kes koronavirus semakin teruk

Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang telah menyebabkan COVID-19, telah tersebar ke sekitar 140 buah negara di dunia termasuk China.

Ketika virus ini membuatkan orang ramai seperti hilang pertimbangan, namun terdapat beberapa buah negara yang menarik nafas lega apabila kes-kes yang disyaki sebagai COVID-19 telah diuji negatif.

Namun sehingga 20 Mac 2020, sekurang-kurangnya 11 buah negara diuji negatif terhadap virus ini.

iluminasi.com kongsikan senarai negara di mana kesemua kes yang disyaki sebagai coronavirus telah diuji negatif membuatkan tiada pengesahan tentang penyebaran virus ini.

1. Republik Palau

kepulauan palau

Republik Palau mengumumkan keputusan ujian negatif untuk satu kes yang disyaki koronavirus pada 9 Mac 2020.

Suspek berkenaan dilaporkan merupakan seorang wanita berusia 73 tahun yang tiba dari Amerika Syarikat,

Sampel wanita itu dihantar ke Taiwan untuk ujian koronavirus dan diumumkan sebagai negatif.

2. Tonga

tiada kes koronavirus di tonga

Seorang wanita berusia 21 tahun dilaporkan menjadi kes

Tonga dilaporkan sebagai kes pertama di negara ini yang disyaki COVID-19, namun telah diuji negatif.

Dia dimasukkan ke Hospital Vaiola di Nuku'Alofa selepas menunjukkan tanda-tanda penyakit berkenaan.

Sampel wanita ini kemudiannya dihantar ke makmal di Australia yang mana ia disahkan negatif.

Sampel itu juga telah dihantar ke New Zealand untuk pengesahan tambahan.

3. Kepulauan Solomon

tiada kes koroanvirus di kepulauan solomon

Kepulauan Solomon melaporkan 4 kesdisyaki coronavirus pada 10 Februari di atas kapal kontena MV Expert, yang berlabuh di wilayah Rennell dan Bellona di negara ini.

Sampel yang diambil dari 4 kes berkenaan telah dihantar ke Makmal Rujukan Penyakit Berjangkit Victoria (VIDRL) yang berpangkalan di Melbourne, Australia untuk ujian.

Hasil ujian mendapati bahawa kesemua kes berkenaan disahkan negatif. 

4. Laos

tiada kes koronavirus di laos

Lebih daripada 50 kes suspek COVID-19 telah dilaporkan di Republik Demokratik Rakyat Lao atau Laos. Namun, kesemua 50 kes terbabit disahkan negatif.

Sampel yang diambil dari kes-kes yang disyaki telah diuji sebanyak 3 kali di Pusat Kebangsaan Makmal dan Epidemiologi, Institut Pasteur (Institut Pasteur du Laos) dan Makmal Mikrobiologi di Hospital Mahosot.

Selain itu, sampel-sampel dari kes yang disyaki diuji di makmal Laos itu juga dihantar ke makmal WHO di Australia.

Kerajaan Laos telah melaksanakan langkah-langkah pengimbasan yang ketat di semua pintu masuk di negara ini dan mengenakan kuarantin selama 14 hari bagi sesiapa yang tiba-tiba mengalami tanda-tanda COVID-19.

5. Republik Kepulauan Marshall

koronavirus tiada di kepulauan marshall

Republik Kepulauan Marshall melaporkan satu kes yang disyaki COVID-19 melibatkan seorang lelaki berumur 66 tahun pada 9 Mac 2020 di kota Majuro.

Sampel yang diambil dari individu berkenaan telah diuji di Lab State Hawaii dan dilaporkan negatif.

Negara ini telah mengenakan larangan perjalanan ke beberapa negara termasuk China, Hong Kong, Macau, Jepun, Korea Selatan, Itali, Jerman dan Iran.

6. Syria

tiada kes koronavirus di syria

Dua kes disyaki jangkitan coronavirus diumumkan di Syria dan kemudiannya didapati negatif terhadap virus itu.

Kedua-dua lelaki berkenaan dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit dan mempunyai kontak dengan individu dari Iran.

Ujian mendedahkan bahawa kedua-dua mereka menderita radang paru-paru dan dirawat untuk masalah berkenaan dan salah seorang daripada mereka telah dibenarkan keluar dari hospital.

Kerajaan Syria mengumumkan beberapa langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyebaran penyakit ini termasuk penggantungan sementara ke atas kemasukan semua pelancong yang tiba dari kawasan yang terjejas.

Selanjutnya, kesihatan semua penumpang tiba di negara ini di lapangan terbang dan sempadan sedang dipantau.

