Oleh pada 06 Jan 2018 kategori

Sumber foto: freemalaysiatoday.com 

Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, meminta penangguhan untuk memberi keterangan berkaitan kes penukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak pada Khamis lalu.

Sebaliknya Isa dijangka memberi keterangan semalam, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selepas dihubungi.

Pagi tadi (Khamis) saya dimaklumkan Tan Sri Isa akan memberi keterangan di Menara 238 (Ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) pada jam 10 pagi.


Namun saya kemudian menerima maklumat yang beliau tidak dapat hadir hari ini (Khamis).


Ini kerana beliau (Isa) minta tangguh sehingga esok (semalam).

Mohamad Fuzi memberitahu wartawan bahawa Isa dipanggil untuk direkod keterangan berhubung isu pemindahan hak milik tanah FELDA bernilai lebih RM250 juta yang meragukan pada satu sidang media di Putrajaya pada Khamis lalu.

FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya merupakan punca kepada belakunya pindah milik tanah itu.

Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017 merupakan jawatan yang di sandang Isa.

FELDA membuat laporan berhubung kemungkinan berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah miliknya di Jalan Semarak, oleh syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd, pada 12 Disember lalu.

Penipuan dan pemalsuan dokumen mengikut Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan adalah di bawah sisatan kes ini.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)