Sebagai seorang usahawan dan ikon dunia, gaya hidup pemilik Facebook, Mark Zuckerberg sentiasa menjadi tumpuan.

Walaupun memiliki aset berbilion dollar, beliau terkenal dengan gaya hidup yang serba sederhana dengan seorang isteri, seorang anak dan anjing peliharaannya. Dari segi penampilan pula, beliau sering kelihatan berpakaian ringkas dan lebih gemar memakai pakaian yang sama hampir setiap hari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam satu wawancara pada tahun 2014, apabila ditanya mengapa beliau memakai pakaian yang sama hampir setiap hari beliau menjawab: "Saya mahukan kehidupan yang mudah . Oleh itu, saya perlu membuat sedikit keputusan terutamanya berkaitan pakaian yang perlu dipakai setiap hari supaya tenaga saya dapat digunakan untuk perkara lain yang lebih penting"

Di Malaysia, kita sering mendengar para usahawan menggunakan ayat-ayat seperti ini:

Tengok Mark Zuckerberg, pakai baju murah pun boleh berjaya" 

Kenyataan ini sememangnya salah sama sekali. Walaupun baju t-shirt tersebut nampak 'simple', ianya tidak bermakna harganya murah.

Sebenarnya baju yang dipakai Mark Zuckerberg tersebut berharga $400 - $600 dan dihasilkan pereka fesyen Brunello Cucinelli. Terkejut bukan?

Jika anda ke laman web rasmi Brunello Cucinelli anda akan dapati harga ini sangat munasabah. Sebuah topi musim sejuk juga sudah dijual pada harga $350. Harga untuk baju cardigan? $3000.

baju zuckerberg

Sebagai seorang ikon yang menjadi perhatian media, seseorang seperti Mark sebolehnya akan mengelakkan diri daripada memakai pakaian yang menonjolkan jenama tertentu. Ianya seperti beliau memberi rekomendasi dan pengiklanan percuma bahawa pakaian yang dipakainya itu sangat bagus.

Kredit:

  1. Business Insider
  2. Independent



Hakcipta iluminasi.com (2017)