Ketika ini, seluruh dunia sedang memperkatakan tentang wabak yang sangat menakutkan, iaitu COVID-19.

Wabak yang telah diisytiharkan sebagai pandemik ini telah meragut lebih daripada 18,000 nyawa di seluruh dunia dan membuatkan kehidupan kita menjadi kucar-kacir.

Virus ini didakwa bermula di Wuhan, di wilayah Hubei, China dan kemudiannya merebak ke seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Para saintis masih dalam proses penyiasatan dari mana datangnya virus yang dikenali sebagai novel coronavirus, 2019 nCoV atau SARS-CoV-2. Dalam masa yang sama, beberapa syarikat gergasi global

juga sedang berusaha mencari penawar kepada wabak membunuh ini.

Sehubungan dengan perkembangan wabak COVID-19 yang semakin memburuk, iluminasi.com menyusun dan ingin berkongsi garis masa dari awal wabak ini bermula kepada yang terbaharu, sehingga 24 Mac 2020.

Garis masa pandemik COVID-19

pasar borong makanan laut huanan di wuhan

31 Disember 2019

Pegawai Kesihatan China memberitahu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai sekumpulan 41 pesakit dengan pneumonia misteri. Kebanyakannya berkaitan dengan Pasar Borong Makanan Laut Huanan.

Walaupun 41 kes pertama dilaporkan pada 31 Disember, para saintis menegaskan bahawa virus itu mungkin telah mula tersebar dari orang ke orang seawal lewat bulan November.

1 Januari 2020

Pasar Borong Makanan Laut Huanan ditutup.

7 Januari 2020

Pihak berkuasa China mengenal pasti coronavirus jenis baru yang dipanggil novel coronavirus atau nCoV. Virus dalam keluarga coronavirus boleh menyebabkan selesema, radang paru-paru, dan SARS.

11 Januari 2020

China mencatatkan kematian pertama di dunia akibat COVID-19.

kematian akibat covid 19

13 Januari 2020

Kes novel coronavirus pertama di luar China dilaporkan di Thailand melibatkan seorang pelancong wanita berusia 61 tahun yang sebelum itu berada di Wuhan, China.

Lapangan terbang di Hong Kong, Singapura, Thailand, dan Korea Selatan juga mula melakukan ujian saringan demam ke atas para penumpang.

23 Januari 2020

Wuhan diletakkan di bawah perintah kuarantin diikuti oleh wilayah Hubei dalam masa beberap hari. 

Walaupun Wuhan mempunyai penduduk 11 juta penduduk, anggaran penduduk untuk wilayah sekitar adalah sekitar 60 juta penduduk. Ini menjadikan tindakan China itu sebagai kuarantin terbesar dalam sejarah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Krisis Krisis Nasional (CPRC) menerima tiga laporan (dua di Sabah dan satu di Selangor) yang disyaki jangkitan novel coronavirus 2019 (2019-nCoV).

Kementerian Kesihatan kemudiannya mengesahkan bahawa 2 kes di Sabah adalah negatif.

24 Januari 2020

KKM memaklumkan bahawa 8 kenalan rapat yang dikaitkan dengan kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Januari 2020

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan kes pertama 2019-nCoV melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari. KKM menasihati supaya tidak pergi ke China jika tiada keperluan.

26 Januari 2020

klia covid19

KKM merancang untuk memasang pengimbas terma di pintu masuk negara.

27 Januari 2020

KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah persediaan untuk mengendalikan kes-kes jangkitan 2019-nCoV yang disyaki yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Kerajaan memutuskan untuk menggantung sementara waktu semua kemudahan imigresen kepada warganegara China yang berasal dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei dengan serta-merta.

28 Januari 2020

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengarahkan masjid di seluruh negara untuk melaksanakan solat hajat. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan untuk memantau perkembangan terkini 2019-nCoV.

29 Januari 2020

kes covid 19 malaysia 879

KKM mengesahkan tambahan tiga kes positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kepada tujuh kes positif.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata Malaysia bersiap sedia untuk membawa balik rakyat Malaysia dari Wuhan, China.

30 Januari 2020

KKM mengesahkan satu lagi kes positif di kalangan kontak rapat (kes ke-8), menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 8 kes.

