PhD adalah ijazah kedoktoran bagi siswa dan siswazah lepasan ijazah. Ia diberikan kepada pelajar yang berjaya menyiapkan tesis asli yang menawarkan sumbangan penting baharu dalam subjek mereka.

Balamurali Ambati dan Ruth Lawrence

Kelayakan PhD boleh didapati dalam semua mata pelajaran yang ada dan biasanya ia merupakan tahap ijazah akademik tertinggi yang boleh dicapai seseorang. Mendapatkan PhD bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia mampu dilakukan dengan disiplin dan ketabahan yang betul.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, ia mungkin agak mustahil untuk mendapatkannya pada usia remaja. Walau bagaimanapun, ada kanak-kanak dan remaja genius yang mempunyai bakat luar biasa untuk memperolehi PhD pada usia muda. Berikut adalah senarai beberapa orang yang berjaya memperolehi PhD di bawah usia 20 tahun.

8. Charles Homer Haskins (19 tahun)

charles homer haskins

Diajar oleh bapanya, Charles Homer Haskins mahir berbahasa Latin dan Greek sejak usia kecil lagi. Dia menghabiskan pengajian di Johns Hopkins University pada usia 16 tahun sebelum menyambung pengajian di Paris dan Berlin.

Dia kemudian menerima PhD dalam sejarah dari Johns Hopkins University pada usia 19 tahun dan mula mengajar di sana. Dia kemudian menjadi profesor sejarah di Wisconsin University dan Harvard University.

Selain itu, dia juga merupakan penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat ke-28 iaitu Woodrow Wilson dan pernah ditugaskan untuk menyelesaikan pertikaian wilayah selepas Perang Dunia Pertama. (sumber)

7. Juliet Beni (19 Tahun)

juliet beni

Juliet Beni menerima PhD dalam bidang Psikologi dari University of California,Riverside, ketika berusia 19 tahun, setahun lebih awal daripada kakaknya, Catherine. Juliet dan kakaknya hanya di rumah di mana bapa mereka merupakan guru dan pengajar.

Selepas graduasi pada tahun 2012, Juliet menyambung pelajaran untuk menjadi Doktor Perubatan di University of California, Los Angeles (UCLA). Dia berjaya menghabiskan pengajiannya sebagai Doktor Perubatan dan kini merupakan pakar psikiatri tahun keempat di UCLA Semel Institute untuk Sains Saraf dan Tingkah Laku Manusia. (sumber)

6. Sho Yano (18 Tahun)

budak genius

Dilahirkan di Oregon, Amerika Syarikat, pada 1990, Sho Yano telah menamatkan pengajiannya dari Loyola University dengan penghargaan tertinggi ketika berusia 12 tahun.

Dia kemudian menyambung pengajian dalam PhD di University of Chicago dalam MSTP (Medical Scientist Training Program). Pada tahun 2009, dia berjaya memperoleh PhD dalam Genetik Molekul dan Biologi Sel ketika berusia 18 tahun.

Pada tahun yang sama juga, dia menyambung pengajiannya untuk menjadi seorang Doktor Perubatan di universiti yang sama. Pada usia 21 tahun, dia merupakan pelajar termuda yang menamatkan pengajian sebagai Doktor Perubatan dari Universitu of Chicago. (sumber)

5. Norbert Wiener (17 Tahun)

norbert wiener

Tidak semua genius kanak-kanak tergesa-gesa untuk mendapatkan PhD dengan cepat. Salah seorangnya ialah Norbert Wiener. Dia cenderung kepada subjek matematik dan mendapat ijazah sarjana muda dari Tuft College pada usia 14 tahun.

Kemudian, dia beralih kepada zoologi sebelum bapanya memaksa Norbert untuk kembali semula kepada subjek matematik dan falsafah. Norbert menerima Phd dalam Matematik Logik dari Harvard University ketika dia berumur 17 tahun.

Dia adalah pengasas kepada istilah "cybernatics" (sains komunikasi dan sistem kawalan automatik dalam kedua-dua mesin dan makhluk hidup). Dia kemudian bekerja dalam bidang automasi, kewartawanan dan teori komunikasi. (sumber)

4. Ruth Lawrence (17 Tahun)

ruth lawrence

Pakar matematik Ruth Lawrence merupakan seorang kanak-kanak pintar dari Britain dan telah menamatkan pengajian PhD di Oxford University pada usia 17 tahun. Kini dia dikenali sebagai sarjana dalam cabang matematik iaitu topologi algebra dan teori simpulan.

Walaupun dia seorang ahli akademik yang hebat dan terkenal, Ruth tidak menggalakkan anaknya sendiri untuk mengikuti jejak langkahnya dalam amalan belajar yang sangat ketat.

Ketika berusia 5 tahun, bapanya telah berhenti kerja agar dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk mendidik Ruth. Selain mengajarnya, bapa Ruth juga telah menghadiri semua kelasnya di Oxford. (sumber)

3. Balamural Ambati (17 Tahun)

balamural ambati

Tidak seperti kanak-kanak pintar lain yang mengalami kemurungan, Balamural Ambati gembira menjadi seorang genius kanak-kanak dan doktor perubatan termuda di dunia. 

Ambati yang memperoleh PhD dari Mount Sinai School of Medicine seawal usia 17 tahun berkata, dia mempunyai banyak masa untuk merasai pengalaman hidup yang lain.

Sebagai seorang pakar dalam bidang oftalmologi (kajian gangguan dan penyakit mata), dia telah menulis lebih daripada 40 penerbitan yang dikaji semula, termasuk sebuah buku mengenai AIDS yang ditulis bersama abangnya ketika berusia 11 tahun. (sumber)

2. Kim Ung-Yong (15 Tahun)

kim ung yong 424

Dilahirkan pada tahun 1963, Kim Ung-Yong pernah memegang Guinness World Record kerana mempunyai IQ tertinggi sebanyak 210. Bapanya ialah seorang profesor fizik dan ibunya pula ialah seorang profesor perubatan.

Ketika berusia tiga tahun, dia telah menjadi pelajar jemputan fizik di Universiti Hanyang di Korea Selatan. Dia juga boleh membaca dan menulis dalam bahasa Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris sebelum berusia empat tahun. 

Pada usia tujuh tahun, dia telah dijemput ke Amerika Syarikat oleh NASA. Kim berjaya memperolehi PhD dalam fizik di Colorado State University pada usia 15 tahun. Semasa pengajiannya, dia juga menjalankan kerja penyelidikan di NASA sehingga kembali ke Korea Selatan pada tahun 1978. (sumber)

1. Karl Witte (13 Tahun)

karl witte

Salah satu cara untuk membantu anak anda mempunyai bakat luar biasa ialah dengan menjadikan mereka sebagai salah satu eksperimen program pembelajaran yang melampau supaya anda boleh menulis buku mengenainya.

Itulah yang Karl Heinrich Gottfried Witte lakukan kepada anaknya, Johann Heinrich Friedrich Karl Witte. Anaknya yang juga dikenali sebagai Karl telah diajarkan agar dia fasih bercakap dalam lima bahasa ketika berusia sembilan tahun.

Ketika berusia 13 tahun, Karl telah memperoleh gelaran doktor falsafah dari University of Giessen di Jerman pada tahun 1814. Dia kemudian menjadi pemegang biasiswa Dante Alighieri kerana kecemerlangannya. (sumber)




Hakcipta iluminasi.com (2017)