Sekiranya anda perasan, kebanyakan baju yang dihasilkan kini selalunya datang daripada negara-negara dunia ketiga seperti Kemboja dan Bangladesh. Negara-negara seperti ini menjadi pilihan kerana kos upah atau kos buruh yang sangat murah berbanding di negara lain.

Disebabkan faktor ini, syarikat-syarikat besar yang mempunyai nama dalam industri pakaian juga tidak terkecuali memilih untuk menghasilkan produk-produk pakaian mereka di negara-negara ini. 

Malangnya, ada segelintir pemilik kilang penghasilan baju di negara-negara ini dengan mengambil kesempatan terhadap pekerja dan mengabaikan hak asasi manusia. Berikut merupakan antara beberapa kes yang pernah dilaporkan oleh media-media antarabangsa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Penggunaan Tenaga Kerja Kanak-Kanak

pekerja kanak kanak miskin

Di negara Kemboja, had umur yang dibenarkan untuk bekerja adalah 15 tahun. Walau bagaimanapun, akibat daripada kelemahan undang-undang, banyak kilang disana yang mengambil pekerja daripada kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak yang diambil ini adalah mereka yang terpaksa menamatkan persekolahan kerana faktor kemiskinan. Akibat daripada desakan hidup, ada sesetengah kilang yang akan mengambil kanak-kanak ini bekerja dengan bayaran gaji yang sangat rendah. 

Mengikut statistik daripada UNICEF dan Organisasi Pekerja Antarabangsa, sebanyak 170 juta kanak-kanak didapati bekerja dalam industri penghasilan pakaian di seluruh dunia. Ada juga pekerja kanak-kanak ini akan dipaksa bekerja lebih masa tanpa bayaran elaun bekerja lebih masa. Hal ini amat menyedihkan kerana dalam usia yang muda, kanak-kanak ini sepatutnya menerima pendidikan di sekolah.

2. Kondisi Tempat Bekerja Yang Tidak Selamat

kilang runtuh di bangladesh

Pada tahun 2012, sebuah kilang penghasilan pakaian, Rana Plaza di Bangladesh telah runtuh yang mengorbankan 1100 orang pekerja. Hasil siasatan selepas itu menunjukkan pemilik bangunan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk membina bangunan tersebut selain didapati pemilik bangunan menambah 3 lagi tingkat di bangunan tersebut untuk menampung jumlah pekerja yang ramai. 

Selain itu, terdapat juga kes kebakaran di kilang Tazreen Fashion yang juga terletak di Bangladesh. Kejadian itu telah mengorbankan 112 orang pekerja dan jumlah mangsa yang tinggi itu disebabkan tiada undang-undang yang mewajibkan pemilik kilang memasang alat-alat keselamatan daripada kebakaran seperti alat pengesan asap dan pintu kebakaran. Malangnya, tiada tindakan yang boleh dibuat kepada syarikat-syarikat besar yang memilih untuk menghasilkan baju di kilang-kilang ini. Mengikut undang-undang hanya pemilik kilang yang boleh didakwa sementara jenama-jenama besar yang produknya dihasilkan di kilang-kilang ini boleh lepas tangan.

3. Tekanan Bekerja

pekerja kilang pakaian di bangladesh

Menurut aktivitis hak asasi manusia, kerana permintaan yang terlalu banyak untuk penghasilan pakaian, para pekerja dipaksa bekerja dalam tempoh yang lama. Pernah terjadi satu kes dimana seorang pekerja yang tidak sihat telah ke klinik untuk mendapatkan sijil cuti sakit daripada doktor. Apabila sijil cuti sakit itu diberikan kepada bos, pekerja tersebut dipecat kerana keadaan kesihatannya itu dikatakan boleh mengganggu produksi baju. 

Kebanyakan pekerja yang terlibat dalam industri ini adalah golongan wanita. Walaupun mengandung, mereka tetap dipaksa bekerja tanpa henti dalam tempoh waktu yang panjang atau menghadapi kemungkinan dibuang kerja. Selain itu, banyak syarikat yang tidak memberi kenaikan gaji kepada pekerja setiap tahun. Malangnya akibat tiada pilihan kerja selain faktor kemiskinan, pekerja-pekerja ini terpaksa juga kekal bekerja disitu.

4. Bahan Pewarna Bertoksik

bahan pewarna bertoksik 596

Mengikut kajian yang dibuat oleh The New York Times, kebanyakan bahan pewarna yang digunakan pada baju dan penghasilan aksesori lain seperti beg tangan yang diimport ke Amerika Syarikat mengandungi toksik. Disebabkan tiada undang-undang yang jelas mengenai penggunaan bahan pewarna ini disesetengah negara dimana produk-produk ini dihasilkan, maka ianya sukar dikawal. 

Pada 2010, terdapat saman telah dikeluarkan terhadap beberapa syarikat dan jenama besar kerana produk ayng dipasarkan mereka mengandungi bahan pewarna bertoksik. Antara jenama yang terlibat termasuklah Victoria’s Secret, Macy’s dan Sears. Pada 2013, penyiasatan keatas syarikat-syarikat ini tidak lagi menemui bahan bertoksik dalam produk mereka memandangkan langkah-langkah proaktif yang lebih ketat telah diambil.

Kredit:

  1. Salon
  2. Manufacturing.net
  3. Reuters



Hakcipta iluminasi.com (2017)