Misi kemanusiaan khas untuk membawa rakyat Malaysia pulang dari wilayah Hubei diaktifkan berikutan wabak koronavirus di rantau itu.

Jawatankuasa ini diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Nasional (Nadma) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. 

Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan sewa dari China ke Sabah dengan serta merta sehingga notis selanjutnya.

30 Januari 2020

who

WHO mengisytiharkan darurat kesihatan global, yang mana hanya pernah dilakukan sebanyak 5 kali sebelum ini.

Ia merlibatkan wabak Ebola pada tahun 2013 di Afrika barat dan di Republik Demokratik Kongo pada tahun 2018, epidemik Zika pada tahu 2016, kemunculan polio di zon perang pada tahun 2014, dan pandemik selesema babi pada tahun 2009.

1 Februari 2020

Semua orang Cina tempatan dan asing yang melawat China dalam tempoh 14 hari yang lalu dihalang masuk ke Sarawak dengan segera sehingga diberitahu.

Kedutaan Malaysia di Beijing menghantar satu pasukan ke Wuhan untuk menyelaraskan dan membantu dalam proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei berikutan wabak di negara itu.

2 Februari 2020

Kematian pertama di luar China dicatatkan di Filipina.

4 Februari 2020

Malaysia membawa pulang 107 rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang mana telah ditutup oleh kerajaan China sejak 23 Januari.

Warganegara Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor adalah antara 2 kes baru yang dilaporkan dan seorang lagi warganegara berusia 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Jan. 

Dengan penambahan 2 kes positif baru, bilangan kes meningkat kepada 10. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menyusun semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan mensasarkan pasaran baru berikutan jangkitan ini.

5 Februari 2020

Seramai 74 orang yang dikenalpasti melalui pengesanan kontak berikutan kes pertama COVID-19 di Malaysia, di mana 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil dari mereka serta ditempatkan di bawah perintah pengawasan.

2 daripada 107 individu yang pulang ke Malaysia melalui misi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) telah disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kes positif yang terkumpul di Malaysia kepada 12 orang.

6 Februari 2020

Seorang wanita Malaysia iaitu jangkitan novel coronavirus tempatan pertama, dan wanita Cina dari Wuhan adalah dua kes terbaru yang disahkan terbaharu. Jumlah kes meningkat kepada 14, termasuk 10 warga China dan 4 penduduk tempatan.

7 Februari 2020

kematian dr li wenliang

Satu lagi kes positif telah dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif di negara ini kepada 15.

Kes terbaru melibatkan seorang pelancong wanita berusia 59 tahun dari Wuhan, China, yang memasuki Malaysia pada 21 Januari.

Dr. Li Wenliang yang merupakan pemberi maklumat berkenaan dengan virus ini telah meninggal dunia.

Li meninggal dunia sebulan selepas beliau menghantar mesej amaran kepada doktor lain, menggambarkan sekumpulan pesakit dengan gejala seperti pneumonia yang membimbangkan di hospital tempat beliau bekerja.

Polis Wuhan telah memaksa Li menandatangani surat yang mengatakan bahawa beliau "membuat kenyataan palsu."

Li sendiri dijangkiti virus ini selepas merawat pesakit yang dijangkiti novel coronavirus.

Selepas kematian Li, media sosial China dipenuhi dengan luahan duka dan kemarahan. Banyak muat naik memaparkan hashtag yang mengatakan "Kami mahu kebebasan bersuara."

8 Februari 2020

Seorang wanita Cina dari Wuhan disahkan positif, membawa jumlah jangkitan di Malaysia kepada 16 kes.

9 Februari 2020

Seorang wanita warganegara tempatan berusia 65 tahun telah menjadi kes positif iaitu kes ke- 17. Wanita ini adalah ibu mertua kes-9 di Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari. 

Jumlah kematian di China melebihi epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2002-2003, yang membunuh 774 nyawa di seluruh dunia.

10 Februari 2020

Malaysia mencatatkan 18 kes positif termasuk tiga kes yang pulih sepenuhnya setakat ini. Kes terbaru melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang bekerja di Macau yang kembali ke Malaysia pada 1 Februari. 

11 Februari 2020

Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Bersama berikutan penyebaran novel coronavirus 2019 (2019-nCov). Ia diketuai oleh timbalan menteri kesihatan dari kedua-dua negara.

