bagaimana game di crack

Pada tahun 2014, dianggarkan bahawa aktiviti cetak rompak permainan video menyebabkan syarikat perisian kerugian mencecah RM310 bilion.

Pada 2012, Ketua Pegawai Eksekutif Ubisoft, Yves Guillemot berkata bahawa 93% hingga 95% pemain permainan video komputer atau PC di seluruh dunia mencetak rompak permainan mereka.

Angkat ini sangat mengejutkan dan mampu menghancurkan syarikat-syarikat yang terbabit. Cetak rompak ini sebahagian besarnya dimudahkan oleh penggunaan laman wev torrent tertentu yang berleluasa.

Walaupun banyak laman web ini berhadapan dengan tindakan undang-undang, penggunaannya yang sangat berleluasa memastikan pengedaran perisian cetak rompak berterusan.

ubisoft kerugian besar akibat cetak rompak permainan video

Fail yang dimuat turun dari laman web ini biasanya mengandungi beberapa jenis "crack" yang membolehkan orang ramai memintas semakan pemeriksaan yang dibuat oleh syarikat dan bermain secara percuma.

Tiada pengetahuan perisian khas diperlukan untuk mencetak rompak atau crack permainan ini. Crack ini biasanya mudah dan dapat dibuat dengan hanya beberapa klik sahaja. 

Namun, apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir yang menjadikan permainan video komputer begitu mudah untuk "di-crack"?

Sebelum membincangkan kaedah cracking, anda perlu memahami alatan yang digunakan terlebih dahulu. 

Alatan yang digunakan untuk crack

bagaimana permainan video di crack

Alat-alatan yang baik adalah sebahagian penting dalam perisian untuk melakukan crack.

Terdapat banyak alat yang boleh didapati dalam talian yang membolehkan anda melihat dan memanipulasi kod permainan. Berikut adalah sebahagian daripada alatan-alatan tersebut:

Kernel-mode Debugger

bagaimana permainan video dicetak rompak 3

Debuggers adalah alat perisian yang membolehkan seorang programmer memantau pelaksanaan program. Mod kernel membolehkan programmer menjalankan debugger dalam PC yang sama yang sedang di-debug.

Debugger kernel-mode seperti Syser membantu pengaturcara mengesan kod di mana pengguna memasukkan kod pendaftaran yang tidak sah dan tetingkap mesej memaklumkan kepada mereka mengenai perkara ini.

Maklumat ini penting bagi pengaturcara untuk mencari baris kod dan mengubahnya sedemikian rupa sehingga melumpuhkan atau melangkau keselamatan terbina dalam perisian.

Disassembler

Penghimpun (assembler) menukarkan kod simbol peringkat rendah ke kod mesin yang boleh dilaksanakan, sementara disassembler melakukan sebaliknya.

Ini membolehkan pengaturcara untuk melihat kod baris demi baris. Kaedah ini sangat berguna kerana sesetengah aplikasi mengira kunci siri (serial keys) dalam kod tersebut.

Sekiranya algoritma ini kelihatan, ia boleh ditiru dan menghasilkan kunci siri baru.

Hex-Editor

hex editor

Nilai Hex digunakan sebagai lokasi ingatan untuk aplikasi tertentu. Hex-editor membenarkan perubahan nilai hex untuk aplikasi itu, yang membolehkan pengaturcara mengubah beberapa baris kod.

Ini berguna apabila aplikasi memaparkan tetingkap amaran memberitahu pengguna bahawa kunci siri yang mereka masukkan tidak sah.

Dengan membatalkan ini, pengguna boleh melangkau kotak mesej dan mendaftarkan permohonan tanpa sebarang halangan.

System Administration Tools

Registri Windows adalah pangkalan data maklumat, tetapan, pilihan, dan nilai lain untuk perisian dan perkakasan yang dipasang pada sistem operasi Windows.

Aplikasi ini boleh mengakses kunci siri yang disimpan di dalam pendaftaran dan untuk membantu melihat aktiviti ini, sistem pentadbiran ini digunakan.

Cara-cara permainan video di-crack

cara permainan video di crack

Semua jenis kaedah cracking tak kiralah apa bentuk sekalipun adalah sejenis "reverse-engineering" perisian permainan video.

Proses ini bermula dengan memeriksa sistem pendaftaran dan mengenal pasti cara untuk memanipulasinya.

Biasanya, satu "patch" akan disediakan supaya pengguna dapat mengenalpasti kelemahan dalam PC mereka dan memintas sistem registri.

Hex-Reading

hex reading

Ini adalah kaedah paling mudah yang wujud. Cara ini sangat berguna bagi permainan yang sangat ringkas kerana ia adalah tahap cracking peringkat awal.

Ia berfungsi apabila program berasingan sedang menjalankan pendaftaran kunci siri. Proses bermula dengan memeriksa lokasi pendaftaran dilakukan.

