Kredit foto: Instagram Jejai

Dalam kemelut isu yang melanda Rizal Ashram Ramli atau mesra disapa Jejai bersama bekas isterinya, Fasha Sandha baru-baru ini, kehadiran beliau yang juga merupakan bekas suami kepada Nora Danish di hari pernikahan Nora dan Nedim Nazri berjaya mencuri hati netizen. 

Kelibat Jejai di majlis tersebut menerima pujian ramai yang beranggapan beliau sebagai seorang yang 'gentlemen'.

Susulan kehadirannya turut disertai sebuah ucapan istimewa buat Nora dan Nedim yang disampaikan melalui laman Instagram.

ucapan jejai sempena perkahwinan kedua nora danish 2

Tahniah saya ucapkan kepada anda berdua dan mendoakan supaya kebahagiaan rumah tangga kalian terus mekar serta berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya-Allah. Kepada Nora, semoga anda menikmati setiap detik pada hari bahagia anda ini. Sejujurnya saya gembira anda berdua akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri. Tahniah! Semoga bahtera perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan segala rahmat dan kegembiraan. Saya pasti Rayqal (anak hasil perkongsian hidup Nora dengan Jejai) dan Dre (anak Nedim daripada perkahwinan pertama) turut berkongsi kegembiraan bersama kalian berdua.

Sumber: Instagram Jejai & Rotikaya

Sebelum ini, Jejai dan Nora Danish mendirikan rumah tangga pada Jun 2006, bagaimanapun bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 8 tahun. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)