Ketika ini, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia melonjak gembira kerana Perintah Kawalan Pergerakan dilihatkan semakin dilonggarkan dan perniagaan-perniagaan juga akan kembali berlangsung walaupun tidak melibatkan semua sektor.

Ini ditambah pula dengan suasana Ramadan dan juga Aidilfitri yang bakal menjelma, jumlah kenderaan di atas jalan raya diramalkan akan melonjak tinggi minggu hadapan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, kita harus ingat bahawa penularan COVID-19 di Malaysia masih berada di tahap yang mana kita belum dapat menarik nafas lega.

Dan ia bakal berlarutan untuk tempoh yang lebih lama daripada kita jangkakan.

Menurut para saintis dari University of Minnesota, pandemik COVID-19 berkemungkinan berlanjutan antara 18 dan 24 bulan. Dengan ini, ia diramalkan berakhir menjelang tahun 2022.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 30 April 2020, para penyelidik dari Pusat Penyelidikan dan Dasar Penyakit Berjangkit (CIDRAP) universiti berkenaan menekankan bahawa COVID-19 lebih mudah menular daripada selesema dan kemungkinan akan terus beredar setelah gelombang pertama menyerang.

dr noor hisham abdullah

Coronavirus baharu ini mempunyai tempoh inkubasi yang lebih panjang berbanding selesema.

Menurut pasukan penyelidik ini, ini bermaksud gejala akan mengambil masa yang lebih lama untuk muncul setelah seseorang dijangkiti dan menyatakan bahawa virus ini mempunyai kadar jangkitan tertinggi sebelum gejala muncul.

Juga ditegaskan bahawa COVID-19 telah menunjukkan kadar transmisi asimtomatik yang lebih tinggi, dan juga penilaian R0 (R sifar - istilah matematik yang menunjukkan betapa berjangkitnya sesuatu penyakit berjangkit) yang lebih tinggi daripada influenza.

Jika R0 adalah kurang daripada 1, ia bermakna seorang pesakit yang dijangkiti secara puratanya akan menjangkiti seorang lagi individu lain.

Dalam kes ini, penyakit ini akan merosot dan akhirnya lenyap.

Jika R0 bersamaan dengan satu, maka setiap jangkiti yang wujud akan menyebabkan satu lagi jangkitan baharu. Dalam kes ini, penyakit ini akan terus hidup dan stabil, namun tidak akan menyebabkan wabak atau epidemik.

Jika R0 melebihi 1, ia bermakna setiap jangkitan yang telah berlaku akan menyebabkan lebih daripada satu jangkitan baharu dan dalam kes ini, penyakit akan menular di antara orang yang mana mengakibatkan wabak atau pandemik seperti yang kita hadapi sekarang.

covid 19 akan berterusan sehingga 2021

R0 bagi COVID-19 dianggarkan antara 1.5 dan 5.7 dalam pelbagai kajian, tetapi CIDRAP menyatakan penilaian sukar untuk ditentukan kerana kepelbagaian dalam mengenal pasti dan menguji orang yang dijangkiti antara wilayah-wilayah berlainan.

"Sesetengah negara tampaknya dapat mengawal R0 COVID-19 mereka berada di bawah 1 dengan langkah-langkah mitigasi, namun ketika langkah-langkah mitigasi tersebut dihentikan, R0 di mana-mana kawasan tertentu dapat kembali melebihi 1 dan menyebabkan kebangkitan penyakit dari masa ke masa," kata penulis laporan tersebut. 

Tambah mereka, R0 yang lebih tinggi bermaksud lebih banyak orang perlu dijangkiti dan menjadi kebal sebelum wabak itu dapat berakhir.

Kemungkinan wabak ini tidak akan berhenti sehinggalah 60% hingga 70% daripada populasi penduduknya kebal terhadap jangkitan ini.

Dan berdasarkan pandemik selesema yang terbaru, dan pada kadar di mana novel coronavirus dapat merebak, laporan itu mengunjurkan bahawa pandemik COVID-19 akan berlangsung di antara 18 bulan hingga 2 tahun.

Tiga senario pandemik yang diramalkan saintis

covid 19 di itali

Para saintis mengemukakan tiga kemungkinan cara virus ini akan terus merebak pada tahun-tahun akan datang.

Dalam senario pertama, gelombang pertama novel covonavirus akan berlangsung hingga Jun 2020 diikuti dengan "satu siri gelombang kecil yang berulang-ulang" yang berlaku dari Jun hingga September.

Ia kemudiannya akan terus konsisten dalam jangka masa satu hingga dua tahun. Setelah itu, virus ini akan berkurangan secara beransur-ansur sekitar tahun 2021.

"Kejadian gelombang ini mungkin berbeza-beza secara geografi dan mungkin bergantung kepada tindakan mitigasi yang dilaksanakan dan bagaimana ia dihentikan. Bergantung kepada ketinggian puncak gelombang, senario ini mungkin perlu dilakukan semula secara berkala dan diikuti oleh kelonggaran langkah-langkah mitigasi dalam satu hingga dua tahun ke depan," kata penganalisis.

Situasi kedua akan menyaksikan gelombang pertama COVID-19 dari Mac hingga Jun, diikuti oleh gelombang yang lebih besar di antara September hingga Disember atau bermula Disember tahun 2020.

Satu atau lebih gelombang yang lebih kecil akan muncul selepas itu iaitu pada tahun 2021. Menurut para penyelidik, pola ini serupa dengan apa yang dilihat semasa wabak selesema tahun 1918 yang membunuh hingga 50 juta orang di seluruh dunia.

pandemik covid sehingga 2021

Bagi senario terakhir, gelombang pertama akan diikuti dengan penularan secara perlahan-lahan yang sedang berlangsung tetapi tanpa corak gelombang yang jelas.

Pola ini akan berbeza-beza secara geografi dan mungkin dipengaruhi oleh tahap tindakan mitigasi yang berlaku di kawasan yang berlainan.

Walau bagaimanapun, penulis laporan tersebut mengatakan bahawa situasi ini tidak mungkin memerlukan pelaksanaan semula langkah-langkah mitigasi, walaupun kes dan kematian baru akan terus berlaku.

"Tak kiralah senario mana-mana yang berlaku untuk pandemik ini, dengan mengandaikan sekurang-kurangnya beberapa tahap langkah-langkah pengurangan yang berterusan, kita perlu bersedia untuk sekurang-kurangnya 18 hingga 24 bulan, dengan lokasi-lokasi panas muncul secara berkala di kawasan geografi yang berlainan," kata saintis.

Mereka menambah bahawa walaupun pandemik COVID-19 semakin berkurangan, virus ini akan terus beredar dalam populasi manusia. Virus itu akan "diselaraskan ke dalam pola bermusim" dengan keterukan yang semakin berkurangan dari masa ke masa, ramalan yang dibuat oleh laporan ini.

Kerja-kerja menghasilkan vaksin atau rawatan bagi COVID-19 sedang dijalankan di seluruh dunia.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 102 vaksin dibangunkan di seluruh dunia menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), namun para pakar meramalkan bahawa vaksin memerlukan 12 hingga 19 bulan untuk dipasarkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)