nahas terowong menora laluan terhalang hampir sejam trafik sesak teruk 5km

Laluan dari Jelapang ke Terowong Menora di Ipoh menghadapi kesesakan trafik berikutan nahas melibatkan dua kereta di Kilometer 261.4, iaitu dalam terowong tersebut di Kilometer 261.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, semalam.

Aliran trafik di terowong itu ditutup pagi semalam dan dilaporkan bergerak perlahan sepanjang 5 kilometer disebabkan nahas berkenaan.

Jurucakap PLUS memberitahu, nahas itu mengakibatkan kedua-dua lorong di tempat insiden terpaksa ditutup buat seketika waktu pagi semalam.

Namun, kerja pengalihan dan pembersihan tamat dan kedua-dua lorong dibuka kembali buat pengguna lebuh raya pada pukul 12 tengah hari semalam.

"Berikutan kejadian itu, aliran trafik agak perlahan sepanjang lima kilometer dari arah Ipoh menghala ke Kuala Kangsar," ujarnya sewaktu dihubungi petang semalam.

nahas terowong menora laluan terhalang hampir sejam trafik sesak teruk 5km 3

Dalam pada itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, pihaknya mendapat panggilan kecemasan tentang insiden berkenaan pada jam 11.31 pagi.

Beliau menjelaskan, sebaik sampai di lokasi, anggota menyaksikan nahas melibatkan rempuhan Proton Saga dan Proton Saga Aeroback di dalam terowong terbabit.

"Ketika anggota bomba tiba, mangsa tiada di lokasi kemalangan dan anggota bomba membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat," ujarnya.

nahas terowong menora laluan terhalang hampir sejam trafik sesak teruk 5km 1

Sumber foto: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Sumber berita: Utusan Online & Harian Metro


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)