Axiom Space, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2016 dengan misi untuk melancarkan misi komerrsial pertama ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (atau ISS, singkatan bagi Internation Space Station).

Dirancang dan dianjurkan oleh syarikat angkasa lepas swasta Axiom Space, misi ini telah membawa sekumpulan penyelidik ke angkasa untuk menjalankan kajian dan eksperimen utama dalam keadaan istimewa yang hanya terdapat di angkasa lepas. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Misi Axiom-1

axiom space

Axiom-1 (nama yang diberikan kepada misi pertama ini) mendapat kebenaran daripada NASA. Walaupun penerbangan itu dianjurkan oleh syarikat angkasa lepas swasta Axiom Space, ia dilakukan menggunakan SpaceX Dragon 2 - kapal angkasa boleh guna semula.

Malah, kedua-dua syarikat - SpaceX dan Axiom Space - telah menandatangani perjanjian untuk tiga pelancaran: Axiom-1, 2 dan 3. Kapal angkasa Dragon telah pun menerbangkan tiga misi manusia ke ISS dimana kesemua misi tersebut telah membawa angkasawan kerajaan.

Misi ini dikendalikan oleh Axiom Space dari Pusat Kawalan Misi Axiom MCC-A[4] di Houston, Texas. Penerbangan ini telah dilancarkan pada 8 April 2022 dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.

misi axiom1

Kali ini, ia pertama kalinya membawa krew persendirian pertama. Misi itu mendapat kebenaran daripada NASA, bersama dengan misi selanjutnya yang dirancang oleh Axiom dan SpaceX.

Dengan menjadikan perjalanan angkasa lepas lebih berdaya maju secara komersial, syarikat Axiom Space berharap dapat meningkatkan pemahaman kita tentang angkasa dan tubuh badan manusia dengan membawa penyelidik ke angkasa agar lebih banyak penyelidikan dapat dilakukan.  

Semasa berada di ISS, krew penerbangan bukan sahaja akan dapat melihat pemandangan angkasa lepas yang menakjubkan, mereka turut akan menjalankan penyelidikan dalam sains dan pendidikan. Axiom mndakkwa misi ni akan merangkumi 100 jam penyelidikan yang dikendalikan manusia merentasi kira-kira 25 eksperimen berbeza.

Krew penerbangan

krew axiom 1

Krew misi  terdiri daripada Michael López-Alegría, seorang warga Amerika yang dilahirkan di Sepanyol dan seorang angkasawan terlatih secara profesional yang diupah oleh Axiom, Eytan Stibbe dari Israel, Larry Connor dari Amerika Syarikat dan Mark Pathy dari Kanada.

Michael Lopez-Alegria ialah bekas angkasawan NASA dan VP Axiom Space. John Shoffner ialah juruterbang dan usahawan pertunjukan udara, dan bukan pekerja Axiom mahupun angkasawan terlatih kerajaan. Peggy Whitson ialah bekas angkasawan NASA dan perunding Axiom.

Walaupun ini akan menjadi penerbangan angkasa lepas kelima untuk Michael López-Alegría, bagi tiga anggota krew yang lain ini akan menjadi penerbangan pertama merekka.

Pada awalnya dijangkakan bahawa pelakon Tom Cruise dan penerbit filem Doug Liman akan menjadi penumpang misi penerbangan ini untuk sebuah projek film. Walau bagaimanapun, terdapat perubahan dan telah diumumkan semula kemudiannya mereka akan terbang pada penerbanngan misi berikutnya.

Ekperimen dan kajian yang bakal dijalankan

eksperimen angkasa lepas 340

Terdapat kira-kira 25 jenis eksperimen dalam pelbagai subjek yang akan dijalankan dalam misi ini. Bidang penyelidikan utama Larry Connor ialah sekitar kesan perjalanan angkasa lepas terhadap sel senescent (sel yang telah berhenti membahagi tetapi belum mati) dan kesihatan jantung.

Sel-sel jenis ini telah dikaitkan dengan pelbagai penyakit berkaitan usia. Di Bumi, penyelidikan beliau cenderung menumpukan pada MRI pra dan pasca misi untuk mengkaji kesan persekitaran penerbangan angkasa pada tisu tulang belakang dan otak.

Mark Pathy pula akan bekerjasama dengan enam universiti Kanada dan dua syarikat pemula teknologi semasa berada di ISS. Ini termasuk penyelidikan ke dalam holoportasi dua hala - aplikasi realiti campuran untuk kanta khas yang mempunyai unjuran 3D dua hala sebagai hologram untuk berkomunikasi.

Beliau juga akan menjalankan pemerhatian Bumi, penyelidikan sindrom neuro-okular yang berkaitan dengan penerbangan angkasa (perubahan dalam ketajaman visual yang dialami oleh ramai angkasawan) dan mengambil bahagian dalam projek lain dengan universiti yang berbeza.

Eytan Stibbe menyertai krew Axion-1 bagi pihak Yayasan Ramon dan dengan kerjasama Agensi Angkasa Israel. Axiom telah menyatakan bahawa sepanjang berada di angkasa lepas, Eytan Stibbe akan melakukan eksperimen dan menjalankan aktiviti pendidikan untuk menghubungkan generasi muda di Israel. 

Kredit:

  1. Science Focus
  2. Wikipedia
  3. Axiom Space



Hakcipta iluminasi.com (2017)