Berapa ramai yang sedang membaca artikel ini mencuci pakaian anda sendiri? Tak semua yang basuh pakaian sendiri. Ada yang mak basuhkan, ada yang hantar dobi, dan ada yang basuh menggunakan dobi self-service. Walau dengan apa cara sekalipun pakaian anda dibasuh, anda sebenarnya wajib tahu cara yang betul untuk mencuci untuk menjaga tekstur dan mengekalkan bentuk serta warna pakaian anda.
BESARKAN TEKS A- A+
Pihak Iluminasi.com ingin berkongsi mengenai kesilapan yang paling kerap dilakukan yang boleh merosakkan pakaian kegemaran anda.
1. Pengasingan yang tak betul
Selain mengasingkan mengikut warna, anda juga perlu memberi perhatian kepada jenis kain. Sebagai contoh, pakaian diperbuat daripadapolar fleece dibasuh berasingan. Dan anda tidak sepatutnya mencampurkan tuala diperbuat daripada synthetic fiber.
2. Hilangkan kekotoran dengan cara yang salah.
Jangan terkejut jika baju anda berlubang jika anda pernah menggosok dengan rakus untuk hilangkan kotoran. Ia sepatutnya dibasuh dengan lembut. Cara terbaik untuk mengelakkan daripada pakaian berlubang adalah letakkan fabrik berwarna putih dan biarkan ia berendam bersama pakaian yang kotor itu.
3. Guna terlalu banyak serbuk pencuci
Ini akan menyebabkan terlalu banyak buih yang boleh mengumpulkan kotoran di sesetengah bahagian pakaian seperti di kolar. Ia akan menyebabkan pakaian anda menjadi lebih kotor.
4. Terlupa tentang zip
Zip perlu ditutup dengan baik sebelum anda basuh pakaian kerana gigi zip boleh merosakkan pakaian lain.
5. Butang baju
Anda perlu buka butang baju, jika tidak butang anda mungkin akan tercabut dan baju akan menjadi tidak kemas.
6. Guna peluntur berlebihan
Peluntur membuatkan fabrik pakaian anda tidak tahan lama dan mudah terkoyak.
7. Basuh pakaian renang dalam mesin basuh
Pakaian renang atau pakaian yang diperbuat daripada spandex atau elastane tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Cara yang betul adalah merendamkannya di dalam air sejuk.
8. Merehatkan mesin basuh
Sesetengah orang lebih suka dengan cara ini kerana mereka pecaya jika mereka merehatkan mesin basuh selepas mencuci beberapa kali dapat membuatkan mesin basuh mereka tahan lama. Ini salah. Menggunakan mesin basuh tanpa rehat dapat mengurangkan penggunaan elektrik kerana mesin basuh menggunakan baki haba selepas basuhan sebelumnya.
9. Membasuh bantal dan selimut sekali sahaja
Jika anda membasuh bantal yang berbulu dan selimut di dalam mesin basuh, basuh dua kali. Bulu-bulu bantal boleh menyimpan buih, yang akan menyebabkan bantal anda bersabun di dalam.
10. Menggunakan pelembut fabrik untuk tuala
Sebatian kimia ini mengurangkan kebolehan fabrik untuk menyerap air, jadi anda tidak patut gunakannya untuk membasuh tuala.
11. Membasuh terlalu banyak pakaian dalam satu masa
Anda tak patut membebankan mesin basuh anda kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.
12. Menggunakan serbuk pencuci dan peluntur yang mahal
Banyak serbuk pencuci yang kita guna mempunyai pengganti yang murah, contohnya, garam boleh membuatkan pakaian kelihatan lebih terang, dan kapur boleh menghilangkan kotoran. Lemon boleh digunakan untuk membuatkan pakaian lebih wangi dan juga lembut.
13. Tidak memberi perhatian kepada mesin basuh
Ia adalah sangat penting untuk menjaga mesin basuh anda. Ingat, kebanyakan mesin basuh, tempat memasukkan serbuk pencuci boleh bererak. Kerana baki serbuk pencuci boleh tertinggal di dalamnya, anda perlu memberikan lebih perhatian padanya. Jangan tutup mesin basuh selepas membasuh jadi supaya ia boleh kering. Cuci mesin basuh anda menggunakan air panas dan cuka setahun sekali. Ia boleh mengelakkan mesin basuh anda daripada rosak.