Oleh pada 15 May 2017 kategori

aziz m osman komen isu perang nora danish dan fasha sandha 1 601

Kredit foto: Sinar Harian

Pengarah terkenal, Aziz M. Osman terpanggil untuk menyuarakan pandangan beliau tentang isu yang melanda dua pelakon cantik, Nora Danish dan Fasha Sandha.

Dalam kenyataan tersebut pengarah itu tidak mengulas secara spesifik, sebaliknya hanya memberi kata-kata semangat kepada Nora agar tabah menghadapi ujian yang melanda.

Luahan beliau dimuatkan menerusi kiriman terbaru akaun Instagramnya. 

aziz m osman komen isu perang nora danish dan fasha sandha 2

Kredit foto: Instagram Aziz M.Osman

Lebih 10 tahun saya kenal Nora Danish dan saya sudah faham benar hati budi dia. Nora… di zaman fitnah ni, redhakan saja. Insya Allah… Allah akan pimpin.

Ucapan Aziz kemudiannya menerima jawapan balas daripada Nora.

"InsyaAllah. Thank you abang," ucap Nora ringkas.

Kiriman tersebut turut menerima beberapa bentuk respon daripada pengikutnya. Aziz dilihat tenang menerima sebarang maklum balas netizen dengan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan susulan.

Untuk info, Aziz adalah antara individu yang bertanggungjawab menaikkan nama Nora dalam bidang lakonan. Nora pernah membintangi siri televisyen 'Puteri' arahan pengarah tersebut, menjadi antara karya terawal yang memperkenalkan nama Nora dalam industri hiburan. 


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)