11 Februari 2020

novel koronavirus

WHO mengumumkan bahawa penyakit koronavirus baru ini akan dipanggil sebagai "COVID-19."

12 Februari 2020

KKM menerima 26 pengimbas terma untuk ditempatkan di semua pintu masuk ke negara, menjadikan jumlah pengimbas sebanyak 80 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bahawa daripada 550 kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala di 18 makmal awam yang diuji, hanya 18 yang disahkan positif setakat ini.

Kes COVID-19 mula melonjak di Korea Selatan. Seorang wanita berusia 61 tahun (kes ke-31) yang digelar sebagai "superspreader" telah menyebabkan lonjakan kes di negara itu.

Dia yang mempunyai kontak rapat dengan sekitar 1,000 orang ahli Gereja Shincheonji sebelum itu enggan untuk melakukan saringan novel coronavirus.

Akibatnya, 5,382 kes di Korea Selatan berpunca daripada wanita ini. Baca selanjutnya di sini.

13 Februari 2020

Satu lagi kes positif telah disahkan, menjadikan 19 kes kesemuanya. Kes terbaru melibatkan seorang wanita berusia 39 tahun dari China, yang kebetulan merupakan rakan pesakit kes ke-14 dan anak perempuan kepada kes ke-16.

14 Februari 2020

3 kes positif telah disahkan, menjadikannya 22 jumlah setakat ini.

Kes-kes baru melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita dari China serta seorang wanita Amerika Syarikat berusia 83 tahun, yang merupakan seorang penumpang di sebuah kapal persiaran yang berlabuh di Kemboja pada 13 Feb.

Seorang pelancong China yang diuji positif virus ini meninggal dunia di Perancis, menjadikannya kematian pertama di Eropah akibat wabak COVID-19.

19 Februari 2020

covid 19 di iran

Wabak COVID-19 di Iran mula meletus.

Negara-negara jiran seperti Turki dan Pakistan menutup sempadan mereka dengan negara itu. Iraq juga telah mengenakan sekatan kemasukan ke atas rakyat Iran.

Iran juga telah membebaskan 54,000 banduan buat sementara waktu untuk mencegah wabak ini di penjara.

21 Feb 2020

Wabak COVID-19 di Itali mula meletus.

27 Feb 2020

Perdana Menteri Malaysia sementara Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 dalam usaha meningkatkan ekonomi berikutan kesan wabak virus ini.

28 Feb 2020

3 lagi kes disahkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 25, manakala 22 lagi sedang dirawat dan dibenarkan pulang.

Pesakit ke-23 adalah warga Malaysia yang pulang dari Jepun, pesakit ke-24 adalah seorang wanita Jepun berusia 41 tahun yang bekerja di Malaysia manakala kes ke-25 adalah lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di sini.

1 Mac 2020

kes covid 19 malaysia 2

KKM mengesahkan 4 lagi kes positif menjadikan 29 kes setakat ini.

Kes ke-26 26 adalah lelaki berusia 52 tahun yang telah pergi ke Shanghai, China pada pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan jangka pendek di sebuah hospital swasta yang mengendalikan kes ke-24, kes ke-28 adalah lelaki berumur 45 tahun yang merupakan rakan sekerja pesakit ke-25, dan kes ke-29 adalah seorang wanita berusia 35 tahun yang ditahan di sebuah hospital swasta pada 21 Feb.

3 Mac 2020

KKM mengesahkan 7 lagi kes melibatkan rakyat Malaysia dan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36.

Semua kes terbaru berlaku disebabkan kontak rapat dengan pesakit ke-26 pada 29 Februari. 

4 Mac 2020

14 lagi kes baharu dilaporkan dan jumlah kes di Malaysia meningkat kepada 50.

Kes ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat kes ke-26.

5 Mac 2020

5 individu disahkan positif dan dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit ke-26, menjadikan jumlah kes sebanyak 55 kes.

6 Mac 2020

Seramai 28 orang lagi disahkan positif COVID-19, dengan jumlah kes meningkat kepada 83 kes.

7 Mac 2020

kronologi wabak covid 19 di malaysia 894

Jumlah kes COVID-19 melonjak kepada 93 kes selepas 10 individu lagi disahkan positif.

