(Keadaan di Wuhan ketika perintah berkurung akibat COVID-19)

Ketika ini, sebahagian daripada negara-negara Eropah telah mengenakan perintah berkurung untuk memerangi penyebaran virus yang menyebabkan COVID-19.

Yang terbaru menyertai pelaksanaan ini adalah United Kingdom, mengikuti jejak langkah Belgium, Perancis, Itali dan Sepanyol dengan memperkenalkan langkah-langkah ketat yang dapat membatasi pergerakan orang ramai dari rumah mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Banyak negara di seluruh benua ini juga  telah mengenakan langkah-langkah drastik untuk menghadkan perhimpunan awam dan kebebasan pergerakan.

Sekurang-kurangnya 18,000 nyawa di seluruh dunia telah melayang akibat penyakit ini menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Eropah kini telah dijuluki sebagai "pusat epidemik" oleh WHO.

1. Belgium

perintah berkurung belgium berlangsung selama 8 minggu

Jumlah kes: 4,269 kes

Jumlah kematian: 122 orang

Dasar pengasingan diri oleh Belgium di seluruh negara akan dijalankan sehingga 5 April.

Penduduk mesti tinggal di rumah kecuali jika mereka perlu pergi bekerja, pasar raya, kemudahan kesihatan atau melawat orang yang memerlukan.

Mereka juga dibenarkan keluar rumah untuk aktiviti fizikal.

Pihak berkuasa bergantung pada rasa kewajipan setiap rakyat Belgium dan menghormati keputusan-keputusan yang diambil untuk melindungi mereka, saudara-saudara mereka dan orang tersayang. Hanya komitmen peribadi masing-masing sahaja yang akan membolehkan langkah-langkah ini mempunyai kesan yang nyata terhadap situasi ini," kata kerajaan Belgium.

2. Denmark

denmark laksanakan perintah berkurung

Jumlah kes: 1,591 kes

Jumlah kematian: 32 orang

Pada 23 Mac 2020, Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen mengumumkan untuk melanjutkan dua minggu lagi ke atas sekatan yang dibuat bagi mengekang COVID-19.

Langkah ini akan berlangsung sehingga 13 April.

Perhimpunan lebih daripada 10 orang telah diharamkan, pekerja sektor awam dengan jawatan yang tidak kritikal telah diarahkan untuk tinggal di rumah, sementara tempat-tempat awam telah ditutup.

3. Perancis

perintah berkurung perancis

Jumlah kes: 22,304 kes

Jumlah kematian: 1,100 orang

Perdana Menteri Perancis Edouard Philippe mengumumkan pada 23 Mac untuk meneruskan sekatan yang bertujuan untuk menghentikan penyebaran coronavirus baru, termasuk menutup pasar makanan segar.

Selain daripada menutup pasar, Edouard berkata orang awam hanya boleh keluar berhampiran rumah mereka sahaja untuk tempoh 1 jam, sehari sekali dan hanya untuk perkara-perkara penting seperti menjaga kesihatan, membeli makanan dan berjumpa doktor.

Rakyat Perancis diminta untuk menjelaskan pergerakan mereka dengan satu borang yang mana mereka harus tunjukkan kepada pihak berkuasa.

Kegagalan untuk berbuat demikian atau jika mereka didapati berada jauh dari rumah seperti yang ditetapkan, denda di antara €135 (RM650) hingga €1,500 (RM7,200) akan dikenakan.

Bagi pesalah berulang, denda sehingga €3,700 (RM17,700) beserta hukuman penjara boleh dikenakan.

Lebih daripada 4,000 saman sedemikian telah dikeluarkan pada hari pertama pelaksanaannya di Perancis.

Kerajaan Perancis juga membuka pusat-pusat pengasingan diri bagi golongan gelandangan.

4. Jerman

perintah berkurung jerman

Jumlah kes: 32,986 kes

Jumlah kematian: 157 orang

Setakat ini Berlin masih belum melakukan perintah berkurung di seluruh negara, namun memberi amaran bahawa bahawa ia mungkin akan dilaksanakan.

Canselor Angela Merkel berkata pada 22 Mac bahawa semua perhimpunan lebih daripada dua orang akan diharamkan di Jerman untuk sekurang-kurangnya dua minggu" bagi menghentikan penyebaran pandemik COVID-19.

perintah berkurung di eropah saringan pesakit

Rakyat Jerman diminta untuk menjarakkan diri sejauh 1.5 meter manakala restoran dan salun akan ditutup.

Menteri Pertahanan, Annegret Kramp-Karrenbauer juga mengumumkan bahawa seramai 2,300 askar simpanan dan 900 pegawai kesihatan simpanan telah digerakkan.

Tetapi Bavaria menjadi negeri pertama dalam 16 negeri Jerman yang memperkenalkan perintah berkurung pada 20 Mac, dengan sekatan yang sama seperti diperkenalkan oleh Belgium dan Perancis.

Ia termasuklah penutupan semua restoran dan bar, kecuali mereka yang menawarkan perkhidmatan penghantaran sahaja.

5. Greece

perintah berkurung di greece

Jumlah kes: 743 kes

Jumlah kematian: 20 orang

Kerajaan Greece telah memperkenalkan perintah berkurung di seluruh negara pada hari 23 Mac 2020.

Pengecualian ke atas perintah berkurung ini termasuklah untuk pergi bekerja, ke klinik atau hospital membeli barangan runcit dan ubat-ubatan, keluar untuk bersenam, dan membawa anjing bersiar-siar.

Kegagalan untuk mematuhi akan dikenakan denda sebanyak €150 (RM720).

