Perisian komputer (software) adalah arahan, program atau data yang digunakan untuk mengoperasikan mesin dan melaksanakan tugasan tertentu. Tanpa perisian, kebanyakan mesin terutamanya komputer menjadi tidak berguna.

aplikasi pembikinan permainan game software paling mahal dunia

Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem (system software) dan perisian aplikasi (application software). Perisian sistem direka untuk mengendali, mengurus dan memperluas daya pemprosesan komputer. Manakala perisian aplikasi pula menggunakan perisian sistem untuk menjalankan tugas-tugas tertentu.

Hampir setiap sektor di dunia seperti perniagaan, perkilangan, kesihatan, hiburan atau pengangkutan menggunakan perisian dan perkhidmatan IT untuk kelancaran urus niaga, keselamatan, pengendalian data dan  pengurusan kewangan.

Harga bagi perisian pula bergantung kepada fungsi dan ciri-ciri yang ditawarkan. Ada perisian yang memakan masa bertahun-tahun untuk dibangunkan agar lebih baik dan boleh dipercayai. Berikut adalah senarai perisian paling mahal di dunia.

7. HP Intelligent Management Center MPLS VPN Manager Cisco Device – RM 103,000

hp intelligent management center mpls vpn manager cisco device

Perisian pengurusan rangkaian pelbagai fungsi ini dihasilkan syarikat komputer terkenal, Hewlett Packard. Harga perisian ini dikatakan wajar kerana ia mempunyai penjejakan perubahan konfigurasi masa nyata, pelaporan pematuhan dan tugas konfigurasi automatik.

Walaupun sebelum ini OpenView memegang sebahagian besar saham di dalam industri perisian pengurusan rangkaian, HP berjaya mengatasi OpenView dengan Pusat Pengurusan Pintar (IMC).

IMC (Intelligent Management Center) pada mulanya merupakan produk dari syarikat rangkaian komputer 3Com yang dibeli HP pada tahun 2009.

6. Softimage Face Robot – RM 372,000

softimage face robot

Softimage Face Robot adalah perisian yang dibangunkan oleh Autodesk, syarikat sama yang menghasilkan perisian AutoCAD. Perisian ini digunakan untuk membuat grafik pelbagai media terutamanya permainan video dan filem.

Walaupun mahal, perisian animasi yang menerajui dunia 3D ultra-realistik ini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan perusahaan media dan syarikat pengiklanan di seluruh dunia.

5. VxWorks – RM 786,000

vxworks

VxWorks adalah seperti kebanyakan real-time operating system (RTOS) atau sistem operasi masa nyata yang lain. Namun, fungsi utama VxWorks adalah untuk memproses semua jenis maklumat secara serentak tanpa kelewatan (delay) atau kesilapan (error).

VxWorks biasanya digunakan dalam industri di mana keselamatan menjadi keutamaan seperti aeroangkasa, pertahanan, perubatan, telekomunikasi, robotik, atau pengangkutan.

VxWorks digunakan dalam banyak pembangunan inovasi teknologi seperti robot ASIMO, penyelidikan ruang angkasa NASA dan pesawat Boeing 787.

4. Source – RM 828,000

counter strike source

"Source" adalah perisian yang didedikasikan untuk menghasilkan grafik 3D dalam permainan video. Ia merupakan perisian yang dibangunkan syarikat permainan video Valve yang dihasilkan melalui C++.

Antara permainan cideo yang menggunakan perisian ini adalah seperti Counter-Strike: Source, Half-Life 2 dan Left 4 Dead. Pada tahun 2015, Valve mengumumkan pengganti Source yang baru iaitu Source 2. Permainan video pertama yang dihasilkan pada Source 2 ialah Dota 2.

3. RenderWare – RM 993,000

renderware

Walaupun telah dihentikan, ia tidak mengubah kenyataan bahawa RenderWare merupakan salah satu projek perisian termahal pernah dihasilkan. Sedikit lebih mahal berbanding Source, perisian ini juga dikhaskan bagi menghasilkan grafik 3D untuk permainan video.

Mesin 3D API dan rendering grafik dari Criterion Software ini digunakan untuk menghasilkan permainan video buat Sony (Playstation 2 hingga 4), Microsoft (Xbox, Xbox 360 dan Xbox One) dan Nitendo (Gamecube dan Wii). Ia juga boleh digunakan pada Windows dan Mac OS.

2. Perisian Pentadbiran Awam New World Systems  – RM 2.07 juta

new world systems

New World Systems adalah perisian keselamatan paling mahal di dunia. Dengan tanda harga melebihi dua juta, perisian ini dianggap sebagai sistem keselamatan awam paling selamat yang pernah dibangunkan.

Sistem ini sesuai untuk mengurus dan menjamin keselamatan data khususnya bagi kegunaan badan kerajaan seperti data kewangan, sumber manusia, analisis perniagaan dan sebagainya.

1. CryEngine 3 – RM 4.97 juta

cryengine 3

Harga perisian termahal ini jauh meninggalkan pencabar lain dalam senarai. CryEngine 3 adalah versi ketika dari mesin permainan CryEngine yang dibangunkan oleh syarikat permainan video dari Jerman iaity Crytek.

Ciri utama perisian ini termasuk LUA Script Driven AI System, teknologi Uber Shader, deferred lighting dan penilaian warna. Permainan video first-person shooting Crysys 2 adalah permainan video pertama dibangunkan menggunakan perisian ini.

Malah, pasukan pertahanan Australia juga menggunakan perisian ini untuk melatih anggota Tentera Laut mereka dalam latihan simulasi mendaratkan helikopter di atas kapal. CryEngine telah dilesenkan kepada Amazon pada 2015 dengan harga sekitar RM 290 juta. 

Rujukan:

1. Perisian paling mahal dunia

2. Perisian termahal dijual

3. Harga dan lesen perisian termahal



Hakcipta iluminasi.com (2017)