Oleh pada 10 Dec 2017 kategori

makanan pedas seluruh dunia

Jika anda penggemar makanan pedas, anda mesti rasa tak puas dan hambar kalau makanan itu tak rasa cili langsung, kan? Sementara orang lain rasa menyengat di lidah, air mata meleleh, hingus merembes dan dahi berpeluh, anda makan seolah-olah macam tak ada apa-apa.

Makanan pedas sememangnya seperti kita sedia maklum amat mudah didapati di negara sendiri. Tapi jika anda berkunjung ke negara lain, kadang-kadang rasa seperti hidup kurang lengkap kerana tak dapat menikmati masakan pedas.

Jadi, anda bolehlah mencuba juadah dan menu yang bakal kongsikan ini sekiranya anda bercuti atau melawat di negara-negara tersebut. Pasti terangkat!

1. Suicide Hot Chicken Wings (Amerika Syarikat)

suicide hot wings kepak ayam makanan pedas dari seluruh dunia 33

Anda dianggap 'membunuh diri' sekiranya anda cuba memakan kepak ayam ini. Ayam yang berasal dari Amerika Syarikat ini menjadi menu pembuka selera dengan kombinasi sos pedas, empingan cili dan ditabur dengan cili potong.

2. Vindaloo (India)

vindaloo ayam makanan pedas dari seluruh dunia

Makanan India sememangnya dikenali kerana rasa pedas dan penuh dengan rempah ratus. Menu yang berasal dari wilayah Goa ini dikhabarkan mampu membuatkan lidah anda pijar seperti terkena api. Antara bahan yang digunakan adalah cili bhut jolokia, salah satu cili terpedas di dunia.

3. Phaal curry (United Kingdom)

phall phaal kari makanan pedas dari seluruh dunia

Ditabalkan sebagai kari paling pedas dalam dunia, ia merupakan inspirasi unsur British dan Asia. Ia mengandungi 10 jenis cili yang dikatakan mampu menyebabkan seseorang terhalusinasi akibat kepedasan melampau.

4. Papa a la Huancaina (Peru)

papa a la huancaina makanan pedas dari seluruh dunia

Dalam bahasa mudah, menu ini sebenarnya merupakan salad kentang namun jangan biarkan warna dan rupanya mengaburi mata anda. Hidangan istimewa Peru ini diperbuat daripada kentang dan telur rebus yang dihiasi dengan sos keju sejuk campuran cili Amarillo dan habanero. Berapi!

5. Jerk Chicken (Jamaica)

jerk chicken makanan pedas dari seluruh dunia

Menu pedas meletup yang berasal dari Jamaica ini diperbuat daripada cili scotch bonnet dan pelbagai rempah Caribbean.

6. Sik Sik Wat (Ethiopia)

sik sik wat makanan pedas dari seluruh dunia

Stu pekat dan berempah kegemaran masyarakat Ethiopia ini dibuat menggunakan paprika pedas dan chili allspice. Dilaporkan kepedasannya terus menangkap lidah sejurus dimasukkan ke dalam mulut. Pengalaman yang anda tak boleh lepaskan sebagai seorang peminat fanatik pedas.

7. Tom Yam (Thailand)

tomyam makanan pedas dari seluruh dunia

Makanan ruji dari negara jiran kita ini seolah-olah sudah sebati dengan jiwa rakyat Malaysia. Lambakan kedai Siam dalam negara seakan-akan bersaing siapakah yang menghasilkan tomyam paling pedas dan sedap. Walau bagaimanapun, ia masih tak sama dengan tomyam di negara asal. Kena cuba dulu, baru tahu perasaan tangkap nangis.

8. Szechuan Hot Pot (China)

szechuan hot pot makanan pedas dari seluruh dunia

Makanan dari negara China sering dikaitkan dengan 'tak pedas langsung' seperti nasi goreng cina, dim sum dan yee mee. Tapi tahukah anda sebenarnya menu-menu yang berasal dari wilayah Sichuan di China kebanyakannya pedas berapi belaka.

9. Kimchi Jjigae (Korea)

kimchi jjigae makanan paling pedas di seluruh dunia

Stu Korea ini direneh perlahan dalam cili sehingga pekat dan pedas berdesing. Satu suapan sahaja mampu membuatkan lidah anda terbakar.

10. Pozole (Mexico)

pozole makanan pedas di seluruh dunia

Makanan Mexico tidak sah ketulenannya jika tidak pedas. Dengan pelbagai cili terpedas yang berasal dari Mexico seperti Jalapeno, Poblano, Serrano, Habanero dan Ancho, sukar untuk mencari makanan di Mexico yang tidak membuatkan dahi anda berpeluh. Jika anda berani, boleh cuba menu yang dipanggil Pozole.

Bagi umat Islam, jika anda hendak merasa kesemua makanan pedas di atas ketika bercuti, boleh. Tapi pastikan yang halal dan thoyyib ya.


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)