Kita selalu mendengar atau melihat dari filem, orang barat biasanya mempunyai anak dalam jumlah yang sedikit. Kebanyakannya 2 hingga 3 orang, paling tidak pun 4. Namun, lain pula bagi sebuah keluarga di United Kingdom ini.

Noel dan Suzanne Radford, atau dikenali sebagai Keluarga Radford mencipta sejarah sebagai keluarga paling besar di United Kingdom dengan mempunyai 20 orang anak. Keluarga ini mula mendapat liputan media 5 tahun lalu ketika mempunyai 16 orang anak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

keluarga radford paling besar di united kingdom dengan 20 orang anak

Anak-anak kepada pasangan ini adalah :

  1. Christopher -28 tahun
  2. Sophie Rose - 24 tahun
  3. Chloe Anne - 22 tahun
  4. Jack Richard - 20 tahun
  5. Daniel Leon - 19 tahun
  6. Luke James - 17 tahun
  7. Millie Jo - 16 tahun
  8. Katie Louise - 15 tahun
  9. James Edward - 14 tahun
  10. Ellie May - 12 tahun
  11. Aimee Elizabeth - 11 tahun
  12. Joshua Benjamin - 10 tahun
  13. Max Joseph - 9 tahun
  14. Tillie May - 7 tahun
  15. Oscar William - 6 tahun
  16. Casper Theo  - 5 tahun
  17. Alfie Thomas - keguguran
  18. Hallie Alphia Beau - 2 tahun
  19. Phoebe Willow - 18 bulan
  20. Archie Rowan - 6 bulan

Pasangan yang berusia 47 dan 42 tahun yang tinggal di Lancashire, England ini kenal sejak kecil ketika berusia 7 tahun dan membesar sebagai jiran. Sue mula hamil anak pertama ketika berusia 14 tahun pada tahun 1989.

keluarga radford paling besar di united kingdom dengan 20 orang anak 5

Mereka kemudiannya melangsungkan perkahwinan pada tahun 1992, dan dikurniakan anak kedua, Sophie, pada tahun 1993.

Selepas daripada kelahiran itu, mereka seperti ketagih untuk mendapatkan lebih banyak anak. Mereka merancang untuk mendapat 3 orang anak namun kegembiraan mendapat cahaya mata membuatkan mereka meneruskannya.

keluarga radford paling besar di united kingdom dengan 20 orang anak 4

keluarga radford paling besar di united kingdom dengan 20 orang anak 8

Ketika melahirkan anak ke-9, Noel telah menjalani pembedahan vasektomi, namun memulihkannya kembali kerana cinta terhadap anak kecil membuatkan mereka bertukar fikiran untuk membesarkan keluarga mereka.

Namun berita sedih melanda keluarga ini 4 tahun lepas apabila anak ke-17 yang diberi nama Alfie Thomas keguguran ketika hamil 23 minggu.

Kesedihan itu tidak menghalang keluarga ini untuk menambah lagi 3 ahli.

Sue melahirkan anak ke-20 nya dengan mudah di Klinik Kesihatan Royal Lancaster, September lalu walaupun dianggap sebagai berisiko tinggi oleh doktor.

keluarga radford paling besar di united kingdom dengan 20 orang anak 3

Walaupun harus bekerja keras membesarkan anak-anak, keluarga ini tidak menuntut apa-apa faedah selain daripada faedah anak-anak.

Pasangan bahagia ini mempunyai perniagaan pembuatan pai yang dibantu oleh Chloe dan Daniel. 

"Tak semua keluarga besar menuntut faedah daripada kerajaan, kebanyakannya bekerja keras untuk dapatkan apa yang mereka dapat," jelas Suzanne.

keluarga radford paling besar di united kingdom dengan 20 orang anak 9 142

keluarga radford paling besar di united kingdom dengan 20 orang anak 6

Kesemua 21 ahli keluarga ini tinggal di rumah dengan 10 buah bilik yang dibeli pasangan ini pada tahun 2004 dengan harga RM1.3 juta. Hidup mereka dalam keluarga sebesar ini walaupun gembira, namun tidaklah mudah.

Kos mingguan membeli barang rumah adalah sekitar RM1,300 termasuklah 74 liter susu, lebih daripada 20 buku roti, 14 kotak bijirin dan 28 gulung tisu tandas. Keluarga ini menggunakan minivan dengan 15 tempat duduk untuk bergerak.

keluarga radford paling besar di united kingdom dengan 20 orang anak 0

Menjelang perayaan Krismas, sebanyak 3 ekor ayam belanda, 3.5 kilogram kentang dan 56 unit puding Yorkshire dihidangkan.

Walaupun sibuk menjaga anak dan mengendalikan rumah yang riuh rendah, pasangan ini masih mampu bercuti meraikan ulangtahun perkahwinan ke-25 mereka.

keluarga radford paling besar di united kingdom dengan 20 orang anak 31

Noel dan Sue menghabiskan lebih daripada RM160,000 menyediakan makan dan pakaian anak-anak mereka. Noel juga mengakui mengalami kesukaran mengingati tarikh lahir anak-anaknya. 

Mereka juga kini mempunyai 3 orang cucu, iaitu anak-anak kepada Sophie. Kini, Noel dan Sue bercadang tidak lagi menambah cahaya mata dan menjadikan Archie sebagai anak bongsu.

Apabila ditanya bagaimana mereka hadapi semua ini, Sue menjawab sambil ketawa : "Lama-lama biasa juga. Bagi kami, ia adalah seperti hari-hari biasa yang normal,".




Hakcipta iluminasi.com (2017)