Oleh pada 20 Nov 2017 kategori

Sekiranya anda pernah makan di sebuah restoran bersama dengan ahli keluarga, pasti anda akan menyedari bahawa setiap orang kebanyakkan tidak memesan makanan yang sama. Jika terdapat lima orang yang memesan makan, kemungkinanĀ  terdapat lima jenis makanan yang berbeza apabila dipesan yang terhidang di atas meja.

lidah mempunya deria rasa berbeza

Sesetengah makanan segera seperti pizza dan ayam goreng nampaknya menjadi kegemaran ramai orang walaupun ada yang tidak mengemarinya. Makanan yang berasaskan sayuran seperti brokoli, tauge, tomato, sawi atau bayam merupakan rasa yang tidak disukai bagi sesetengah orang kerana rasanya yang tidak begitu sedap walaupun ianya sebuah hidangan yang menyihatkan. Apakah sebenarnya yang mendorong perbezaan ini dalam cita rasa kita?

pizza dan ayam goreng

Para saintis yang telah mengkaji mengenai rasa makanan dan deria rasa telah mengenal pasti terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keghairahan dan keinginan kita ketika ingin menikmati makanan. Pertama adalah kita semua tidak dicipta untuk dengan lidah yang sama dalam menyukai makanan tersebut. Ini kerana terdapat bilangan biji benjolan di lidah kita (dipanggil papillae) yang mengandungi selera bervariasi yang ada pada setiap orang.

papillae atau biji benjolan pada lidah

Orang yang mempunyai bilangan papillae yang tinggi dikenali sebagai "supertaster." Mereka ini boleh menemui rasa yang pelbagai dan sering memilih makanan yang ringan dan bukan pedas. Mereka yang mempunyai ketumpatan papillae yang rendah dikenali sebagai "subtaster" dan mereka ini adalah orang yang lebih cenderung kepada makanan pedas dan berempah.

Deria rasa bukan sahaja bergantung kepada berapa banyak jumlah selera makan. Ia juga bergantung kepada kemampuan citarasa untuk mengesan pelbagai jenis bahan kimia yang boleh mencetuskan isyarat yang membantu otak dalam menafsirkan lima citarasa yang berbeza iaitu manis, masam, masin, pahit dan tawar.

Para saintis yang mengkaji percaya bahawa deria rasa yang ada pada manusia pasti mempunyai komponen genetik. Manusia nampaknya lumrah dilahirkan dengan deria rasa semulajadi yang suka rasa manis dan keengganan untuk menikmati rasa pahit dan masam. Para saintis percaya bahawa kecenderungan genetik ini mempunyai kitaran evolusi kerana rasa manis mungkin berasal dari sumber makanan yang baik seperti buah-buahan manakala rasa pahit dan masam seringkali berasal dari tumbuhan jenis daun dan juga akar kayu.

makanan pedas

Pengalaman juga memainkan peranan ketika kita membesar. Sebagai contoh bayi yang didalam kandungan menyukai makanan yang dimakan oleh ibu sebelum mereka dilahirkan. Selepas masa berlalu dengan pantas, bayi yang menjadi kanak-kanak itu terdedah kepada pelbagai jenis makanan dan juga cenderung untuk menyukai makanan dengan kuantiti lebih banyak walaupun diet mereka terbatas.

Jantina dan budaya juga boleh memainkan peranan dalam cita rasa. Wanita cenderung untuk menyukai makan yang manis seperti gula-gula,kek dan coklat. Sementara lelaki pula kebanyakannya sering memilih makanan yang agak masin. Makanan yang berempah atau pedas mungkin lebih popular jika anda adalah sebahagian daripada budaya yang menyukai makanan tersebut dan memakannya secara teratur bersama nasi atau roti.

ramai yang mempunyai cita rasa yang tidak sama

Akhirnya, saintis juga memberitahu bahawa tekstur memainkan peranan besar dalam menentukan bahawa orang tersebut suka atau tidak suka dalam sesuatu menu tersebut. Mereka tidak dapat menjelaskan mengapa tetapi jelas bahawa sesetengah orang tidak suka tekstur tertentu seperti tekstur yang berlendir, kenyal, berlemak, berkrim atau pejal.


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)