Oleh pada 13 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Harian Metro

Seorang pelajar Tingkatan 6 di sebuah sekolah menengah di daerah Klang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini akibat membuat laporan palsu sebagai mangsa perkosaan dan culik.

Tertuduh, Roslind Nagie Anak Enteba (18 tahun) mengaku bersalah setelah jurubahasa membaca pertuduhan terhadapnya di depan Majistret Roslizi Sulaiman.

Berasaskan pertuduhan, remaja berkenaan telah menyalurkan maklumat palsu kepada pihak polis bahawa seorang lelaki kononnya telah menculik dan memperkosanya.

Kesalahan itu didakwa dibuat pada jam 6.43 petang, 1 Februari lepas di Balai Polis Klang.

Untuk kesalahan itu, Roslind didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Amira Abd. Aziz selaku Timbalan Pendakwa Raya mengendalikan pendakwaan dan tiada peguam yang mewakili tertuduh.

Roslizi memutuskan 26 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan hukuman ke atas remaja terbabit.

Sumber berita: Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)