"Boss! Teh tarik satu!"

Gelaran 'boss' atau 'bos' seakan sudah sebati dengan hidup masyarakat Malaysia tanpa sebab. Semua orang digelarkan 'bos' di negara kita, tak kiralah dia benar-benar 'bos' kita ataupun seorang pelayan di kedai makan.

Kadang-kadang nak minta laluan di tempat sesak pun, kita gunakan panggilan 'bos' untuk orang tu; 'bos, tumpang lalu sikit!'

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari mana datangnya istilah 'bos' atau 'boss' ni? Jom kita belajar.

Sejarah 'boss'

orang belanda perkenal perkataan baas

'Boss' merupakan sebuah istilah yang  baru.layak dikatakan. Asal-usulnya datang daripada panggilan 'baas' oleh orang Belanda, menandakan pengiktirafan seseorang kepada seorang individu lain sebagai tuan atau ketua dirinya.

Orang Belanda ini pula meminjam istilah itu daripada orang Jermanik lama 'basa' yang mewakili panggilan untuk seorang pakcik atau orang lebih tua yang perlu dihormati.

Daripada orang Jermakik kepada Belanda, orang Inggeris mula menggunakan istilah Belanda itu sekitar abad ke 17 sebagai ganti diri panggilan pegawai mereka yang bertugas di Amerika, menandakan pangkat atau kedudukan mereka.

Semuanya disebabkan oleh proses kolonialisasi Inggeris yang berlaku, khasnya perjanjian Breda tahun 1667 di antara Inggeris, Belanda, Perancis dan Denmark yang menyebabkan New York dan New Jersey jatuh ke tangan Inggeris - menyebabkan asimilasi budaya berlaku mencampur adukkan bahasa dan slanga yang digunakan.

Ejaannya mula diubah kepada 'boss' pada abad ke 19, sebagai menandakan bahasa panggilan kumpulan ketua atau pengurus kepada mana-mana kumpulan pekerja. Istilah itu pun lekat sehingga ke hari ini.

Konflik penggunaan 'boss'

tajuk drama guna perkataan boss

Jangan ingat penggunaan istilah tak mampu mendatangkan konflik masyarakat ya! Ada berlaku disebabkan perkataan 'boss' ni. Oleh kerana perkataan 'boss' digunakan bagi menandakan pangkat atau kedudukan seseorang, istilah itu lebih banyak digunakan di kalangan masyarakat berpendapatan rendah.

Beberapa orang tokoh barat dari Britain khasnya bukan setakat kurang gemar dengan istilah 'boss' malahan membencinya sepenuh hati pada penghujung abad ke 19, kerana mereka berpendapat penggunaan istilah 'master' lebih beradab dan beretika.

Walau bagaimanapun, kebangkitan golongan pekerja di Amerika mula mempopularkan penggunaan istilah 'boss' sehingga menjadikannya satu kebiasaan.

Penggunaan istilah 'boss' mencapai kemuncaknya pada era tersebut, selepas seorang ahli politik bernama William M. Tweed, yang menguasai politik di New York kerap digelarkan sebagai 'Boss' Tweed. Walaupun pada penghujung kariernya dia terpaksa berhadapan banyak dakwaan korupsi, legasi 'boss' terus hidup di kalangan masyarakat.

Kau memang 'boss'!

jenama boss maksud makna

Istilah boss semasa kemuncak populariti 'Boss' Tweed mula menjadi slanga masyarakat Amerika. Jika sebelum itu gelaran itu hanya diberikan kepada golongan ketua atau pengurus, 'boss' mula digelarkan kepada mereka yang dirasakan mahir dalam kemahiran masing-masing.

Seorang pembuat kasut terkenal akan digelarkan 'boss shoemaker', seorang tukang kayu handal dinamakan 'boss carpenter' dan bermacam lagi gelaran timbul, mempopularkan penggunaannya.

Ketika era 1960-an, golongan anak muda zaman tersebut yang tergila-gilakan muzik rock mula menggunakan istilah itu secara lebih santai seterusnya memulakan tren penggunaan istilah 'boss' bukan saja untuk merujuk kepada seorang ketua, malahan mana saja individu dan situasi yang dirasakan mampu mengagumkan mereka.

Kenapa orang Malaysia menggunakan istilah itu sebagai slanga harian kita, masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Kami tidak tahu kenapa semua orang di Malaysia layak bergelar boss.

Boss, anda tahu kenapa?

Rujukan

The Merriam-Webster New Book of Word Histories




Hakcipta iluminasi.com (2017)