6. Ireland

perintah berkurung di ireland

Jumlah kes: 1,329 kes

Jumlah kematian: 7 orang

Ireland merupakan salah satu negara terbaharu yang mengenakan sekatan besar-besaran pada 24 Mac 2020.

Perdana Menteri Ireland Leo Varadkar mengumumkan tindakan yang belum pernah terjadi sebelumnya itu untuk membendung penyebaran virus membunuh ini.

Kedai-kedai yang tidak penting diarahkan untuk ditutup, bersama dengan tempat-tempat awam indoor atau outdoor, hotel, kafe dan restoran.

Penjarakan sosial sangat digalakkan dan orang ramai digesa untuk mengelakkan sebarang pergerakan tidak penting.

7. Itali

perintah berkurung di itali 947

Jumlah kes: 69,176 kes

Jumlah kematian: 6,820 orang

Merupakan negara di dunia yang paling teruk terkesan akibat SARS-CoV-2, Itali adalah negara anggota EU pertama yang memperkenalkan lockdown.

Kawasan utara negara ini adalah yang pertama yang terlibat dengan langkah-langkah pengurungan yang kemudiannya diperluaskan ke seluruh Itali.

Namun menurut angka yang dikeluarkan pada 18 Mac oleh menteri dalam negeri Itali, lebih daripada 43,000 orang didapati telah melanggar langkah pembendungan ini.

8. Sepanyol

perintah berkurung sepanyol

Jumlah kes: 39,885 kes

Jumlah kematian: 2,808 orang

Negara kedua paling teruk terjejas di Eropah selepas Itali, Sepanyol mengambil langkah drastik dalam mengekang pergerakan rakyatnya selepas angka korban meningkat.,

Perdana Menteri Pedro Sanchez mengumumkan darurat pada 14 Mac, mengurung orang ramai di rumah mereka kecuali dengan alasan tertentu.

Ia termasuklah membeli-belah barangan asas, perjalanan ke dan dari tempat kerja, keperluan perubatan, melawat mereka yang memerlukan, atau untuk mengambil wang. Orang awam dibenarkan untuk membawa anjing peliharaan keluar, tetapi tidak dibenarkan jogging.

Denda untuk pesalah bermula dari € 100 (RM480) dan boleh menjadi lebih tinggi.

9. Switzerland

perintah berkurung

Jumlah kes: 9,877 kes 

Jumlah kematian: 122 orang

Kerajaan Switzerland telah mengeluarkan arahan baru pada 24 Mac yang meminta orang ramai untuk tinggal di rumah.

Perhimpunan melebihi lima orang telah diharamkan dan memaksa orang dalam mana-mana kumpulan untuk berada dalam jarak 2 meter.

Sesiapa yang melanggar arahan ini boleh didenda.

Langkah-langkah itu akan berlangsung sehingga 19 April dan orang ramai dinasihatkan untuk tinggal di rumah selain dari sebab-sebab yang sama seperti di beberapa negara Eropah lain.

Sekatan lain juga telah dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, kerajaan Switzerland lebih memilih untuk tidak bercakap mengenai "pengasingan".

Menteri Dalam Negeri Switzerland telah mengkritik langkah-langkah tegas yang telah diambil di negara jiran iaitu Itali dan Perancis sebagai "tontonan politik".

Pihak berkuasa kesihatan Switzerland menganggarkan jumlah pesakit COVID-19 yang terkorbang adalah seramai 86 orang pada 24 Mac, dengan lebih daripada 8,800 jangkitan.

10. United Kingdom

perintah berkurung di uk

Jumlah kes: 8,077 kes

Jumlah kematian: 422 orang

Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson mengumumkan kawalan ketat ke atas pada pergerakan pada 23 Mac 2020.

Orang awam hanya boleh meninggalkan rumah untuk "tujuan yang sangat terhad", iaitu membeli barangan asas yang penting dan perjalanan ke tempat kerja jika perlu, untuk keperluan perubatan,  membantu orang yang memerlukan, atau bersenam. bekerja jika "mutlak diperlukan", untuk keperluan perubatan atau membantu orang lain yang memerlukan, atau untuk bersenam.

Kebanyakan kedan dan tempat-tempat awam telah ditutup, perhimpunan lebih daripada 2 orang telah diharamkan melainkan dengan orang yang tinggal serumah.

Langkah-langkah ini dilaksanakan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 minggu kata Boris Johnson.

Pada akhir minggu lalu beliah mengumumkan bahawa kafe, pub dan restoran terpaksa ditutup untuk cuba membendung penyebaran COVID-19.

Tetapi mesej mendesak orang ramai untuk tinggal di rumah yang dibuat berulang-ulang kali sehingga kini tidak diendahkan, dan pada 24 Mac, kereta api bawah tanah London dilaporkan masih sesak dengan orang ramai.

Minggu lepas puluhan stesen kereta api bawah ditutup kerana datuk bandar London mendesak penduduknya untuk mendengar nasihat kerajaan mengenai penjarakan sosial.

Pihak berkuasa UK turut berdebat mengenai penguatkuasaan dengan kebimbangan bahawa polis mereka mungkin tidak mempunyai cara untuk mengawal kebebasan pergerakan dengan berkesan.

Rujukan:

1. Coronavirus: Negara Eropah Manakah Laksanakan Perintah Berkurung

2. Senarai Negara Yang Mengenakan Sekatan Pergerakan Dan Lockdown

3. Perintah Berkurung Di United Kingdom




Hakcipta iluminasi.com (2017)