Oleh pada 04 Aug 2018 kategori

Sebagai manusia kita perlulah mempunyai etika dan adab dalam kehidupan bagi menggambarkan kita hidup di zaman yang bertamadun.

Ia termasuklah adab dan etika ketika makan. Jika di Malaysia pun kita mempunyai adab tersendiri seperti membaca doa, makan tangan kanan, duduk bersila dan bersimpuh jika makan di atas lantai dan banyak lagi.

Namun, terdapat etika-etika ketika makan yang sangat pelik di seluruh dunia membuatkan anda mengerutkan dahi. iluminasi.com kongsikan 9 etika dan cara makan yang paling anda tak tahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Jangan terbalikkan ikan - China dan Hong Kong

jangan terbalikkan ikan ketika makan di china

Secara logiknya anda akan mengalihkan ikan ke bahagian satu lagi selepas selesai memakan satu bahagian.

Namun di China, terutamanya di bahagian selatan dan Hong Kong, anda tidak boleh melakukan sedemikian. Menterbalikkan ikan di China adalah "dao yue" atau nasib buruk.

Apabila anda mengalihkan ikan anda seolah-olah mengatakan bahawa biarkan bot nelayan terbalik.

Mereka yang tersangat mempercayai tahyul tidak akan memakan bahagian ikan yang satu lagi, manakala yang lain mengeluarkan tulang di bahagian tengah badan ikan untuk memakan isi di bahagian sebelah.

Jika anda malas, anda boleh hanya melihat sahaja sebelah ikan tidak dimakan.

2. Penggunaan garfu - Thailand

jangan masukkan garfu ke dalam mulut jika makan di thailand

Biasanya garfu digunakan di kebanyakan negara di dunia untuk memudahkan kita makan kebanyakan jenis makanan.

Sebagai contoh, selepas memotong daging, garfu digunakan untuk mencucuk daging tersebut lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Namun, ini sangat berbeza di Thailand. Anda akan dianggap berkelas rendah dan biadab jika melakukannya.

Garfu digunakan hanya untuk membantu anda meletakkan makanan di atas sudu sebelum dimakan ataupun membantu ketika memotong makanan menjadi kecil. Ia tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut.

3. Hormat orang lebih tua - Korea Selatan

etika makan di korea selatan sangat menghormati orang tua

Umum tahu Korea Selatan adalah antara salah satu negara yang mengamalkan sikap kesopanan yang tersangat tinggi dan menghormati orang yang lebih tua, termasuklah ketika makan.

Di Korea Selatan, mereka mempunyai tabiat untuk menunggu orang yang lebih tua dalam sesuatu keluarga atau kumpulan untuk mula makan dahulu, ini tidak pelik tetapi adalah satu perbuatan yang bagus.

Namun, anda perlu mengikut tahap kelajuan orang yang lebih tua. Jika dia tidak menyentuh sesuatu lauk itu, maka anda juga tidak boleh mengambilnya.

Jika orang lebih tua itu terlalu perlahan, maka anda juga terpaksa mengikut rentaknya.

4. Etika menggunakan penyepit - China

etika makan seluruh dunia

Meninggalkan penyepit (chopstick) secara menegak di dalam mangkuk nasik dipandang sebagai sesuatu yang pelik di China kerana ia adalah cara bagaimana nasi ditinggalkan sebagai ketika upacara pengebumian.

Malah, jika anda meletakkan penyepit di atas meja dengan cara menghala kepada seseorang juga dianggap sangat biadab.

5. Jangan pesan minuman bersusu - Itali

jangan pesan minuman bersusu selepas makan di itali

Di Itali, jangan pesan minuman bersusu selepas hidangan makanan kerana susu menghalang proses penghadaman. Sebaliknya, mereka akan memberi pilihan untuk memesan espresso atau kopi.

Tak ada siapa yang akan marah jika anda memesan cappuccino, namun anda akan dikelaskan sebagai pelancong yang tidak tahu tentang perkara ini.

6. Kendalikan sudu dengan betul - Amerika Syarikat dan United Kingdom

etika minum teh di amerika syarikat dan uk

Agak menjadi kebiasaan jika sudu berlaga dengan bahagian dalam cawan ketika mengacau minuman panas. Malah akan kerap kali kedengaran bunyi ini di gerai-gerai minuman kecil.

Namun, ia adalah sesuatu yang tidak dihargai dan dianggap sebagai biadab. di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Selain itu, anda tidak dibenarkan meninggalkan sudu di dalam cawan selepas mengacau minuman sebaliknya diletakkan di atas piring dan perlu ia perlu menghadapi arah yang sama seperti pemegang cawan anda.

Pelik kan? Nak minum teh je pun.

7. Etika makan sushi - Jepun

etika makan sushi di jepun

Ramai orang Malaysia yang sangat menggemari sushi, namun tak ramai yang benar-benar tahu etika yang betul ketika makan hidangan ini.

Ini adalah apa yang anda harus lakukan:

  • Gunakan penyepit atau tangan untuk mengangkat sushi, kedua-duanya dibenarkan.
  • Celupkan sushi di bahagian ikan ke dalam sos soya
  • Masukkan keseluruhan sushi ke dalam mulut dengan cara memegang sushi agar bahagian ikan mengenai lidah
  • Gunakan belakang penyepit untuk mengambil sushi daripada pinggan yang dikongsi
  • Letakkan penyepit di atas piring sos, selari dengan bar sushi, untuk menandakan anda sudah selesai makan

Jangan lakukan:

  • Melaga-lagakan penyepit untuk membuang serpihan selumbar pada kayu penyepit. Ia sangat biadab. (restoran sushi yang baik tidak akan berikan penyepit berkualiti rendah)
  • Gigit sushi separuh dan letakkan semula ke dalam pinggan
  • Celup sushi bahagian nasi ke dalam sos soya
  • Memasukkan wasabi ke dalam sos soya menjadi seperti sup (wasabi sepatutnya diletakkan terus ke atas sushi)

8. Jangan habiskan makanan dalam pinggan - China

jangan habiskan makanan dalam pinggan di china

Di Malaysia, kita diajar untuk menghabiskan makanan yang berada di dalam pinggan agar tidak membazir, bak kata iklan "sebutir nasi ibarat setitik peluh petani".

Ia juga menunjukkan betapa anda menikmati makanan yang dihidangkan membuatkan tuan rumah atau peniaga berasa senang hati.

Namun, ia tidak sebegitu di semua tempat. Sebagai contoh, di China, ia dilihatkan sebagai mesej penghinaan terhadap tuan rumah seolah-olah mereka tidak menghidangkan makanan yang cukup untuk anda.

Anda akan dianggap biadab jika tidak meninggalkan saki baki makanan yang tidak dimakan di dalam pinggan.

9. Etika ketika minum - Korea Selatan

etika minum di korea selatan

Di Korea Selatan, rakyatnya sering bertemu selepas waktu kerja untuk minum dan beramah mesra. Dan jika anda ditawarkan minuman oleh orang yang lebih tuan, anda perlu menerimanya dengan kedua-dua belah tangan.

Juga, adalah dianggap sebagai biadab jika anda menuangkan minuman untuk diri sendiri.

Sebaliknya apa yang perlu dilakukan adalah menunggu orang menuangkan untuk anda dan jika anda menunggu terlalu lama, suruh orang lain untuk tuangkan untuk anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)