Oleh pada 18 Jan 2018 kategori

Menuntut ilmu adalah tuntutan dalam Islam, dan para pelajar adalah fisabilillah menurut agama ini, yang membawa maksud golongan yang berjuang di jalan Allah.

Selain Islam, lain-lain agama juga menuntut penganutnya untuk memperolehi pengetahuan yang luas.

Pendidikan formal di institusi pengajian tinggi memerlukan sokongan kewangan yang teguh kerana menelan perbelanjaan yang tinggi dari segi yuran, elaun sara hidup dan lain-lain. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam keadaan ekonomi negara ini yang kurang stabil, banyak biasiswa daripada kerajaan Malaysia telah ditarik balik berbanding era sebelumnya. Bagi mendapatkan ijazah, ramai graduan terpaksa berhutang dengan PTPTN.

Tahukah anda, terdapat banyak cara untuk memperolehi diploma, ijazah, mahupun sarjana dan PhD secara percuma, yang diperlukan adalah usaha yang gigih, istiqomah dan doa yang tidak putus-putus. 

Ramai pelajar lepasan SPM terutamanya tidak sedar akan altenatif kepada PTPTN, dek kerana kurang pendedahan sama ada dari pihak sekolah mahupun keluarga. 

Artikel kali ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua (bukan pelajar sahaja) akan bantuan kewangan yang ada bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

Senarai Biasiswa-Biasiswa Yang Boleh Dipohon Mulai Sekarang (Pautan Pada Tajuk Biasiswa)

Biasiswa Global Leader Program di Tokyo

biasiswa global leader program di tokyo

Universiti Musashino di Tokyo, Jepun menawarkan biasiswa untuk rakyat Malaysia yang berminat untuk mengikuti program sarjana selama 4 tahun. Universiti ini menawarkan biasiswa kerana ingin menarik pelajar asing ke fakulti Pengajian Global mereka.

Tarikh Tutup: 31 Januari 2018

Lokasi: Tokyo, Jepun

Tahap Pengajian: Sarjana

Biasiswa Merdeka Khazanah-Oxford Centre for Islamic Studies

biasiswa merdeka khazanah oxford centre for islamic studies

Biasiswa bersempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia bertujuan memberi peluang kepada pelajar Malaysia yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah di University of Oxford.  

Tarikh Tutup: 31 Januari 2018

Lokasi: United Kingdom

Tahap Pengajian: Sarjana & PhD

Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018

biasiswa kerajaan republik iran 2018

Jabatan biasiswa telah mendapat tawaran dari Kedutaan Iran di Kuala Lumpur untuk menawarkan: Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, & PhD belajar di 25 buah universiti terkenal di Iran.

Tarikh Tutup: 15 Februari 2018

Lokasi: Iran

Tahap Pengajian: Ijazah, Sarjana & PhD

Biasiswa Komanwel United Kingdom 2018

biasiswa komanwel united kingdom 2018

Biasiswa ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Calon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjuran Biasiswa Komanwel UK.

Tarikh Tutup: 22 Februari 2018

Lokasi: United Kingdom

Tahap Pengajian: Sarjana, PhD

Biasiswa International Medical College (IMU) (Diploma Kejururawatan)

biasiswa international medical college

Kolej Perubatan Antarabangsa (IMU) menawarkan tajaan penuh dan tajaan separa selain jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian bagi anda yang berminat untuk mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan di IMC.

Tarikh Tutup: 23 Mac 2018

Lokasi: Dalam Negara

Tahap Pengajian: Diploma

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018

biasiswa tunku abdul rahman 2018

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

Tarikh Tutup: 31 Mac 2018 (Buka 1 Mac 2018)

Lokasi: Dalam Negara

Tahap Pengajian: Ijazah

Biasiswa HM The King's 2018

biasiswa hm the king s 2018

Institut Teknologi Asia (AIT) mengendalikan beberapa biasiswa peringkat Sarjana yang disediakan oleh Kerajaan Diraja Thailand (RTG) kepada calon berkelayakan dengan kelayakan akademik yang cemerlang dari Thailand dan dari mana-mana negara di Asia yang lain.

Tarikh Tutup: 31 Mac 2018

Lokasi: Dalam & Luar Negara

Tahap Pengajian: Sarjana

Biasiswa Tabung Pendidikan Star 2018

biasiswa tabung pendidikan star 2018

Setiap tahun, The star berkolaborasi dengan institusi-institusi pendidikan terbaik dalam menyediakan tawaran biasiswa kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Biasiswa ini ditawarkan untuk semua disiplin pengajian bermula daripada peringkat pra-universiti, ijazah sarjana muda.

Apa yang menariknya, sekiranya anda memperolehi biasiswa ini anda tidak terikat dengan institusi yang memberi biasiswa ini selepas menamatkan pengajian kelak.

