kesan kontroversi nora danish pada lagu ini lagi boom 1

Kredit foto: The Malay Mail Online

Tentu ramai yang beranggapan kontroversi antara pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha telah mengganggu promosi lagu duet Nora bersama penyanyi rap, Waris - 'Ini Lagi Boom'.

Namun Waris dalam kenyataan terbarunya menafikan dakwaan tersebut kerana daripada maklum balas yang diterimanya, lagu itu semakin mendapat banyak permintaan di corong-corong radio.

kesan kontroversi nora danish pada lagu ini lagi boom 2

Kredit foto: Utusan Online

Saya tidak mahu masuk campur dengan isu berkenaan, bagi saya itu adalah hal peribadi mereka. Perkara itu pun tidak menganggu promosi lagu duet saya bersama Nora. Cuma apa yang saya nampak dari segi promosi, kontroversi itu sedikit sebanyak membantu popularkan lagu tersebut. Pada pendapat saya, tidak kira sama ada isu itu negatif atau positif, perkara itu jugalah yang banyak membantu sebenarnya. Saya juga perasan, lagu itu semakin mendapat sambutan dan pendengar juga sering membuat permintaan untuk lagu itu diputarkan di radio.

Sumber: Astro Gempak

Waris membuat kenyataan tersebut di Majlis Pelancaran Album 'Waris Alumni' yang berlangsung di ATAS, Commercial Hub, Petaling Jaya.

Album keduanya itu memuatkan 10 buah lagu, antaranya Ada Saja, Lagenda, Dalam Perjalanan, Cinta Terakhir, Tepuk, Alumni dan Cara Lama. 


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)