Sebagai contoh, ia akan meminta kunci siri dan apabila kod yang salah dimasukkan, ia akan memaparkan teks "Kunci Serial Tidak Sah, Cuba lagi".

Kemudian, fail pendaftaran kunci siri berasingan dilaksanakan melalui pembaca Hex dan teks yang dipaparkan "Kunci Serial Tidak Sah, Cuba sekali lagi" dicari.

Apabila teks itu dikenalpasti dalam pembaca hex, terdapat kod yang terletak berdekatan dan kelihatan seperti kunci siri. Dan dengan memasukkan kod yang ditemui ini, anda berjaya melakukan crack!.

Banyak syarikat telah menemukan penyelesaian untuk kaedah ini, jadi cara ini hanya berfungsi pada permainan tertentu sahaja.

Hex-Editing

Proses ini bermula sama seperti sebelumnya iaitu dengan memeriksa lokasi pendaftaran berlaku.

Sebagai contoh, katakan program itu meminta kunci siri, dan kunci salah dimasukkan, ia akan memaparkan 'Pendaftaran gagal'.

Mesej ini harus diperhatikan atau dicatat. Oleh kerana pendekatan yang mudah untuk membaca hex tidak membantu dalam hal ini, program ini dibuka dalam dissembler untuk memahami kod permainan.

Dissembler menunjukkan kod baris demi baris. Rujukan yang digunakan dalam program melampirkan rujukan rentetan (string reference), iaitu bagaimana seseorang dapat mencari mesej yang dipaparkan ('Pendaftaran gagal').

Kotak mesej ini boleh dikenalpasti dengan mengklik rujukan yang memaparkan kod tersebut.

Kod ini akan membandingkan kunci siri yang dimasukkan dengan kunci pratetap dan melangkau untuk memulakan program setelah ia selesai.

Offset ini disedari dan fail dibuka semula dalam penyunting hex di mana kod diubah kepada pemasangan, menjadikannya boleh disunting.

Offset itu dikenalpasti dan kod dimanipulasi untuk melangkau, tanpa mengira kunci siri mana yang dimasukkan dan sekaligus melakukan crack terhadap permainan video.

Ini juga boleh dilakukan dengan menukar ".dll" atau ".so" pada fail yang berkaitan dengan permainan, yang mencatatkan tarikh tamat dan pendaftaran permainan.

Debugging

cara crack video games

Kadang-kala string reference tidak dikekalkan dalam program, tetapi boleh diakses melalui kaedah lain.

Dalam hal ini, fail dibuka dalam debugger seperti Syser untuk menetapkan titik putus (breakpoint) dalam program Windows API (writefile, regcreatekeya, dll).

Kod area diseru dan sama seperti suntingan hex, perbandingan dan arahan melangkaui dikesan serta disunting sehinggakan ia beranggapan bahawa pengguna memasukkan kunci siri yang betul apabila patch di

Bidang kod dipanggil dan, sama dengan penyuntingan hex, arahan yang boleh dibandingkan dan lompat terletak dan disunting supaya ia difikirkan pengguna telah memasukkan kunci dengan betul apabila patch dilaksanakan.

Keygen

keygen

Ini adalah satu bentuk cracking yang paling kurang merosakkan.

Katakan program memerlukan 12 angka dari 0 hingga 9, syarikat akan menghasilkan jumlah kunci sebanyak yang boleh supaya ia hampir mustahil untuk diteka.

Walau bagaimanapun, apabila pengguna memasuki kunci siri, program itu mengetahui sama ada kunci itu sah atau tidak.

Program ini menyemak formula yang telah ditetapkan untuk mengesahkan kunci bersiri, di mana melibatkan proses dissembling.

Programmer mengenalpasti apakah fungsi program yang dikodkan apabila kunci siri dimasukkan, mengambil formula di dalamnya dan menulis program lain yang menghasilkan kunci bersiri yang memenuhi permintaan formula.

Ini biasanya dilakukan di luar talian supaya perisian tidak memeriksa kunci bersiri dengan laman sesawang induk. Keygen kemudian dilaksanakan oleh pengguna pada PC mereka di mana kunci bersiri sepadan dengan formula dan juga di-patch.

Kesimpulan

permainan video mudah dicrack oleh penggodam

Perang epik antara penggodam dan syarikat-syarikat perisian permainan komputer ini masih berleluasa dan kelihatan seperti tidak akan berakhir.

Memandangkan program-program komputer menjadi semakin pintar dan diberikan tahap keselamatan yang lebih baik, maka cara yang lebih maju digunakan oleh para penggodam untuk mengatasinya.

Mungkin syarikat akan dapat membuat permainan yang benar-benar selamat dari penggodam pada masa akan datang, tetapi pada hari ini, terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk mencetak rompak permainan video.

Rujukan:

1. University of Richmond

2. University of British Columbia

3. Science

4. Forbes



Hakcipta iluminasi.com (2017)