Oleh pada 17 Jan 2018 kategori

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memberikan sebuah replika kereta ikonik terkenal menerusi siri kartun "The Flintstone" sebagai hadiah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kenderaan yang diilhamkan oleh kartun "Hanna Barbara" itu turut mempunyai motor dan kemungkinan boleh bergerak dengan sendiri setanding dengan kenderaan 4 roda yang lain.

Kereta tersebut bagaimanapun berbeza dengan model sebenar siri animasi itu yang digerakkan oleh bintang utamanya, Fred dengan menggunakan kakinya sahaja.

Wakil rasmi Tengku Mahkota Pahang, Datuk Manjit Abdullah menyampaikan kenderaan berkenaan di Istana Pasir Pelangi pada Isnin lalu.

Pereka Flintstones versi ini juga menyediakan bumbung kain dan skrin belakang berputar sebagai tingkap belakang ketika waktu hujan.

Namun, informasi tentang teknikal dan pengendalian kenderaan ini tidak diberitahu secara terperinci.

Untuk pengetahuan, Sultan Ibrahim amat menyukai watak Fred menerusi siri animasi kartun Flinststone.

kereta flintstones kini milik sultan johor 1

Kredit foto: Royal Press Office

Sumber berita: BH Online & Free Malaysia Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)