhattan untuk belajar lakonan. Beliau berjaya mendapat tempat dalam rancangan komedi televisyen Saturday Nite Live, seterusnya mencipta nama menerusi rancangan tersebut.

robert downey jr dan sarah jessica parker

Beliau digosipkan dengan beberapa aktres terkenal termasuk   Marisa Tomei dan Jennifer Jason Leigh, namun hubungannya yang paling lama bertahan ialah dengan Sarah Jessica Parker, aktres yang menempa nama menerusi filem Sex And The City. Mereka mula menjalin hubungan di set pada 1984 ketika dalam penggambaran filem Firstborn.

robert downey jr ditangkap

 Segala-galanya berubah pada 1991, apabila Downey Jr. mulai ketagihan dadah yang sangat teruk dan hubungan mereka mulai retak. Sarah mengambil keputusan meninggalkan beliau. Sehinggalah keadaan menjadi semakin keruh pada 1997, beliau dijatuhi hukuman jel selama 180 hari atas pelbagai jenayah keganasan. Dalam jel, Downey Jr. terlibat dalam pergaduhan dengan banduan yang lain. Beliau dipukul teruk oleh banduan sehingga rebah atas darahnya yang banyak. 

robert downey jr ditangkap ru8

Setelah gagal menghadiri ujian dadah yang ditetapkan mahkamah pada 1999, Downey Jr. telah ditahan dan sekali lagi dijatuhi hukuman jel kerana disahkan positif dadah, selama 12 bulan di California sebelum dibebaskan semula pada 2000.

Lebih menyedihkan, Deborah Falconer(isteri pertama beliau yang dikahwini pada 1992) telah mengambil keputusan meninggalkan Downey Jr. kerana malu dengan kelakuan suaminya. Tanpa wang dan keluarga, Downey Jr. sekadar mengambil upah membasuh pinggan dI penjara Los Angeles. Pendapatan yang diperoleh cuma 8 sen sejam. Lebih teruk, pihak kerajaan mengumumkan bahawa Downey Jr. telah jatuh bankrap.

Peluang kedua

Namun, segalanya seakan berubah apabila Mel Gibson memanggil beliau untuk memegang watak utama dalam filem The Singing Detective. Gibson walaubagaimanapun mengambil risiko menaja insurans Downey Jr., kerana dia disifatkan boleh membawa masalah.

downey jr dalam the singing detective

Pada tahun yang sama juga beliau telah bertemu dengan Susan Levin, lalu melamarnya, Susan memberi syarat, dia tidak akan berkahwin dengan Downey Jr. jika dia tidak berhenti dari ketagihan dadah.Selepas dua tahun, Downey Jr. berjaya mengawal ketagihannya dan berhenti dari sebarang kegiatan dadah, lalu mereka berkahwin pada Ogos 2005.

robert downey jr dan susan levin

Ironman

Seolah-olah satu titik tolak yang telah menutup segala kisah silamnya, Downey Jr. telah mendapat tawaran untuk membawa watak sebagai Tony Stark dalam filem adiwira Ironman pada 2008. Ia mengubah kehidupan Downey Jr. secara total dan pergi kearah yang lebih baik. 

ironman

Selebihnya tentang kehidupan Downey Jr. tidak perlu dijelaskan lagi. Namun apa yang diceritakan ialah sebagai teladan untuk kita ambil sebagai inspirasi. Ternyata peluang kedua itu masih wujud, walaupun kadang-kadang ia kelihatan seperti samar-samar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)