Kredit foto: mStar Online

Pelakon Nora Danish telah bertindak untuk memfailkan saman fitnah terhadap Fasha Sandha dan seorang blogger ekoran kenyataan fitnah yang ditulis oleh Fasha Sandha menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Kerosakan sudah dibuat dan saya menerima impak teruk terhadap perniagaan dan maruah keluarga saya.


Jadi saya telah mengupah peguam dan tindakan undang-undang telah diambil atas tuduhan fitnah yang dibuat terhadap saya.

Menurut Nora lagi, kejadian yang berlaku bukan berunsur sabotaj seperti didakwa dan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berjumpa dengan Fasha berhubung perkara itu.

Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan dia (Fasha).


Malah saya juga sangat bersedia untuk naik turun mahkamah jika perkara ini berlarutan.

Selain itu, Nora juga telah mengemukakan fail saman kepada seorang penulis blog yang didakwa bertindak melampau dengan mengemaskini status berbaur fitnah dan berat sebelah.

Kenyataan itu bersifat melulu dan memberikan reputasi tidak elok kepada saya, keluarga dan perniagaan saya.


Mungkin akan ada sidang media seterusnya selepas ini tetapi saya tidak akan memberikan kenyataan lanjut lagi kerana ia membabitkan urusan undang-undang.

Sidang media tergempar tersebut diadakan di Publika semalam berikutan dakwaan seorang selebriti telah menghalau Fasha dalam majlis pertunjukan fesyen, Fenomena Aidilfitri 2017 anjuran sebuah jenama pakaian dan tekstil terkenal. 

Sumber: astrogempak.com.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)