Beberapa dekad yang lalu, jarang kita dengar pesakit menderita akibat penyakit kanser. Namun, kebelakangan ini, semakin banyak kes yang kita dengar melibatkan kanser.

Bahkan pada tahun lalu, statistik menunjukkan 14% punca kematian rakyat Malaysia adalah berpunca daripada penyakit ini. Lebih menyedihkan apabila ramai anak-anak kecil dan remaja yang maut akibat kanser. 

kanser

Adakah semua orang di dunia ini sebenarnya mempunyai kanser?

Tubuh manusia terdiri daripada bertrilion-trilion sel. Kanser boleh terjadi sekiranya salah satu unit sel ataupun sekumpulan sel mula berubah. Kebiasaannya, tubuh badan kita mempunyai jumlah dan jenis sel yang betul. Ini disebabkan sel secara alami mengeluarkan isyarat untuk mengawal nilai dan kekerapan setiap sel terbahagi.

Masalah mula timbul sekiranya salah satu sel rosak, hilang atau termutasi. Sel-sel ini akan tumbuh dan membiak dalam gandaan yang terlalu banyak sehingga mengakibatkan pembentukan gumpalan dipanggil tumor. Di lokasi tumor utama inilah kanser boleh mula terjadi.

cara kanser membiak pesakit kanser angiogenesis tumor malignan

Walau bagaimanapun, ada sesetengah jenis kanser seperti leukimia yang bermula daripada sel darah dan tidak membentuk tumor. Ia hanya membiak dalam darah dan adakalanya pada sumsum tulang.

Jadi, untuk menjawab persoalan ini, ya sememangnya kanser bermula daripada sel dalam tubuh setiap manusia. Tetapi ia hanya boleh bermula apabila terdapat sebarang perubahan dalam sel gen ataupun kumpulan sel.

Bagaimana sel kanser membiak?

Untuk kefahaman yang lebih mudah tentang mutasi gen dan DNA, anda boleh tonton video ini:

Tumor benign vs Tumor malignan

Tumor penyebab kanser terbahagi kepada 2 jenis iaitu benign dan malignan. Menurut WebMD, tumor benign bukanlah kanser kerana sel-sel hanya berganda tanpa tujuan di suatu tempat sahaja, namun ia tidak merebak ke bahagian tisu atau organ lain.

Walaupun tumor benign bukanlah punca kanser, rawatan masih diperlukan kerana ia boleh membawa maut sekiranya tumor ini menghimpit saluran darah atau saraf manusia, misalnya. Contoh tumor benign adalah seperti tahi lalat bukan kanser dan fibroid.

Tumor malignan pula merupakan kanser kerana ia mempunyai keupayaan untuk membiak tanpa kawalan dengan menular (metastasize) ke bahagian organ lain dan menyerang tisu sekitarnya. Tumor ini terbentuk daripada sel-sel yang sangat tidak stabil dan bergerak melalui peredaran darah atau sistem limfa.

Sel tumor malignan ini akan menghantar isyarat untuk proses pembentukan sel darah baru yang digelar angiogenesis. Apabila telah mendapat bekalan darah dan oksigen secukupnya, ia akan memasuki saluran darah dan merebak ke kawasan lain.

Tumor malignan juga tidak mempunyai molekul lekatan kimia yang 'menambat' sel-selnya agar berada di lokasi asal tumor benign itu sahaja. Ia akan bergerak tanpa kawalan dan boleh membiak dengan begitu pantas tanpa disedari.

cara kanser membiak pesakit kanser angiogenesis tumor malignan 2

Perkataan 'malignant' itu sendiri yang berasal dari Latin membawa makna 'evil born'. Maka, tak hairanlah ia merupakan salah satu musuh manusia zaman kini.

Rujukan:

1. Cornell University: Center for Materials Research

2. Cancer Research UK

3. American Cancer Society

4. Doctor Oz

5. Astro Awani

6. WebMD


tags : , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)