Filem '3 Idiots' lakonan Aamir Khan merupakan antara karya terbaik beliau dan antara filem Bollywood paling popular pernah dihasilkan. Ianya mengisahkan sekumpulan 3 orang pelajar bernama Rancho (Aamir Khan), Farhan (R. Madhavan) dan Raju (Sharman Joshi) yang sentiasa mendatangkan masalah di universiti. Walau bagaimanapun, ketiga-ketiga mereka berjaya menghabiskan pengajian di universiti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selepas graduasi, Rancho lakonan Aamir Khan telah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi oleh rakan-rakannya. Kira-kira 10 tahun kemudian, mereka bertiga berjumpa semula di Ladakh dimana Rancho sudah menjadi seorang saintis yang menggunakan nama samaran "Phunsukh Wangdu" dan sudah memiliki 400 buah paten.

Pengenalan Ladakh Kepada Seluruh Dunia

filem 3 idiots di ladakh

Filem 3 Idiots ini adalah contoh terbaik bagaimana sebuah filem mampu memberikan impak besar dalam mempromosikan sebuah tempat pelancongan terpencil kepada sebuah tempat pelancongan yang popular di India.  Babak akhir filem ini mempertemukan Rancho dan kawan-kawan rapatnya di Ladakh di mana beliau merupakan seorang guru disitu.

Babak ini ini juga menemukan Pia (Kareena Kapoor), iaitu kekasih Rancho di zaman universitinya dahulu. Penggambaran filem ini yang berlatarbelakangkan Tasik Pangong secara tidak langsung memperlihatkan keindahan Ladakh kepada jutaan penonton yang mungkin tidak pernah mengetahui akan kewujudannya.

keindahan ladakh

Ladakh sememangnya tempat yang sangat cantik dengan pasir putih, keindahan gunung-ganang dan air laut yang sangat bersih dan belum tercemar. Sebelum filem ini dipaparkan, setiap tahun kira-kira 400,000 orang pelancong yang datang ke sini. Walau bagaimanapun, setelah filem 3 Idiots dipertontonkan pada tahun 2011, jumlah tersebut meningkat berkali-kali ganda sehingga mencatatkan 1,600,000 orang pelancong setiap tahun. Jumlah ini juga semakin meningkat setiap tahun.

Peningkatan Industri Pelancongan di Ladakah

kafe 3 idiots

Peningkatan jumlah pelancong ini sememangnya memberikan kesan positif terutamanya dalam bidang ekonomi kepada penduduk setempat. Banyak hotel dan restoran baru dibina bagi menampung jumlah pelancong yang semakin bertambah setiap tahun ini.

Selain itu, pertambahan pelancong ini juga secara tidak langsung meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Terdapat beberapa kafe diberi nama 3 Idiots Cafe dan Rancho Cafe sempena mengambil nama filem 3 Idiots dan watak utamanya, Rancho. Kedatangan pelancong disini mencapai kemuncaknya pada musim panas di mana jumlah pelancong biasanya lebih ramai daripada jumlah penduduk tempatan.

Kemusnahan Ekosistem di Ladakh

pencemaran sampah di ladakh

Walau bagaimanapun, peningkatan jumlah pelancong ini juga mendatangkan masalah besar kepada kawasan ini. Sampah sarap mula banyak kelihatan dibuang secara merata-rata. Sebelum tempat ini menjadi terkenal, lori sampah akan hanya akan datang ke sini mengumpul sampah setiap 8 hari. Walau bagaimapun, setelah Ladakh menjadi popular, kira-kira 20 buah lori sampah diperlukan setiap hari bagi membawa sampah keluar dari kawasan ini.

Selain itu, beberapa pencinta alam sekitar juga mengakui pertambahan pelancong dan sampah sarap ini telah menyebabkan banyak kemusnahan flora dan fauna di sekitar kawasan Ladakh. Sekiranya perkara ini berterusan, mereka mungkin terpaksa mencadangkan undang-undang yang lebih ketat kepada pihak berkuasa tempatan seperti keperluan mendapatkan permit bagi mengurangkan kesan negatif ini.

pencemaran di ladakh

Sebenarnya kisah kemusnahan Ladakh ini hanyalah salah satu contoh bagaimana peningkatan populariti sesebuah kawasan pelancongan tersebut boleh merosakkan ekosistem di kawasan tersebut. Di Malaysia, contohnya di Bukit Broga juga turut mengalami masalah serius yang sama sehinggakan ianya terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pemuliharaan.

Kredit:

  1. Business Insider
  2. Buzzfeed
  3. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)