8 Mac 2020

6 lagi kes dilaporkan membawa kepada 99 kes secara keseluruhan. Semua kes terbaharu dikaitkan dengan kontak rapat dengan kes kelompok ke-26.

9 Mac 2020

Sebanyak 18 kes COVID-19 dilaporkan, denga  jumlah kes melepasi 100 kes untuk kali pertama iaitu sebanyak 117 kes. Salah satu kes terbaharu iaitu kes ke-101 melibatkan seorang lelaki yang baru sahaja pulang dari Iran.

Itali melaksanakan perintah berkurung ke atas 60 juta rakyatnya.

10 Mac 2020

Sebanyak 12 lagi kes baharu dilaporkan di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 129 kes. Kesemua yang disahkan positif adalah dari kumpulan pesakit dibawah siasatan (PUI), kontak rapat dan misi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR).

11 Mac 2020

wabak covid 19 252

20 kes COVID-19 baharu dilaporkan menjadikan 149 kes secara keseluruhan.

WHO mengisytiharkan wabak ini sebagi pandemik, berdasarkan geografi virus ini tersebar, keterukan penyakit yang disebabkannya dan kesannya kepada masyarakat.

12 Mac 2020

9 lagi kes positif dilaporkan, jumlah keseluruhan sebanyak 158 kes.

Malaysia masih belum melaporkan kes COVID-19 secara sporadik atau terpencil. Kes ke-131 yang sebelum ini dilaporkan sebagai sporadik adalah tidak benar selepas satu siasatan lanjut oleh KKM mendapati bahawa pesakit itu adalah salah satu daripada mereka yang hadir dalam perhimpunan agama Tabligh di masjid Sri Petaling dari 27 Feb hingga 1 Mac.

13 Mac 2020

Sebanyak 39 lagi kes COVID-19 dilaporkan, 38 daripadanya adalah kumpulan PUI dan satu kes lagi dari kumpulan kontak rapat.

14 Mac 2020

Jumlah kes meningkat kepada 238 kes selepas 41 kes baharu dilaporkan. Semua kes terbaru melibatkan kelompok perhimpunan tabligh yang terdiri daripada 37 kes PUI dan 4 lagi dari kontak rapat.

15 Mac 2020

perhimpunan jemaah tabligh di masjid sri petaling

Sejumlah 190 kes COVID-19 telah dilaporkan di Malaysia, yang terbanyak setakat ini menjadikan jumlah kes kepada 428 kes. Siasatan awal menunjukkan bahawa majoriti kes dikaitkan dengan kelompok tabligh di Masjid Sri Petaling.

16 Mac 2020

Pertambahan 125 lagi kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 553 kes. 95 daripada 125 kes baharu ini melibatkan kelompok jemaah tabligh di masjid Sri Petaling. 

Perdana Menteri Malaysia ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18 Mac hingga 31 Mac.

17 Mac 2020

Malaysia mencatatkan kematian COVID-19 pertama dan ke-2 pada hari yang sama.

Kematian COVID-19 pertama melibatkan kes ke-358 iaitu seorang Seorang paderi di Sarawak menjadi mangsa pertama COVID-19 di negara ini selepas disahkan positif virus itu pada 15 Mac 2020. 

Kematian kedua dicatatkan pada hari yang sama melibatkan kes ke-178, iaitu seorang lelaki warga Malaysia di Johor berumur 34 tahun, yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling (yang dianjurkan selama 27 Februari hingga 1 Mac). 

Itali mencatatkan 475 kematian akibat COVID-19, jumlah kematian tertinggi dalam sehari bagi mana-mana negara sejak wabak itu bermula.

18 Mac 2020

Kematian ke-3 di Malaysia dilaporkan.

Melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia . Bermula dengan demam dan batuk selama 5 hari dan telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac. Dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. 

Mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.

20 Mac 2020

Kematian ke-4 di Malaysia dilaporkan.

Membabitkan pesakit daripada kes ke-152, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kelompok jemaah tabligh yang mula bergejala pada 9 Mac lalu di Hospital Tawau.

Itali melaporkan dua angka kematian tertinggi dalam sehari bagi mana-mana negara iaitu sebanyak 627 kematian pada 20 Mac dan 793 kematian pada 21 Mac.

