Oleh pada 14 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Know Your Meme

Rangkaian laman sosial perkongsian video, YouTube mengambil tindakan serius terhadap penggunanya, Logan Paul.

YouTube tampil dengan keputusan untuk menurunkan profil pengiklanannya. Malah, Paul turut dibuang daripada projek di platform langganan 'YouTube Red' bagi kandungan asal.

Selain itu, Youtube juga memansuhkan dua projek membabitkan Paul, iaitu penyiaran sekuel filemnya berjudul 'The Thinning' dan pelantikannya sebagai watak utama bagi musim keempat filem 'Foursome'. 

Baru-baru ini, masyarakat dunia digemparkan dengan sebuah video memaparkan Paul mempermainkan mangsa bunuh diri di sebuah hutan berhampiran Gunung Fuji, Jepun.

Menerusi rakaman kontroversi tersebut, Paul (22 tahun) menemui mayat di Aokigahara, hutan padat di kaki Gunung Fuji yang turut digelar sebagai 'hutan bunuh diri Jepun'.

Video berkenaan yang memaparkan seorang lelaki menggantung dirinya mencetuskan perbalahan para netizen menerusi media sosial di Jepun.

Tidak cukup dengan itu, Paul juga dilihat ketawa dan bergurau tanpa menunjukkan rasa hormat terhadap apa yang sedang berlaku.

Logan Paul merupakan warga Amerika Syarikat yang begitu popular di laman Youtube. Jumlah pengikut salurannya mencecah 15 juta orang, dengan majoriti terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak.

Sumber berita: BH Online & AFP 




Hakcipta iluminasi.com (2017)