Kakitangan perubatan dan sempadan bersama-bersama dengan kru pesawat telah disediakan dengan baju pelindung dan topeng muka untuk melakukan pemeriksaan.

Mereka juga telah dilatih menggunakan termometer mudah alih.

7. Botswana

botswana koronavirus

Sebanyak 5 kes disyaki jangkitan koronavirus dilaporkan di Bostwana. Semua daripada kes itu telah diuji negatif terhadap jangkitan seperti yang dilaporkan oleh kerajaan Bostwana pada 5 Februari.

Kes pertama yang disyaki koronavirus di Botswana telah didaftarkan pada 30 Januari yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan pada 31 Januari.

Suspek tiba di penerbangan Ethiopia dari China dan diasingkan serta melalui penyiasatan.

8. Myanmar

tiada kes koroanvirus di myanmar

Kes koronavirus pertama yang disyaki di Myanmar dilaporkan pada 31 Januari melibatkan seorang pelancong dari China.

Pelancong berkenaan tiba di Yangon dalam penerbangan China Southern Airlines dari Guangzhou.

Daripada baki 78 penumpang penerbangan yang dibawa, hanya 2 orang yang dibenarkan untuk turun dari pesawat manakala 76 yang lain tidak.

Walau bagaimanapun, Myanmar telah mengumumkan bahawa kes yang disyaki itu negatif untuk koronavirus.

Negara itu sedang melakukan ujian ke atas sekitar 8 kes yang disyaki koronavirus sehingga 17 Februari, namun tiada kes positif setakat ini. 

9. Angola

angola tiada kes koronavirus

Kes pertama yang disyaki coronavirus di Angola dilaporkan pada 29 Januari.

Suspek tersebut adalah warganegara China yang kini di bawah pemerhatian di sebuah klinik di Luanda dan sampelnya telah diuji negatif untuk virus itu.

Angola telah mengeluarkan kuarantin mandatori untuk semua penumpang yang tiba dari China.

10. Republik Demokratik Rakyat Korea

korea utara koronavirus

Menurut Daily NK, sebuah organisasi berita Korea Selatan, virus COVID-19 membunuh 180 askar Korea Utara pada Januari dan Februari dan menyebabkan 3,700 lagi dikuarantin.

Dan menurut agensi berita Yonhap News yang disokong oleh Korea Selatan, Korea Utara mengkuarantin hampir 10,000 orang kerana bimbang akan koronavirus tetapi membenarkan hampir 4,000 pulang kerana tidak mengalami gejala.

Namun, setakat ini negara di bawah pimpinan Kim Jong-un ini masih belum mengesahkan berita ini mahupun melaporkan sebarang kes yang disyaki atau disahkan koronavirus.

Senarai negara yang masih belum melaporkan sebarang coronavirus yang disyaki atau disahkan:

  1. Belize (397,628 penduduk)
  2. Burundi (11.9 juta penduduk)
  3. Cape Verde (555,987 penduduk)
  4. Comoros (869,601 penduduk)
  5. Dominica (71,986 penduduk)
  6. Eritrea (3.55 juta penduduk)
  7. Grenada (112,523 penduduk)
  8. Guinea-Bissau (1.97 juta penduduk)
  9. Kiribati (119,449 penduduk)
  10. Kyrgystan (6.5 juta penduduk)
  11. Libya (6.9 juta penduduk)
  12. Madagascar (27.7 juta penduduk)
  13. Malawi (19.1 juta penduduk)
  14. Mali (20.3 penduduk)
  15. Mikronesia (115,023 penduduk)
  16. Mozambique (31.2 juta penduduk)
  17. Nauru (10,824 penduduk)
  18. Papua New Guinea (8.95 juta penduduk)
  19. Republik Afrika Tengah (4.67 juta penduduk)
  20. Republik Yaman (29.83 juta penduduk)
  21. Sahara Barat (567,402 penduduk)
  22. Saint Kitts dan Nevis (53,199 penduduk)
  23. Samoa (198,414 penduduk)
  24. Sierra Leone (7.98 juta penduduk)
  25. São Tomé dan Príncipe (204,327 penduduk)
  26. Tajikistan (9.54 juta penduduk)
  27. Timor-Leste (1.32 juta penduduk)
  28. Turkmenistan (6.03 juta penduduk)
  29. Tuvalu (11,792 penduduk)
  30. Uganda (45.7 juta penduduk)
  31. Vanuatu (307,145 penduduk)

Rujukan:

1. Coronavirus Tracker

2. Fox News

3. Pharmaceutical Technology



Hakcipta iluminasi.com (2017)