21 Mac 2020

kronologi timeline lengkap kes wabak coronavirus covid 19 di malaysia dunia

4 kes kematian terbaharu dicatatkan di Malaysia iaitu kematian ke-5, 6, 7 dan 8.

Kematian ke-5 membabitkan kes ke-238, seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac 2020 dengan gejala jangkitan pernafasan akut teruk.

Kematian ke-6 melibatkan kes ke-1032, iaitu  anak perempuan kes kematian ke-3 yang berusia 40 tahun. Mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020. Disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.

Kematian ke-7 melibatkan kes ke-290, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.

Kematian ke-8 melibatkan kes ke-781, iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. 

22 Mac 2020

Tambahan 3 kes kematian di Malaysia iaitu kematian ke-9, 10 dan 11.

Kematian ke-9 melibatkan kes ke-890 yang juga merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan iaitu seorang doktor perubatan.

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 selepas mengalami simptom Jangkitan Pernafasan Akut Teruk.

Kematian ke-10 melibatkan kes ke-259, seorang lelaki berusia 74 tahun dari kluster jemaah tabligh.

Beliau dimasukkan ke hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom pada 8 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meninggal dunia pada jam 4.05.

Kematian ke-11 melibatkan kes ke-1070, seorang lelaki tempatan berumur 70 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

23 Mac 2020

Tambahan 3 kematian di Malaysia iaitu kematian ke-12, 13 dan 14.

Kematian ke-12 melibatkan kes ke-1,114 iaitu lelaki berumur 70 tahun yang juga warga tempatan. Beliau ialah jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang.

Kematian ke-13 melibatkan kes ke-1,006, seorang lelaki berumur 49 tahun warganegara Malaysia. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak adalah anak kepada kes ke-1,031 dan abang kepada kes ke-1032 (kes kematian ke-6). 

Kematian ke-14 melibatkan kes ke-595 iaitu wanita berusia 51 tahun warganegara  Malaysia. Mangsa adalah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri sebelum disahkan meninggal dunia.

New York City mengesahkan 21,000 kes COVID-19, menjadikannya pusat terbesar wabak ini di Amerika Syarikat. 

24 Mac 2020

Tambahan 2 kes kematian di Malaysia iaitu kematian ke-15 dan 16.

Kematian ke-15 melibatkan kes ke-1519, iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 71 tahun. Beliau yang mempunyai sejarah penyakit kronik berasal dari Melaka dan mempunyai kontak dengan kes ke-703 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.

pasukan nurse frontliner malaysia sayu menghadap kematian mangsa pesakit

Kematian ke-16 melibatkan kes ke-1334, iaitu seorang warga tempatan berusia 75 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik. Mangsa mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac lalu dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

Di peringkat global, pihak berkuasa melaporkan lebih daripada 417,693 kes yang disahkan COVID-19, dengan kira-kira 290,776 kes aktif dan berterusan, sekitar kira-kira 108,312 pulih dan 18,605 kematian.

25 Mac 2020

3 lagi kematian terbaharu dicatatkan di Malaysia, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 kepada 1,796 kes dengan 19 kematian.

Kematian ke-17 melibatkan kes ke-1,251 iaitu seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dan menghidap beberapa penyakit kronik serta disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif COVID-19. Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020.

Kematian ke-18 melibatkan kes ke-1,625, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun yang juga dia mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Kematian ke-19 merupakan kes ke-1,246, seorang wanita warganegara Malaysia berumur 68 tahun.

Sementara itu, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, seramai 1,895 anggota kesihatan yang menguruskan pesakit COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM bebas daripada jangkitan COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac 2020 kepada 14 April 2020.

Beliau memberitahu bahawa lanjutan tempoh tersebut diputuskan berikutan trend positif baharu dijangka akan berterusan.

Sama-sama kita doakan agar wabak ini akan segera pulih dan Malaysia terselamat daripada bahaya yang lebih buruk.

Amin.

Rujukan:

1. Outbreak

2. Business Insider

3. Bernama

4. Worldometer

5. Bharian

6. Hmetro

7. Astro Awani

8. The Star




Hakcipta iluminasi.com (2017)