novel coronavirus 937

"Kami bukan sahaja berperang dengan SARS-CoV-2, tetapi dengan teori-teori konspirasi berkenaan dengannya juga,".

Itu adalah apa yang dikatakan seorang jurucakap Institut Virologi Wuhan.

Apa yang dirujuk oleh jurucakap tersebut adalah idea yang telah menjadi semakin popular sejak wabak COVID-19 bermula, iaitu makmal tersebut yang terletak di tengah-tengah Wuhan mungkin bertanggungjawab dalam menyebabkan pandemik dahsyat ini.

Mungkin jurucakap itu benar, kerana ketika krisis sedang berlangsung, apa yang paling ditakuti adalah penyebaran ketakutan terutamanya jika ia tidak berasas.

Namun jika anda melihat dengan lebih dalam terhadap dakwaan bahawa wabak yang memberi kesan kepada seluruh dunia ini sebenarnya bermula dalam sebuah makmal virologi di Wuhan, teori-teori tersebut kelihatan bukan seperti satu konspirasi lagi.

iluminasi.com kongsikan 10 teori konspirasi mendakwa virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan pandemik COVID-19 bermula di Makmal Virologi Wuhan.

10. Wabak COVID-19 bermula tak jauh dari makmal virologi Wuhan

institut virologi wuhan

Kisah rasmi yang dilaporkan adalah bahawa 2019-nCoV bermula di pasar makanan laut di Wuhan.

Para ahli sains China mencadangkan bahawa waiwan-haiwan tidak bersih yang dijual di sana membawa virus ini dan akibatnya, pembeli yang tidak bernasib baik menjadi pesakit pertama yang mencetuskan krisis global.

Anda mungkin pernah mendengar kisah ini dan mempercayainya, namun terdapat beberapa isu berkenaan dengannya.

Pertama sekali, pesakit COVID-19 yang pertama langsung tiada kaitan dengan pasar berkenaan. Mereka tinggal berdekatan dan kelihatan seperti menyebarkan penyakit kepada pengunjung pasar itu.

Namun pesakit pertama atau "patient zero" tersebut tidak pernah menjejakkan kaki di dalam pasar itu.

Dan virus SARS-CoV-2 ini juga dipercayai berasal dari kelawar dan pasar itu adalah pasar makanan laut di mana tiada siapa pun yang menjual kelawar. Malah, kelawar adalah makanan yang agak biasa dimakan oleh penduduk Wuhan.

Para saintis China juga mula menyangkal teori ini. Salah seorang dari saintis China berkata bahawa, "Agak jelas bahawa pasar makanan laut itu bukanlah satu-satunya sumber virus ini. Namun jujurnya, kami masih tak tahu dari mana datangnya virus ini,".

Ramai yang menuding jari kepada Institut Virologi Wuhan, yang terletak hanya 30 minit dari pasar makanan laut itu.

Malah, terdapat sebuah lagi makmal yang menyelidik coronavirus kelawar terletak lebih hampir dengan pasar itu, iaitu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Wuhan, yang terletak sangat hampir.

9. Makmal Virologi Wuhan mengkaji coronavirus kelawar 

kaitan makmal virologi wuhan dengan novel coronavirfus 823

Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit Wuhan bukanlah sekadar sebuah pejabat pentadbiran.

Para saintis berada di dalam bangunan itu menjalankan penyelidikan secara aktif termasuklah kajian mengenai coronavirus dalam kelawar dan ramai penyelidik di Wuhan berada di makmal ini.

Ia merupakan projek utama di bandar ini dan Institut Virologi Wuhan sangat bangga dengannya.

Mereka berada di barisan hadapan dalam menyelidik penyebab SARS dan penyelidik mereka adalah pihak yang  berjaya membuktikan bahawa wabak SARS berasal dari kelawar.

Untuk menyelidik, mereka terpaksa berhadapan dengan tersangat banyak kelawar yang sakit.

Para penyelidik mereka telah mengumpul kelawar yang dijangkiti dengan koronavirus sejak sekurang-kurangnya tahun 2012 dan mereka memberi tumpuan kepada spesis yang boleh menyebarkan penyakit kepada manusia.

