Bagi kebanyakan orang, pastinya anda tak pernah melihat burung helang ini. Spesis burung helang yang dikenali sebagai burung helang Harpy ini adalah burung helang paling besar di dunia.

Tersangat besar, ia seringkali disangkakan seperti orang yang memakai kostum burung.

Helang Harpy biasanya ditemui di kawasan hutan dari Mexico melalui Amerika Tengah sehingga ke utara Argentina di Amerika Selatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Eagle harpy lebih suka melepak di hutan hujan tropika dataran rendah. Spesies burung helang yang besar ini memerlukan pokok-pokok besar dan wilayah-wilayah luas agar jumlahnya berkembang.

helang harpy paling kuat di dunia

Helang Harpy membina sarangnya tinggi di atas pokok-pokok tertinggi di hutan.

Burung ini membina sarang dengan beratus-ratus kayu dan ranting serta tumbuh-tumbuhan dan bulu haiwan. Setelah siap, sarang yang dibina cukup besar untuk orang dewasa tidur dengan selesa. 

Dari segi pemakanan, helang Harpy biasanya memakan haiwan yang tinggal di atas pokok seperti monyet, sloth, opossum, iguana dan ular. Ia juga suka makan burung yang besar seperti burung currasow dan burung kakak tua.

Helang betina sering memakan mangsa yang lebih besar manakala helang jantan kerap makan haiwan yang lebih kecil. Strategi ini memastikan makanan yang mencukupi secara berterusan.

helang harpy memburu haiwan

Apabila memburu, haiwan ini akan membawa mangsa yang lebih berat ke tunggul pokok yang berdekatan dan makan sebahagiannya sebelum membawa baki ke sarang.

Sarang yang digunakan adalah sarang yang sama di mana ia ditambah dengan dibaikpulih dan ditambah sehingga ia menjadi tersangat besar.

Sebagai salah satu pemangsa bersayap terbesar dan paling berkuasa di dunia, helang Harpy kelihatan agak menakutkan.

Sebagai tambahan kepada badannya yang luas dan sayapnya yang lebar, ia mempunyai kuku yang sangat besar dan kaki yang boleh menyamai ketebalan lengan manusia. 

helang harpy sangat menakutkan 2

Kuku helang dewasa adalah sepanjang 13 sentimeter. Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, kuku hadapan beruang grizzly hanyalah di antara 5 hingga 10 sentimeter.

Kaki dan kuku helang ini tersangat kuat hingga ia boleh mengenakan tekanan lebih daripada 50 kilogram untuk menghancurkan tulang mangsanya dengan pantas. Kuku helang ini dibandingkan dengan rahang anjing Rottweiler.

Helang Harpy dewasa boleh membesar di antara 89 hingga 105 sentimeter, di mana berat helang betina boleh mencecah 9 kilogram dan helang jantan 5.4 kilogram.

Selain itu, bukaan sayap helang ini adalah di antara 176 hingga 224 sentimeter, yang bermakna bukaan sayapnya melebihi ketinggian manusia.

helang harpy helang paling besar dan kuat di dunia 391

Helang Harpy adalah mengamalkan monogami dan satu pasangan boleh hidup sehingga ke akhir hayat.

Oleh kerana burung ini boleh hidup sehingga umur 35 hingga 45 tahun, ini bermakna satu pasangan itu boleh kekal bersama selama 25 hingga 30 tahun, yang mana lebih lama berbanding kebanyakan hubungan manusia.

Sama ada ia adalah burung helang paling kuat di dunia, hal ini pernah dibahaskan. Bergantung pada bagaimana anda menilai helang Harpy dan helang Mahkota Afrika, kedua-dua helang ini dianggap sebagai helang paling kuat di dunia. 

Dan walaupun helang Mahkota adalah helang paling kuat di Afrika, kebanyakan sumber menyenaraikan helang Harpy sebagai yang terkuat di dunia.

Rujukan:

1. Gringros Abroad

2. Peregrine Fund

3. Animals and Plants




Hakcipta iluminasi.com (2017)