Ketika ini pihak berkuasa kesihatan tempatan sedang bertungkus-lumut untuk mencegah penyebaran virus Covid-19 di seluruh negara. Dan pada masa yang sama, beberapa lokasi di negara ini telah ditutup buat sementara waktu dan mengarahkan para pekerja untuk pulang ke rumah.

Setakat ini Malaysia merupakan negara yang paling terkesan di Asia Tenggara dengan lebih daripada 400 kes sementara Lembah Klang mencatatkan kes tertinggi di Malaysia. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hal ini bertambah buruk dengan penyebaran berita tidak sahih terutamanya melalui aplikasi Whatsapp yang menyebabkan berlakunya panik. Oleh itu, kami ingin berkongsikan denan anda senarai kes dan lokasi terawal virus Covid-19 di Malaysia supaya anda boleh lebih berjaga-jaga.

Kuala Lumpur

korona virus malaysia

1. Pusat Perubatan Pantai - 27 Februari 2020

Seorang wanita Jepun yang disahkan positif (kes 24) mendapatkan rawatan di sini sebelum didiagnos pada 27 Februari. Rakan biliknya di hospital dan seorang jururawat yang bersentuhan dengannya juga dijangkiti.

Semua kawasan yang terjejas di hospital ini telah dibersihkan sebelum dibuka semula.

2. Menara UEM, KL Sentral - 2 Mac 2020

Seorang kakitangan kanan Khazanah (kes 26) diuji positif pada 1 Mac. Oleh kerana pejabat Khazanah terletak di Menara UEM, pihak pengurusan memutuskan untuk mengosongkan pejabat untuk membenarkan aktiviti pembersihan dibuat pada 1 dan 2 Mac.

Semua kakitangan diberitahu untuk bekerja dari rumah untuk hari tersebut dan pejabat itu dibuka semula pada 3 Mac.

3. Wisma Felcra - 3 Mac 2020

Seorang ahli lembaga diuji positif pada 4 Mac. Pesakit itu kali terakhir dilihat di Wisma Felcra pada 25 Februari.

Bangunan itu kemudian ditutup untuk pembersihan antara 4 dan 6 Mac. Semua kakitangan yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli lembaga itu telah dihantar untuk pemeriksaan kesihatan dan dikuarantin sendiri semasa mereka menunggu keputusan ujian.

Pesakit ini telah dilaporkan berada dalam hubungan rapat dengan kakitangan kanan Khazanah (kes 26).

4. Hotel Ancasa, Jalan Sultan - 4 Mac 2020

hotel ancasa

Kakitangan kanan Khazanah (kes 26) itu juga merupakan ahli lembaga UDA Holdings. Sebelum diuji positif, pesakit ini juga telah menghadiri acara di hotel milik UDA. Hotel ini dibersihkan pada 3 Mac dan pengurusan hotel mula melakukan pemeriksaan suhu di lobi.

5. Pertama Complex - 4 Mac 2020

Ibu pejabag Uda Holdings terletak di Pertama Complex. Sebagai respon kepada kes 26, pihak pengurusan UDA Holdings memutuskan untuk membersihkan pejabat itu.

6. Pusat Perubatan Taman Desa - 5 Mac 2020

Seorang pesakit diuji positif di hospital pada 4 Mac. Pesakit itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Semua pekerja penjagaan kesihatan yang bersentuhan dengan pesakit telah dikenalpasti untuk pemeriksaan dan wad umum ditutup untuk kerja-kerja sanitasi.

7. Kondominium Bukit Gembira, Kuchai Lama - 5 Mac 2020

Pengurusan bangunan menyiarkan notis bahawa seorang penduduk kondominium itu disahkan positif pada 5 Mac. Pihak pengurusan telah membersihkan dan membasmi kuman pada semua pintu, lif dan butang serta permukaan lain di kawasan umum.

8. Wisma MCA, Jalan Ampang - 6 Mac 2020

wisma mca

Seorang individu yang hadir pada Majlis Mesyuarat Tahunan Bar Kuala Lumpur yang diadakan pada 27 Februrari telah diuji positif pada 7 Mac. Pengurusan bangunan membasmi kuman dalam auditorium, lif dan pejabat di bangunan.

Mereka juga memulakan pemeriksaan suhu ke atas semua pelawat.

9. Menara Maybank, Jalan Tun Perak - 8 Mac 2020

Seorang kakitangan telah diuji positif pada 8 Mac. Pesakit ini telah berada dalam kuarantin sejak 1 Mac. Semua kawasan yang terjejas dalam bangunan ini telah melalui pembasmian kuman dan operasi berjalan seperti biasa.

