Anak-anak kecil semestinya sentiasa dahagakan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Kadangkala, anak-anak ini tidak tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan mereka. Pada usia seawal 2 tahun, pertuturan dan kebolehan komunikasi mereka masih lagi terbatas. Mereka masih tidak tahu saluran dan cara yang betul untuk menyampaikan setiap hasrat dan permintaan. Maka terjadilah ledakan emosi yang sukar dibendung kerana mereka merasakan ini merupakan salah satu jalan penyelesaian.

Ada sesetengah anak kecil menghempaskan diri mereka ke lantai sambil menangis. Ada juga yang memberontak dengan membaling barang di sekeliling. Ada yang menjerit sehingga membingitkan telinga yang mendengar. Manakala ada juga yang bertukar perangai menjadi ganas dengan memukul-mukul ibu atau ayah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai ibu bapa yang seringkali tergamam dan tidak tahu kaedah yang betul untuk menangani masalah tantrum anak ini.

Ibu muda ini berkongsi tips untuk mengawal anak daripada membuat perangai dan mengamuk di khalayak ramai:

Reasoning (Pertimbangan)

Sebelum keluar rumah, beritahu siap-siap apa expectation anda semasa keluar nanti.

Beritahu juga siap-siap, kalau dia buat perangai, anda akan immediately tinggalkan tempat tu dan terus balik. (Atau apa-apa lagi friendly warning lain yang anda rasakan sesuai)

Anda juga boleh guna kaedah reward. Contohnya "kalau awak behave dan tak buat perangai, nanti boleh buat/dapat bla bla bla"

Semasa nak explain, make sure anda duduk rendah bagi sama eye level dengan anak dan dia juga sedang berada dalam keadaan yang tenang.

Diversion / Distraction (Lencongan / Alih Perhatian)

Kenalpasti apa perkara/benda yang anak anda suka dan boleh buat dia gembira instantly.

Isi beg doraemon anda dengan segala macam toys, buku, snack, air atau worse comes to worstttt, last resort sekali adalah gadget. Diulang, last resort. Jangan jadi pemalas ambik jalan mudah terus nak bagi tab atau handphone. 

Kalau anak anda dah mula nak perangai, cuba alihkan perhatian dia dengan benda-benda yang dia suka tu.

Jangan la tanya saya anak anda suka apa pulak. Macam Raihanah, dulu dia memang suka buku, air ribena dan of courseee suka makan. Toys2 semua tak berkesan.

Bila anak dah besar sikit, boleh mula guna alasan "tak bawak duit" atau "duit tak cukup" everytime dia nak beli benda mengarut dan merepek kalau anda tak tahu nak bagi alasan apa sangat dah.

Sentiasa Bertenang

Kenalpasti dulu EXACTLY apa yang menyebabkan dia tantrum tu. Pastu jangan sesekali marah, pekik, pukul atau tengking.

Bawa dia ke satu corner yang jauh sikit dari orang ramai dan suruh dia ingat kembali expectation anda sebelum keluar rumah tadi. Cakap dengan tegas tapi jangan tengking. Oh ya, jangan negotiate semasa dia sedang mengamuk, it won't work.

Kalau dalam expectation list anda dah disebut akan balik immediately, sila balik terus kalau dia buat perangai berterusan. Be consistent. Janganla pulak cakap lain, tapi buat lain. Nanti budak tu tahu anda ni membongak je lebih. Lulz.

anak meradang nak itu ini

Don't Ever Give in (Jangan Mengaku Kalah)

Pernah tak pergi shopping lepas tu anak mengamuk bagai nak rak sebab hendakkan sesuatu? Benda yang dia nak tu merepek2 pulak tu.

Pastu anda pun dah rasa malu yakmat dengan orang ramai, belikan laaa jugak sebab nak bagi dia berhenti menangis. Penah jadi?

Ketahuilah bahawa walau SEKALI anda mengalah dan give in, anak itu akan terus faham secara automatik yang dia mesti menangis dan mengamuk dahulu untuk mendapatkan sesuatu.

Proses mengamuk tu akan berulang setiap kali anda keluar outing sampai anda pun naik fedap dah nak jalan-jalan. Hehe. Jadi, jangaaaan sesekali beralah tanpa kerelaan hati.

Kerjasama

Kalau anda keluar bersama ahli keluarga, sila inform pasangan atau ahli keluarga. Minta supaya tidak manjakan anak ketika anda berusaha gigih nak mendisiplinkan dia.

Kadang-kadang ada pasangan/saudara-mara yang suka nak jadi the good guy. Suka sungguh bagi muka kat anak tu walaupun anda awal-awal dah cakap tak boleh. Keadaan macam ni menunjukkan yang anda tak ada authority, powerless dan senang diperkotak-katikkan.

Nak-nak kalau atok nenek ada sekali. Fuhhhh dia punya mengada tu, mak aihhhh. Menjadi-jadi baqhang.

Jadi, pesan siang-siang pada entourage anda supaya beri kerjasama yang jitu dan padu sepanjang outing/trip itu berlangsung.

Sumber : Ilyani Idris

gambar anak mengamuk dan tantrum di tempat awam

Mengawal anak yang suka mengamuk ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Ia mungkin akan memakan sedikit masa, tetapi ibu bapa perlu sabar dan sentiasa konsisten dengan segala keputusan yang diambil.

Pastikan anda selalu berkomunikasi dengan anak, kenalpasti perkara yang mereka suka atau tidak suka dan sentiasa berikan peringatan yang "mesra" semasa berkomunikasi. Lambat-laun anak anda pasti akan boleh menjadi 'cool' walaupun dalam situasi yang tegang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)