Terdapat beratus-ratus kelawar di makmal Wuhan ketika wabak 2019-nCoV bermula dan penyelidik di sana sedang mengkaji sekurang-kurangnya 11 strain baru yang berkaitan dengan SARS.

Dan ya, mereka melakukan semua ini tidak jauh dari tempat di mana wabak itu dikatakan bermula.

8. 2019-nCoV berpadanan 96% dengan virus kelawar dalam makmal virologi Wuhan

kelawar mungkin asal coronavirus

Coronavirus yang tersebar di seluruh dunia pada ketika ini dipanggi sebagai "novel" kerana ia unik. Ia berbeza dengan penyakit-penyakit terdahulu seperti SARS sekitar 30%.

Para saintis telah membandingkan urutan genetik SARS hingga 2019-nCoV dan mereka mendapati bahawa kedua-duanya serupa kira-kira 70%, yang mana boleh dikatakan agak tinggi.

Namun apa yang menarik adalah para saintis menemui persamaan antara 2019-nCov ini dengan sejenis coronavirus yang dibawa oleh kelawar dalam Institut Virologi Wuhan adalah sekitar 96%.

Anda mungkin tertanya-tanya, jika kelawar-kelawar tersebut membawa virus ini, mungkin semua kelawar di Wuhan membawanya. Tetapi, ia tidak benar.

2019-nCov tidak sama seperti coronavirus kelawar secara umum, tetapi ia serupa dengan coronavirus kelawar yang sangat spesifik yang dibawa oleh kelawar di Institut Virologi Wuhan.

Bukan semua kelawar mempunyai persamaan 96%. 

Malah, apabila makmal lain membandingkan 2019-nCov dengan kelawar mereka, persamaan yang paling hampir adalah 88%. Dan kelawar ini bukanlah berasal dari Wuhan.

Jika anda tinggal di Wuhan dan ingin mencari kelawar-kelawar jenis ini, anda perlu sama ada pergki ke lab virologi berkenaan atau ke tempat di mana kelawar berasal di China, iaitu Yunnan dan Zhejiang yang terletak sekitar 900 kilometer dari Wuhan.

7. Tumpahan darah kelawar yang dijangkiti 

kelawar penyebab coronavirus

Sebuah makmal yang menyelidik tentang penyakit bukanlah satu bukti bahawa mereka yang menyebarkannya, kan?

Terdapat dakwaan bahawa Institut Virologi Wuhan bukanlah sengaja melepaskan virus itu tetapi ia berlaku secara tak sengaja. Cuba bayangkan jika seekor kelawar menyerang mana-mana penyelidik dan berlaku pertumpahan darah?

Atau bayangkan jika penyelidik berkenaan berada sangat hampir dan terkena air kencing kelawar di badannya? Atau, bayangkan kedua-dua ini berlaku kepada orang yang sama tak lama sebelum wabak COVID-19 bermula.

Sebenarnya, perkara ini benar-benar terjadi kepada seorang penyelidik di makmal berkenaan.

Menurut satu laporan oleh penyelidik China iaitu Botao Xiao dan Lei Xiao, seorang penyelidik bernama Junhua Tian menceritakan pengalaman sebenar dialaminya dalam temu bual dengan Changjiang Times.

Junhua Tian mendakwa bahawa dia mengkuarantikan dirinya daripada menyebarkan virus-virus ini. Dan walaupun dia dan rakan sekerjanya menggunakan semua langkah-langkah berjaga-jaga yang mungkin, masih terdapat kemungkinan bahawa virus itu boleh tersebar.

Salah satu yang kita tahu tentang wabak ini adalah kita boleh dijangkiti penyakit ini walaupun langsung tidak menunjukkan apa-apa gejala.

Dan menurut satu kajian terbaru oleh Jepun, orang yang telah pulih masih boleh menjadi pembawa virus ini.

6. SARS terlepas dari makmal di Beijing sebanyak 2 kali 

sars 278

Tak mustahil untuk kita berspekulasi bahawa virus ini terlepas dengan tidak sengaja dari makmal berkenaan.