10. A-Saloon+, Melawati Mall - 10 Mac 2020

Salun ini mengumumkan pada 10 Mac bahawa salah seorang daripada pelanggan mereka telah diuji positif.

Pelanggan terbabit telah melawat salun ini pada 2 Mac. Operasi salun telah digantung sementara dan premis serta peralatan telah dibasmi kuman.

Sementara itu semua kakitangan mereka telah dihantar untuk pemeriksaan kesihatan.

11. EPF outlet, Jalan Raja Laut - 10 Mac 2020

Seorang ahli KWSP yang melawat cawangan ini pada 27 Februari diuji positif pada 3 Mac. Semua kakitangan yang berada dalam kontak rapat dengan pesakit telah diuji manakala yang lain telah dikuarantin.

Cawangan itu ditutup sehingga 13 Mac untuk pembasmian kuman dan dibuka semula pada 16 Mac.

12. SJK (C) Kuen Cheng - 10 Mac 2020

sjk kuen cheng

Sekolah ini memberitahu para ibu bapa dalam surat pada 10 Mac bahawa salah seorang daripada ibu bapa telah diuji positif.

Ibu bapa yang dijangkiti itu telah menjalani kuarantin diri sejak 4 Mac.

Sekolah itu kemudiannya dibersihkan pada hari yang sama dan memulakan pemeriksaan suhu ke atas semua yang memasuki sekolah.

Semua perhimpunan sekolah sehingga 5 April juga telah dibatalkan.

13. Sunway Putra Mall - 11 Mac 2020

Pihak pengurusan pusat membeli-belah ini telah mengumumkan bahawa salah seorang pekerja mereka positif pada 11 Mac.

Mereka telah membasmi premis mereka dan meningkatkan kekerapan proses sedemikian setiap hari.

Kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit telah diminta mematuhi kuarantin sendiri.

14. Menara TH Perdana - 11 Mac 2020

Seorang pesuruhjaya Suhakam diuji positif dan pejabat Suhakam ditutup untuk tujuan pembersihan dari 11 Mac hingga 13 Mac.

Semua kakitangan diberitahu untuk bekerja dari rumah manakala sesiapa yang mempunyai urusan dengan Suhakam antara 2 Mac dan 11 Mac dinasihatkan menghubungi KKM untuk pemeriksaan.

Selangor

15. Pusat Perubatan Subang Jaya - 3 Mac 2020

subang jaya medical centre

Hospital ini mempunyai tiga kes yang disahkan. Dua kes pertama telah dirawat di Jabatan Kecemasan (ER) manakala kes ketiga adalah seorang kakitangan yang bersentuhan dengan pesakit kedua di ER.

ER ditutup sementara untuk pembasmian kuman dan dibuka semula pada hari yang sama.

Stesen penyaringan telah diletakkan di semua pintu masuk hospital dan kawasan triage ditempatkan di luar ER untuk menguruskan kes yang disyaki.

16. Church of Our Lady of Guadalupe - 6 Mac 2020

Tiga ahli gereja Church of Our Lady of Guadalupe telah diuji positif. Pesakit pertama diuji positif pada 5 Mac.

Dua lagi ahli gereja yang diuji positif pernah dudu, di sebelah pesakit pertama atau menaiki kereta yang sama dengan mereka antara 29 Februari dan 1 Mac.

Gereja itu dibersihkan sebelum dibuka semula.

17. Brainy Bunch, Bukit Kinrara - 6 Mac 2020

Salah seorang ibu bapa pelajar di tadika ini diuji positif pada 6 Mac. Ibu bapa berkenaan dilaporkan sebagai pekerja di Kementerian Kewangan.

Sekolah segera memanggil ibu bapa untuk mengambil anak-anak mereka dan sekolah ditutup sementara

18. Koi Kinrara Suites, Puchong - 9 Mac 2020

koi kinrara suites

Pihak pengurusan bangunan ini telah mengumumkan pada 9 Mac bahawa seorang penduduk diuji positif.

Semua pemegang pintu, butang lifdan kawasan yang terjejas telah dibasmi kuman.

19. Fitness First, IOI Mall Puchong - 9 Mac 2020

Pihak pengurusan gim Fitness First, IOI Mall Puchong telah menghantar e-mel kepada semua anggotanya mengatakan bahawa cawangan tersebut akan ditutup pada 8 dan 9 Mac untuk aktiviti pembasmian kuman.

Ini adalah sebagai tindak balas kepada hakikat bahawa salah seorang ahli gim telah diuji positif dan melawat gim dalam dua minggu sebelumnya.

