Beberapa hari lalu merupakan ulang tahun ke-16 berlakunya kejadian runtuhan bangunan berkembar World Trade Center (WTC) dan bangunan 7 WTC akibat serangan pengganas.

Kejadian yang lebih dikenali sebagai serangan 9/11 ini berlaku pada awal pagi Selasa, 11 September 2001, ketika mana orang ramai sedang berpusu ke tempat kerja masing-masing, termasuklah di WTC.

Seramai 2,996 orang termasuk 'pengganas' telah terbunuh, manakala lebih 6,000 orang telah tercedera akibat serangan ini. 

Terdapat pelbagai teori konspirasi di sebalik kejadian ini. Namun, iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 teori konspirasi menarik mengenai serangan 9/11.

5. Insider Traders (Pedagang Stok) Tahu Akan Berlakunya Serangan Pengganas.

wall street dan teori konspirasi

Beberapa hari sebelum berlakunya 9/11, sejumlah wang yang besar telah dilabur ke dalam put options (pelaburan yang menguntungkan apabila harga stok jatuh) syarikat penerbangan American Airlines dan United Airlines, di mana kapal terbang kedua-duanya telah dirampas dan digunakan untuk serangan 9/11. Hal ini sangat meragukan dan sesetengah ahli teori percaya bahawa traders ini mendapat informasi awal akan berlakunya serangan pengganas, kerana mereka meraih untungan berlipat ganda berikutan kejadian tersebut. 

lucky larry silverstein teori konspirasi

Malah, ada individu yang turut menjana keuntungan secara lansung akibat serangan 9/11. Individu tersebut adalah Larry Silverstein, seorang usahawan Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi. Beberapa bulan sebelum tragedi 9/11, bangunan WTC telah dijual kepada Larry, yang mana Larry kemudiannya mengambil plan insuran spesifik yang meliputi serangan keganasan (terrorism).

Selepas kejadian 9/11, Larry membawa syarikat insuran ke mahkamah, kerana dia berasa pampasan yang dibayar sepatutnya 2 kali ganda (dari jumlah yang telah dibayar) kerana tragedi ini melibatkan 2 serangan pengganas. Akhirnya, dia menang kes tersebut, dan dibayar USD$4.55 billion.  

Menariknya, Larry Silverstein dan anak-anak yang turut bekerja di WTC tidak hadir pada hari berkenaan. 

4. Tentera Udara Amerika Syarikat Tidak Responsif Pada Hari Kejadian.

gambar letupan 911

Ramai ahli teori konspirasi percaya bahawa North American Aerospace Defense Command (NORAD), sebuah organisasi kerjasama AS dan Kanada yang bertanggungjawab memberi amaran berkaitan pertahanan udara dan aeroangkasa sengaja memberi arahan supaya jet pejuang mereka membenarkan kapal terbang yang telah dirampas pengganas agar mereka ini boleh memenuhi objektif utama mereka. 

teori konspirasi jet pejuang amerika

Malah, netizen berasa sangat sangsi kerana AS sendiri yang turut mempunyai pertahanan tentera udara antara yang paling kuat di dunia tidak mampu untuk menyekat kapal terbang yang telah dirampas pada hari kejadian, menyebabkan ramai percaya penglibatan secara lansung kerajaan AS yang dilihat sengaja membenarkan berlakunya 9/11.

Persoalannya, apakah motif kerajaan AS bertindak sedemikian?

3. Penglibatan Negara Haram Israel 

hubungkait israel dengan amerika teori konspirasi

Anti-Defamation League, sebuah NGO antarabangsa Yahudi yang berpangkalan di AS percaya penglibatan negara haram Israel dalam tragedi tersebut, dan berkemungkinan merekalah yang membuat pelan serangan 9/11.

Antara motif Israel berbuat demikian adalah supaya AS menyerang musuh-musuh Israel, untuk mengalihkan perhatian dari media massa berkenaan isu layanan Israel terhadap rakyat Palestin, untuk membantu Zionists mengawal dunia dan untuk memujuk rakyat AS agar menyokong Israel. 

amerika dan israel bersahabat baik

Selain itu, penyokong teori konspirasi percaya pekerja berbangsa Yahudi di WTC telah diberi amaran untuk tidak hadir pada 11 September 2001, menyebabkan tiada langsung kematian Yahudi ketika 9/11. Berdasarkan sumber televisyen Al-Manar di Lebanon, mereka meletakkan jumlah Yahudi yang tidak hadir bekerja seramai lebih kurang 4,000 orang.

