Burung biasanya dikaitkan dengan ketenangan dan kebebasan. Namun disebalik rupa dan bentuk yang mempesonakan, terdapat spesis burung yang mampu menghancurkan anak buaya dengan hanya satu gigitan.

Walaupun sifat berbahaya burung menakutkan ini berkembang untuk memastikan kelangsungan hidupnya, terdapat beberapa spesis yang mampu menakutkan manusia.

iluminasi.com kongsikan 6 burung paling berbahaya dan menakutkan di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Shoebill Stork (Balaeniceps rex)

shoebill stork

Burung Shoebill Stork atau juga dikenali sebagai Whalehead Stork biasanya tinggal di Afrika timur tropika di kawasan bakau yang besar, dari Sudan Selatan hingga ke Zambia.

Shoebill Stork dewasa biasanya berwarna kelabu dan yang masih belum matang berwarna coklat.

Burung ini dikenali sejak zaman Mesir kuno lagi namun tidak dikelaskan sehinggalah dibawa ke Eropah pada abad ke-19.

shoebill stork burung menakutkan

burung paling menakutkan di dunia shoebill stork

Burung yang sangat menakutkan ini boleh membesar sehingga 137 sentimeter dan sesetengah baka boleh membesar sehingga 152 sentimeter dengan berat sehingga 7 kilogram.

Ia terkenal dengan pergerakannya yang perlahan dan kecenderungan untuk berada dalam keadaan pegun untuk tempoh yang lama seperti patung. 

Ia menggunakan paruhnya yang besar untuk memburu snek seperti ikan lungfish, ular malah anak buaya.

2. King Vulture (Sarcoramphus papa)

king vulture burung paling menakutkan

King Vulture yang biasanya ditemui di Amerika Tengah dan Selatan iaitu dari Mexico hingga ke Argentina adalah sangat menakutkan dan sememangnya layak digelar sebagai raja burung pemakan bangkai.

Leher dan kepalanya botak, dengan warna kulit yang berbeza-beza termasuklah kuning, oren, biru, ungu, dan merah.

King Vulture adalah watak yang terkenal dalam naskah-naskah Mayan dan juga dalam cerita rakyat tempatan serta perubatan.

king vulture burung paling menakutkan 2

Walaupun pada masa ini ia disenaraikan sebagai spesis yang tidak dibimbangi jumlahnya oleh kebimbangan paling sedikit oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN), namun jumlahnya menurun terutamanya disebabkan oleh kehilangan habitat.

Paruhnya yang sangat kuat adalah alat yang sesuai untuk merobek bangkai yang liat dan ini memberikan kelebihan kepada King Vulture berbanding burung yang sama kategori dengannya. 

3. Marabou Stork (Leptoptilos crumeniferus)

burung marabou stork menakutkan

Mampu membesar sehingga 167 sentimeter, Marabou Stork yang sangat dahsyat ini mengatasi semua spesis burung lain.

Seperti kebanyakan burung stork, Marabou adalah burung pemakan bangkai dan kepalanya yang botak adalah penyesuaian untuk mengelakkan bulu yang tidak kemas semasa memakan bangkai haiwan.

Ia biasa ditemui di Afrika iaitu di selatan Sahara, di habitat basah dan gersang, biasanya dekat tempat tinggal manusia terutama tempat pembuangan sampah.

Marabou Stork memakan semua jenis benda termasuklah sampah dari pembuangan manusia seperti kasut dan menyerang jika diganggu.

Di selatan Afrika, laporan tentang kanak-kanak dibunuh oleh Marabou Stork bukanlah sesuatu yang pelik.

4. Andean Condor (Vultur gryphus)

andean condor burung sangat menakutkan

Andean Condor adalah simbol kebangsaan bagi beberapa negara Amerika Selatan seperti Peru, Ecuador, Chile, Argentina, Bolivia dan Colombia.

Malah, burung menakutkan ini memainkan peranan penting dalam cerita rakyat dan mitologi wilayah Andean.

Seperti kebanyakan burung hering, kepala dan lehernya hampir tidak berbulu. 

burung andean condor menakutkan

Ditemui di pergunungan Andes dan pantai Pasifik yang berdekatan di barat Amerika Selatan, Andean Condor adalah burung terbang terbesar di dunia berdasarkan ukuran gabungan berat dan lebar sayapnya.

Walaupun beratnya mencecah 15 kilogram, namun disebabkan sayap yang lebar iaitu sehingga 3.3 meter, Andean Condor mampu kekal di udara tanpa perlu menggunakan sayapnya.

5. Great Potoo (Nyctibius grandis)

great potoo burung menakutkan

Great Potoo adalah spesis yang berjaga pada waktu malam dan menghabiskan hari siangnya dengan menyamarkan dirinya sambil bertenggek di dahan pokok.

Pada waktu malam, ia memburu di seluruh hutan Amerika Tengah dan Selatan bagi mencari tikus.

great potoo burung menakutkan 2

Kelopak matanya mempunyai lubang kecil yang mana membuatkan Great Potoo mampu untuk melihat segala-galanya setiap saat, walaupun dengan mata tertutup.

Walaupun kecil, rupa Great Potoo yang sangat menakutkan mampu membuatkan ramai ketakutan.

6. Lammergeier (Gypaetus barbatus)

burung lammergeier paling menakutkan di dunia

Lammergeier yang juga dikenali sebagai burung hering berjambang burung hering seperti helang dari Old World (Eropah, Asia and Africa - keluarga Accipitridae).

Dalam bahasa Jerman, Lammergeier membawa maksud pemburu bangkai kambing.

Burung ini biasanya membesar melebihi 1 meter dengan lebar sayap hampir 3 meter.

Ia tinggal di kawasan pergunungan dari Asia Tengah dan timur Afrika hinggalah ke Sepanyol.

burung lammergeier paling menakutkan di dunia 2

Laggergeier biasanya memakan bangkai, terutamanya tulang yang mana ia melepaskan tulang tersebut dari ketinggai 80 meter ke atas batu.

Ini membuatkan tulang tersebut pecah dan membolehkannya memakan apa yang terkandung di dalamnya.

Walaupun cerita serangan ke atas manusia adalah jarang dilaporkan, namun penulis cerita sedih Yunani iaitu Aeschylus dikatakan terbunuh apabila burung ini melepaskan seekor kura-kura ke atas kepalanya yang botak kerana tersalah anggapnya sebagai batu.

Namun para pakar mempercayai bahawa kisah yang menggambarkan sebab pelik kematiannya direka oleh seorang penulis komik.

Rujukan:

1. Holbrook Travel

2. Britannica

3. Audubon




Hakcipta iluminasi.com (2017)