Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai gelaran Dr palsu yang digunakan oleh pemilik produk untuk melariskan perniagaan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, gelaran Dr hanya layak digunakan bagi mereka yang mempunyai telah menamatkan pengajian PhD sahaja (berlainan dengan penggunaan gelaran Dr oleh doktor).
Penggunaan gelaran Dr oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini memberi tanggapan salah kepada orang ramai bahawa mereka adalah seorang pakar dalam sesuatu bidang. Kebanyakan individu yang menipu memiliki gelaran PhD ini adalah semata-mata untuk melariskan produk jualan mereka yang didakwa mampu mengubati pelbagai penyakit.
Walaubagaimanapun, banyak kajian yang telah dilakukan membuktikan produk yang dijual oleh golongan yang menggunakan gelaran Dr palsu ini tidak memberi apa-apa manfaat dan yang lebih teruk lagi, ada yang boleh memudaratkan kesihatan.
Sekiranya ada ingin membaca lebih lanjut mengenai produk-produk pseudoscience ini, boleh rujuk halaman Facebook page Pseudoscience Watch. Terpulanglah kepada anda sama ada mahu mempercayainya atau tidak.
Walaupun banyak gelaran palsu PhD oleh beberapa individu telah didedahkan, tidak ramai yang maklum akan perihal ini. Bagi memudahkan orang ramai membuat pencarian nama individu yang betul-betul memiliki gelaran PhD yang sah dan diperakui di Malaysia, kerajaan baru sahaja mewujudkan pangkalan data (database) senarai individu yang memiliki gelaran PhD.
Bagi tujuan itu, kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) ). Pangkalan data yang dibina kelak akan memudahkan orang ramai melakukan pengesahan gelaran PhD oleh seseorang individu yang akan turut memaparkan maklumat lain seperi universiti, bidang pengkhususan dan sebagainya.
Ini merupakan langkah yang tepat bagi mengurangkan jenayah penggunaan Dr palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, undang-undang juga perlu digunbal agar golongan ini dikenakan tindakan berat.