Sumber lain mengatakan terdapat kematian Yahudi antara 270 hingga 400 orang, namun sekiranya informasi ini adalah benar, jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah sebenar Yahudi yang bekerja di bangunan malang tersebut. 

2. Perang Teluk dan Penaklukan Iraq dan Afghanistan. 

gambar perang tentera amerika teori konspirasi

Antara motif kuat AS untuk melakukan serangan 9/11 dan membunuh rakyat mereka sendiri adalah disebabkan faktor sumber minyak di negara-negara teluk seperti di Iraq dan Afghanistan, yang boleh mengukuhkan sumber ekonomi AS. Malah, pendapat ini disokong kuat oleh Andreas von Bulow, seorang bekas Menteri Penyelidikan kerajaan Jerman.

radar amerika tidak berjaya kesan pengganaskah

Bekas Perdana Menteri ke-4 kita sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan pendapat ini, dan beliau berkata terdapat bukti kukuh 9/11 ini adalah drama AS untuk menyerang orang Islam, di mana akibat dari serangan 9/11 ini, islamophobia telah berleluasa di seluruh dunia termasuklah di AS sendiri.

islamofobia di amerika  

1. Bom Dipasang Pada Menara Berkembar WTC dan Bangunan 7.

gambar letupan pwtc 911 ada bom digunakan

Ramai percaya bahawa 9/11 adalah kerja orang dalam. Selepas beberapa jam serangan terhadap menara berkembar WTC, satu teori yang diketahui umum telah memenuhi  ruangan internet.

Penulis teori tersebut percaya akan penggunaan perobohan terkawal (controlled demolition) terhadap Menara Utara dan Menara Selatan WTC berdasarkan kadar runtuhan yang terlalu pantas dan terlalu ideal seolah-olah telah dirancang lebih awal.

Nota: Perobohan terkawal selalunya menggunakan bom untuk meruntuhkan bangunan-bangunan lama bagi membina bangunan baru. 

Malah, ramai saksi berkata terdengar bunyi letupan berkali-kali sebelum dan ketika runtuhan berlaku, dan ada yang melihat serpihan terpelanting keluar daripada bangunan. Malah, visual video turut menyokong testimoni saksi.

Bagi penulis, secara logiknya, serangan terhadap menara WTC tidak akan meruntuhkannya walaupun kerosakan pada kadar kritikal di bahagian atas mahupun bawah bangunan, sebaliknya bangunan akan terbalik ke arah sisi sama ada kiri, kanan, depan atau belakang.

Tidak logik untuk bangunan runtuh secara sempurna dan total. Malah, terdapat banyak bukti yang menyokong teori ini. 

Yang paling mengejutkan adalah Bangunan 7 WTC yang langsung tidak diserang pengganas telah turut runtuh pada kadar yang pantas dan sempurna seperti menara berkembar WTC walaupun hanya berlaku kebakaran yang minimal.

Ketika sesi temu bual bersama Larry Silverstein berkenaan 9/11, beliau terlepas cakap tentang keputusan untuk meruntuhkan Bangunan 7 WTC telah dibuat. Namun, siapakah yang membuat keputusan tersebut? Persoalan ini sehingga kini masih menjadi tanda tanya. 

teori konspirasi wtc kena bom

Antara sebab-sebab lain 9/11 adalah penipuan besar kerajaan AS adalah:

  1. Tiada kotak hitam kapal terbang ditemui. 
  2. Serpihan bangunan yang terlalu hancur.
  3. Kebakaran dan runtuhan WTC tidak merosakkan passport pengganas yang dijumpai.
  4. Terdapat bukti dan testimoni saksi pemasangan bom oleh Mossad (CIA versi Israel) dan CIA.
  5. Jurutera dan saintis menyangkal bahawa kebakaran bersumberkan minyak kapal terbang mampu mencairkan besi keluli yang menjadi struktur bangunan WTC.
  6. Bangunan WTC telah dibina untuk bertahan dari kesan pelanggaran Boeing 707 pada mana-mana bahagian bangunan-bangunan ini.
  7. Kebarangkalian untuk salah satu bangunan WTC runtuh adalah rendah walaupun tidak mustahil, namun kebarangkalian untuk kesemua bangunan WTC runtuh adalah sesuatu yang sangat mustahil. 
  8. Kerajaan AS cuba sedaya upaya mengelak dari menjawab apa-apa persoalan berkaitan 9/11.

Rujukan:

1. History

2. Snopes

3. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)