Tarikh Tutup: 31 Mac 2018

Lokasi: Dalam Negara

Tahap Pengajian: Pra-Universiti, Diploma & Ijazah

Biasiswa ISE Chulalongkorn 2018

biasiswa ise chulalongkorn 2018

Universiti Chulalongkorn menawarkan biasiswa untuk pelajar bukan warganegara Thailand untuk tahun akademik 2018-2019. ISE menawarkan empat program pengajian yang diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris di peringkat Sarjana, di ibu negaranya iaitu Bangkok.

Tarikh Tutup: 31 Mac 2018

Lokasi: Bangkok, Thailand

Tahap Pengajian: Ijazah

Biasiswa Fair & Lovely 2018

biasiswa fair lovely 2018

Dalam inisiatif memperkasakan kaum wanita untuk mengejar masa depan yang cerah, Fair & Lovely menawarkan biasiswa berjumlah RM200,000* untuk dibahagikan kepada 40 mahasiswi yang layak di kalangan 7 universiti awam dengan mata undian tertinggi.

Tarikh Tutup: 30 April 2018

Lokasi: Dalam Negara

Tahap Pengajian: Diploma & Ijazah

Biasiswa UMT ASEAN 2018

biasiswa umt asean 2018

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menawarkan biasiswa kepada pelajar di rantau ASEAN bagi pengambilan bulan Februari dan September 2018. UMT akan memilih calon terbaik dari Universiti-universiti ASEAN untuk melanjutkan pengajian ke UMT.

Tarikh Tutup: 31 Mei 2018

Lokasi: Dalam Negara

Tahap Pengajian: Sarjana

Biasiswa Karangkraf 2018

biasiswa karangkraf 2018

Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah di IPTS.

Tarikh Tutup: 31 Disember 2018

Lokasi: Dalam Negara

Tahap Pengajian: Pra-Universiti, Diploma Ijazah

Senarai Lain-Lain Biasiswa Yang Boleh Dipohon

Terdapat terlalu banyak biasiswa lain yang boleh dipohon, antaranya termasuklah:

  1. Biasiswa Petronas
  2. Biasiswa Yang Dipertuan Agong (YDPA)
  3. Biasiswa Felda
  4. Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA
  5. Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM)
  6. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN)
  7. Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - MyBrainSC
  8. Biasiswa Yayasan Khazanah
  9. Biasiswa Komanwel United Kingdom
  10. Biasiswa MAXIS
  11. Biasiswa Yayasan Axiata 
  12. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  13. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  14. Biasiswa Exxon Mobil
  15. Biasiswa Yayasan Tun Rahah
  16. Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan
  17. Biasiswa Yayasan Daya Diri
  18. Biasiswa Yayasan Peneraju
  19. Biasiswa Shell
  20. Biasiswa Yayasan Maybank
  21. Biasiswa MAHB
  22. Biasiswa ASTRO
  23. Biasiswa Bank Negara (BNM)
  24. Biasiswa Yayasan Sime Darby
  25. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  26. Biasiswa Panasonic
  27. Biasiswa UEM Group
  28. Biasiswa Securities Commission Malaysia (SC)
  29. Biasiswa Pendidikan Johor Corporation
  30. Biasiswa Kerajaan Negeri (Mengikut Negeri Masing-Masing)
  31. Biasiswa Bursa Malaysia
  32. Biasiswa Yayasan Hong Leong
  33. Biasiswa Kerajaan Luar (Arab Saudi, Turki & Lain-Lain)
  34. Biasiswa Top Glove
  35. Biasiswa Agrobank
  36. Biasiswa Negeri Selangor
  37. Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
  38. Biasiswa Sultan Ibrahim - Yayasan Pelajaran Johor
  39. Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  40. Biasiswa Yayasan Pahang
  41. Biasiswa Yayasan Sabah
  42. Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah
  43. Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto

Terdapat terlalu banyak biasiswa yang ada, cuma memerlukan usaha gigih anda untuk terus mencari biasiswa yang sesuai mengikut kursus, peringkat pengajian, negara dan keutamaan anda. 

Laman Sesawang Yang Wajib Dilawati Bagi Informasi Berkenaan Biasiswa

Terdapat banyak lagi senarai biasiswa yang tidak diletakkan dalam artikel ini, namun pastikan anda melawat laman sesawang di bawah untuk mencari lebih banyak maklumat tentang lain-lain biasiswa yang ada.

  1. afterschool.my
  2. biasiswa.index.my
  3. biasiswakini.com
  4. esilav2.jpa.gov.my (JPA)
  5. myeduloan.mara.gov.my (MARA)
  6. gooverseas.com
  7. scholarshipsreview.info

BERKAITAN: Senarai Biasiswa Penuh Pengajian Dalam & Luar Negara Bagi Pelajar Lepasan SPM & STPM




Hakcipta iluminasi.com (2017)