Oleh pada 13 Jan 2018 kategori

Sumber foto: sman.pahang.edu.my 

18 Januari ini merupakan tarikh mengumumkan Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) 2017. Berikutan kenyataan Lembaga Peperiksaan di Putrajaya semalam.

Sekolah masing- masing akan memaklumkan keputusan STAM 2017 kepada calon selepas pukul 10 pagi hari tersebut, mengikut kenyataan lagi.

Bagi calon persendirian pula boleh mendapat makluman keputusan peperiksaan melalui pos atau cara lain boleh menghubungi terus Jabatan Pendidikan Negeri tempat peperiksaan didaftarkan.

Bagi memudahkan calon untuk menyemak keputusan STAM 2017. Lembaga Peperiksaan juga menyediakan sistem perkhidmatan semakan keputusan STAM 2017 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) ini akan aktif pada pukul 10 pagi 18 Januari dan berakhir pada pukul 6 petang 24 Januari.

STAM 2017 telah mencatatkan sebanyak 9,534 calon yang berdaftar di 240 pusat peperiksaan seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, 2,365 adalah calon daripada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala 4,951 merupakan calon sekolah menengah agama negeri.

“Selain itu, 704 adalah calon sekolah menengah agama rakyat, 1,370 calon persendirian, 52 calon sekolah menengah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan 92 calon luar negara dari Kemboja,” jelas kenyataan itu.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)