20. KDU Glenmarie Campus - 9 Mac 2020

Seorang pelajar luar kampus diuji positif pada 9 Mac. Pelajar berkenaan telah dikuarantin sejak 1 Mac.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semua kawasan kampus yang terjejas telah dibersihkan.

21. Hong Leong Assurance HQ, Section 51a, PJ - 9 Mac 2020

Seorang pekerja Hong Leong MSIG Takaful Bhd sendiri dikuarantin pada 2 Mac selepas menunjukkan gejala -gejala Covid-19.

Beberapa hari kemudian iaitu pada 5 Mac, dia disahkan.

Semua kakitangan yang bersentuhan langsung dengan pekerja telah menjalani kuarantin sendiri manakala bangunan pengurusan membasmi semua kawasan terjejas seperti surau, tandas, dan kafeteria pada 7 dan 8 Mac. 

Setiap orang memasuki bangunan kini diperiksa suhu badan. 

22. Masjid Sri Petaling - 10 Mac 2020

masjid sri petaling

Dua peserta acara agama iaitu ijtimak tabligh yang diadakan di masjid dari 28 Februari hingga 1 Mac telah diuji positif.

Seorang pesakit dari Brunei dan seorang lagi Pahang. Keduanya menjadi kes pertama di kawasan masing-masing. 

Lebih dari 10,000 orang menghadiri acara ini dan pihak berkuasa kesihatan cuba menjejaki peserta untuk diuji.

23. Plaza 33 - 10 Mac 2020

Seorang ejen insurans yang menghadiri sesi latihan di pejabat AIA di Plaza 33 pada 4 Mac telah diuji positif.

Semua pemegang pintu, butang lif dan kawasan terjejas di dalam bangunan tersebut telah dibersikan.

24. SJK (C) Batu 11 Cheras - 10 Mac 2020

Seorang pelajar diuji positif pada 10 Mac dan pelajar tidak hadir di sekolah sejak 4 Mac.

Rakan sekelas dan guru telah diuji dan sedang menunggu keputusan. Sekolah itu menjalani pembasmian kuman pada 10 Mac dan premis itu telah dbersihkan dengan kerap sejak awal bulan Mac. 

Sekolah dibuka antara 10 Mac hingga 14 Mac dan kemudian ditutup apabila cuti sekolah dimulakan

25. Ibu Pejabat Sirim, Section 2, Shah Alam - 11 Mac 2020

Agensi ini telah mengumumkan pada 11 Mac bahawa seorang pekerja mereka diuji positif.

Semua kakitangan yang bersentuhan dengan pekerja diletakkan di bawah kuarantin sendiri dan semua kawasan yang terlibat bangunan dan kompaun telah dibersihkan. 

Semua pelawat juga disaring suhu badan di pintu masuk.

26. REAL Kids, Evolve Concept Mall Ara Damansara - 11 Mac 2020

Seorang guru diuji positif pada 10 Mac. Guru tersebut telah dimasukkan ke wad sejak 7 Mac.

Ahli keluarga guru itu dilaporkan berada dalam kontak rapat dengan pesakit COVID-19 yang lain. 

Cawangan sekolah ditutup dari 11 hingga 13 Mac dan terus ditutup di bagi musim cuti sekolah .

Penang

27. Motorola Solutions Malaysia, Bayan Lepas - 10 Mac 2020

motorola solutions malaysia

Seorang pekerja ini telah diuji positif pada 10 Mac.

Pekerja itu telah berada di  Kuala Lumpur selama seminggu sebelum itu dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

sebelum dan mempunyai hubungan rapat dengan pesakit COVID-19. 

Pejabat ditutup untuk pembasmian kuman dan semua kakitangan diberitahu untuk bekerja dari rumah selama 2 minggu.

Pahang

28. Hospital Bentong - 11 Mac 2020

Pesakit (kes 131) mendapatkan rawatan di hospital untuk masalah pernafasan pada 8 Mac.

Pada hari berikutnya, pesakit dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan diuji positif pada 10 Mac. 

Pesakit ini adalah salah seorang peserta acara agama di Masjid Sri Petaling dari 28 Februari hingga 1 Mac

Sarawak

29. Miri Airport- 10 Mac 2020

Pesakit ini adalah kes COVID-19 yang pertama di Brunei. 

Pesakit ini adalah salah seorang peserta yang menyertai acara agama di Masjid Sri Petaling dari 28 Februari hingga 1 Mac.

Dia kemudiannya menaiki pesawat Air Asia melalui Miri, Sarawak pada 3 Mac dan sekali lagi ke Miri pada 6 Mac sebelum disahkan positif. 

Rujukan:

1. The Rakyat Post

2. HMetro

3. Bharian




Hakcipta iluminasi.com (2017)