Oleh pada 26 Jan 2018 kategori

Sumber foto: mStar Online

Bencana banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekeliling Lembah Klang susulan hujan lebat sepanjang masa lebih sejam sejak jam 3 petang kelmarin.

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, kawasan yang terlibat termasuk Perumahan Rahmat Jaya Fasa 4, Kampung Bahagia, di Gombak, Rawang, Jalan Persiaran Surian, Petaling Jaya dan lain-lain.

Menerusi kenyataan itu juga, Alimaddia memberitahu, banjir kilat berkenaan merekodkan ketinggian sehingga 0.6 meter menyebabkan kesesakan teruk di sekeliling kawasan terbabit.

Jelasnya lagi, keseluruhan anggota di balai bomba itu sedang bersedia mempersiapkan diri untuk berdepan apa-apa kebarangkalian.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)