Oleh pada 26 May 2017 kategori

Pasti semua orang menghadapi masalah menyimpan pakaian, apatah lagi jika kita sudah berstatus ibu bapa. Amat susah sebenarnya memastikan organisasi pakaian kita kekal teratur bila banyak tangan akan menyepahkannya semula.

Marie Kondo adalah seorang wanita Jepun yang ingin mengajar bagaimana kita boleh mengatur pakaian di rumah kita supaya kekal kemas dalam jangka masa panjang. Teknik ini dinamakan sebagai teknik mengemas KonMari. Walaupun ada yang diajar berbunyi karut seperti teknik beliau menyayangi pakaian, saya tak boleh nafikan cara melipat dan menyusun pakaian beliau sangat-sangat berguna untuk diikuti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah asas kepada teknik melipat pakaian mengikut teknik KonMari. Yang penting, pada setiap akhir lipatan, pastikan pakaian kita boleh 'berdiri.'

Stoking

iluminasi konmari

Kita selalu menggumpalkan sahaja stoking menjadi bola. Teknik ini berkesan dalam memastikan tidak terpisah pasangan stoking tetapi tidak cukup dalam menjimatkan ruang.

Cara menyusun

iluminasi konmari kemas rumah pakaian

Pakaian Dalam

iluminasi konmari2

Rasanya cara melipat ini lebih kurang sama dengan apa yang diamalkan.

Cara menyusun

iluminasi konmari kemas rumah pakaian2

Baju T-Shirt

iluminasi konmari3 625

Perbezaan cara beliau melipat adalah pada lipatan terakhir di mana tujuannya adalah untuk memastikan baju itu mampu berdiri tegak tanpa sebarang bantuan.

Cara menyusun

iluminasi konmari kemas rumah pakaian3

Seluar

iluminasi konmari5

Sama juga cara melipat cuma pada lipatan terakhir itu, dilipat lebih kecil supaya seluar itu tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan.

Cara menyusun

iluminasi konmari kemas rumah pakaian4


Bagaimana? Senang saja sebenarnya teknik ini tetapi besar kemungkinan yang agak susah nak diubah adalah bagaimana kita melipat pakaian itu. Saya sendiri sudah pun mengubah cara susunan baju anak-anak saya kepada cara ini dan ada beberapa faedah yang saya perolehi;

1. Anak-anak lebih mudah memilih pakaian2. Saya tidak lagi perlu menyusun banyak jika pakaian ditarik keluar, kerana jika disusun bertindan, sekali tarik, banyak yang akan bersepah.3. Kita nampak semua pakaian yang ada kerana apabila disusun bertindih, pasti ada yang tersorok di celah-celah.Cubalah. Saya pasti teknik ini akan banyak membantu anda dalam urusan hidup tak kiralah anda bujang atau sudahpun berkahwin.Gambar animasi diambil dariThe Japanese Art of Decluttering and organizing by Marie Kondo




Hakcipta iluminasi.com (2017)