Ia bukanlah kali pertama virus membunuh seperti ini terlepas dari makmal virologi China. Ia pernah berlaku sebelum ini malah berlaku sebanyak 2 kali dalam bulan yang sama.

Pada 4 April 2004, seorang pelajar pascasiswazah yang bekerja di makmal virologi di Beijing telah didiagnos dengan SARS.

Dia dijangkiti ketika sedang mengkaji virus berkenaan. Dalam tidak sedar bahawa dia dijangkiti, pelajar itu keluar ke tempat awam dan hampir-hampir mencetuskan wabak SARS kedua.

2 minggu kemudian, seorang lagi pelajar pascasiswazah yang bekerja di makmal berkenaan telah melakukan perkara yang sama dan ini bukan sekadar satu kecuaian.

Menurut saintis Antoine Danchin, ia adalah mustahil untuk berlaku.

"Biasanya, adalah mustahil untuk menjangkiti seseorang walaupun berada dalam pengasingan tahap kedua sekiranya peraturan keselamatan dipatuhi," kata Antoine Danchin selepas insiden itu.

5. Makmal virologi Wuhan menguji satu virus yang menyerupai 2019-nCov

china didakwa menghasilkan novel coronavirus

Dalam kes novel coronavirus, Institut Virologi Wuhan juga mempunyai pelajar pascasiswazah sebagai kakitangan.

Pada 18 November 2019, sejurus sebelum virus itu terlepas keluar, institut ini membuat pengumumam mencari pelajar pascasiswazah untuk membantu mengkaji coronavirus dalam manusia dan kelawar.

Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk mencari pembantu dari kalangan pelajar, namun huraian dalam posting pekerjaan itu kelihatan agak aneh.

Posting itu mengatakan bahawa mereka sangat berminat terutamanya dalam mekanisme molekul yang membolehkan coronavirus terbiar tidak aktif dalam jangka masa yang lama tanpa sebarang gejala.

Ini adalah salah satu ciri yang membezakan 2019-nCoV daripada yang lain, hakikat bahawa seseorang itu boleh kelihatan sihat tanpa sebarang gejala yang jelas dan menyebarkannya.

322 orang dari kapal pelayaran Diamon Princess disahkan positif tanpa sebarang gejala, membuktikan bahawa mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala boleh menyebarkan virus ini.

Malah, seorang wanita disahkan menyebarkannya kepada sekurang-kurangnya 5 orang tanpa menunjukkan sebarang gejala pada dirinya.

4. Para penyelidik di Institut Virologi Wuhan menghasilkan coronavirus baru

saintis wuhan didakwa cipta novel coronavirus

Kakitangan di Institut Virologi Wuhan bukan sahaja cuba untuk menghasilkan penawar, tetapi didakwa menghasilkan "supervirus" mereka sendiri.

Pada tahun 2015, 2 penyelidik dari institut ini mengambil bahagian dalam satu eksperimen antarabangsa yang diketuai oleh saintis Amerika Syarikat, Ralph Baric.

Sasaran mereka adalah untuk menghasilkan satu coronavirus baru dengan keupayaan menjangkiti manusia.

Sebahagian besar daripada komuniti saintifik sangat marah dengan eksperimen ini. 

Menurut ahli biologi Richard Ebright, beliau memprotes tindakan itu dan berkata bahawa satu-satunya impak daripada ekspeimen ini adalah penciptaan risiko bukan semula jadi.

"Jika virus ini terlepas, tiada siapa dapat meramalkan sejauh mana ia boleh membahayakan," kata ahli virologi Simon Wain-Hobson.

3. 2019-nCoV mempunyai persamaan yang menakutkan dengan HIV

hiv 962

Menurut satu kajian yang kontroversi dari India, beberapa aspek dari 2019-nCoV mempunyai "persamaan luar biasa" dengan HIV. Tetapi kajian ini juga mendapat pengawasan yang kritikal.

Sesetengah saintis mempersoalkan sama ada ia menggunakan data yang cukup untuk membuatkan statistiknya boleh dipercayai.

