Oleh pada 01 Mar 2018 kategori

keputusan stpm 2017 keluar 6 mac ini 776

Sumber foto: Foto fail / Astro Awani (Gambar sekadar hiasan)

Menurut Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Mohd Fauzi Mohd Kassim, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 bakal diumumkan pada 6 Mac ini.

Menerusi sebuah kenyataan kelmarin, pihaknya memberitahu bahawa  sejumlah 43,042 calon yang menduduki peperiksaan berkenaan tahun lepas dapat menyemak keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing. 

"Calon peperiksaan juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip 'STPM RESULT' jarak 'no kad pengenalan' dan hantar ke 15888," ujarnya.

Di samping itu, keputusan tersebut juga boleh disemak secara dalam talian dengan melayari portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia, https://www.mpm.edu.my.

Tambah beliau, calon sekolah boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari, manakala bagi calon persendirian, individu bakal memperolehnya melalui pos. 

Peperiksaan STPM 2017 diduduki sejumlah 43,042 calon di 700 buah pusat di seluruh negara. Sebanyak 42,694 orang (99.19 peratus) merupakan calon sekolah kerajaan, 204 orang (0.47 peratus) calon sekolah swasta, 136 orang (0.32 peratus) calon persendirian dan lapan orang (0.02 peratus) ialah calon sekolah kerajaan negeri.

Sumber berita:

1.    Bernama

2.    Kosmo Online

3.    BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)