Oleh pada 23 Aug 2017 kategori

basuh pinggan

Bagi sesetengah orang, membasuh pinggan mangkuk selepas makan adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Mereka ini selalunya malas atau tidak pernah diajar untuk membasuh sendiri pinggan selepas makan. Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak supaya membasuh pinggan mereka sendiri agar mereka lebih bertanggung jawab. 

Sekiranya anda memerlukan alasan lain mengapa anda perlu membasuh pinggan, membasuh pinggan sebenarnya membantu anda mengurangkan stress. Ya, mengikut satu kajian yang dijalankan oleh Florida State University, aktiviti membasuh pinggan dapat membantu mengurangkan kadar stress pada manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

pinggan kotor

Hasil ujikaji tersebut menunjukkan mereka yang membasuh pinggan dengan penuh perasaan dan penghayatan (fokus, menikmati bau sabun basuh pinggan yang wangi, menyentuh pinggan dengan lembut) berjaya meningkatkan kadar kegembiraan sebanyak 25% dan mengurangkan kadar gemuruh sebanyak 27%. Sementara itu, mereka yang tidak membasuh pinggan secara sambil lewa tidak memperoleh apa-apa manfaat daripada aktiviti tersebut. 

Walaupun kajian itu hanya melibatkan kumpulan sampel yang sedikit yakni 51 orang sahaja, Adam Hanley, ketua penyelidik kajian ini daripada program FSU College of Education’s Counseling/School Psychology mendakwa, selain membasuh pinggah, aktiviti-aktiviti harian yang lain juga berupaya untuk mengurangkan stress dan mengekalkan kesihatan tubuh badan sekiranya ianya dilakukan dengan fokus dan penuh penghayatan. 

pinggan mangkuk

Ini merupakan berita baik bagi golongan ibu yang terpaksa membebel kepada anak-anak agar mereka membasuh pinggan selepas makan. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka. 

Sekiranya anda ingin membaca laporan mengenai kajian ini, anda boleh membaca di laman Link Springer di jurnal yang bertajuk Washing Dishes to Wash the Dishes: Brief Instruction in an Informal Mindfulness Practice

Kredit: Time.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)