Akibatnya, para penulis kajian ini menarik balik kertas mereka.

Namun walaupun hasil kerja mereka mungkin tidak terbukti, ia tak semestinya salah dan terdapat sedikit bukti yang menyokongnya.

Ubat-ubatan HIV terbukti berkesan dalam merawat penyakit itu dan kebanyakan pesakit menunjukkan bilangan sel darah putih yang rendah (sesuatu yang tidak berlaku dalam mana-mana bentuk coronavirus).

Ini agak menakutkan kerana para penyelidik di Institut Virologi Wuhan telah berusaha atau menghasilkan kajian menggabungkan 2019-nCoV dan pseudovirus HIV dalam kelawar dan manusia.

Tidak ada bukti kukuh bahawa 2019-nCoV adalah virus buatan manusia tetapi jika ahli-ahli sains menemui bukti bahawa ia buatan manusia, maka kita perlu berasa sangat bimbang. 

2. Kerajaan komunis China perintah untuk senyap

xi jinping

Pakar penyakit berjangkit Daniel Lucey berpeluang untuk mengkaji semula dokumen dan data yang telah dimiliki China ketika 2019-nCoV tercetus.

Apa yang diketahui oleh Daniel Lucey membuatkannya bingung yang mana menurutnya kisah rasmi oleh China sangat tidak masuk akal.

"China pasti menyedari bahawa wabak itu tidak berasal dari pasar makanan laut Huanan, di Wuhan" kata Daniel Lucey kepada media.

Dan terdapat kemungkinan ia adalah benar.

Mungkin ada orang di Wuhan yang tahu bahawa kisah itu tidak benar apabila kerajaan China mula-mula mengumumkannya. Namun jika mereka tahu sekalipun, mereka berada berada di bawah perintah ketat untuk tidak mengatakan apa-apa mengenainya.

Pada 2 Januari 2020, iaitu sehari selepas pasar makanan laut Huanan dipersalahkan disebabkan penyakit itu, Institut Virologi Wuhan melarang dengan ketat pendedahan maklumat berkaitan dengan 2019-nCoV.

Walau bagaimanapun, sesetengah saintis tetap membuka mulut. 

Selepas kajian oleh Yayasan Sains Asli Negara China bertajuk "Kemungkinan asal-usul 2019-nCoV coronavirus" dibuat, kerajaan Komunis China berusaha habis-habisan untuk menurunkannya dari Internet dalam usaha menghentikan orang ramai daripada merujuk virus ini sebagai "Virus China" atau "selesema Wuhan".

1. Kerajaan China memperketakan tahap keselamatan makmal

tahap keselamatan makmal wuhan diperketatkan

Menurut sumber, bukti yang paling kukuh sebenarnya keluar dari mulut Presiden Xi Jinping sendiri.

Pada 14 Februari 2020, Xi memberikan ucapan tentang keperluan untuk membendung 2019-nCoV.

Beliau berkata bahawa orang China "perlu mempelajari dari pengajaran yang kita lalui supaya kita boleh memperkuatkan kelemahan kita dan menutup kelemahan didedahkan oleh wabak ini".

Walaupun Xi tidak benar-benar menjelaskan bagaimana kelemahan ini akan ditutup, tetapi beliau mengumumkan rancangannya untuk melaksanakan undang-undang baru bagi "biosekuriti di makmal", khususnya mensasarkan penggunaan agen biologi yang "mungkin membahayakan keselamatan negara".

Keesokan harinya, Kementerian Sains dan Teknologi CHina menyusuli ucapan Xi dengan arahan baru: "Arahan mengenai pengukuhan pengurusan biosekuriti dalam makmal mikrobiologi yang mengendalikan virus canggih seperti novel coronavirus".

Dan hanya terdapat satu sahaja makmal mikrobiologi di seluruh China yang mengendalikan virus-virus canggih seperti novel coronavirus, iaitu Institut Virologi Wuhan.

Rujukan:

1. NY Post

2. QZ

3. Harvard to the Big House

4. News Weekly

5. WHIOV



Hakcipta iluminasi.com (2017)