Untuk mempunyai keluarga yang besar bukanlah sesuatu yang mudah. Jika kini tekanan ekonomi yang semakin mencabar, ramai yang tidak berani untuk mempunyai keluarga besar. Namun, itu tidak berlaku kepada seorang lelaki yang bernama Ziona Chana dari India.

Dengan mempunyai jumlah ahli keluarga seramai 181 orang, termasuk 39 orang isteri, 94 orang anak, 18 orang menanti dan 33 orang cucu, keluarga yang dimiliki Ziona adalah keluarga yang terbesar di dunia ketika ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ziona chana keluarga paling besar di dunia 3

Ziona yang lahir pada tahun 1945 di sebuah kampung Baktawng, Mizoram, India merupakan ketua jemaah Kristian yang dikenali sebagai "Chana Pawl", yang ditubuhkan oleh bapanya. Jemaah ini mengamalkan poligami. iluminasi.com ingin kongsikan fakta-fakta menarik mengenai keluarga terbesar di dunia ini.

1. Ziona mengahwini isteri pertamanya, Zathiangi pada tahun 1962 ketika berusia 17 tahun. Zathiangi kini merupakan ketua yang mengawal aktiviti rumah dan keluarga ini dengan disiplin yang ketat, serta bangga kerana semua orang di dalam rumahnya menghormati peranannya. 

ziona chana keluarga paling besar di dunia 8 879

2. Sepuluh di antara isteri beliau dikahwini dalam hanya tempoh 1 tahun. Jumlah sebenar isteri Ziona adalah 40 orang namun 1 daripadanya telah meninggal dunia.

3. Keluarga besar ini tinggal bersama-sama di mahligai 4 tingkat yang dibinanya sendiri yang mana kelihatan seperti sekolah asrama. Rumah yang diberi nama "Chhuan That Run" yang bermaksud Rumah Generasi Baru ini terletak di kawasan kampung bergunung di Baktawng dan mempunyai 100 bilik.

ziona chana keluarga paling besar di dunia 0

ziona chana keluarga paling besar di dunia 04

ziona chana keluarga paling besar di dunia 5

4. Ziona tinggal disebuah bilik di tingkat bawah dan isteri-isterinya bergilir-gilir bersamanya mengikut jadual. Isterinya yang paling muda tinggal berdekatan dengan biliknya di tingkat yang sama, manakala isteri-isteri yang tua tinggal beramai-ramai seperti dorm asrama di tingkat 1.

5. Setiap hari kira-kira 7 hingga 8 daripada isterinya akan melayani keperluan harian Ziona. Isteri-isterinya mendakwa menyayangi Ziona dan tiada persaingan di antara mereka.

ziona chana keluarga paling besar di dunia 19

ziona chana keluarga paling besar di dunia 6

ziona chana keluarga paling besar di dunia 03

6. Isteri termuda beliau adalah Siamthangi, berbangga bersuamikan Ziona yang berusia 72 tahun, walaupun terdapat perbezaan 37 tahun. Siamthangi mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun.

7. Daripada 39 isterinya yang masih hidup, 22 daripadanya berusia 40 tahun dan mereka mendapat 1 minggu untuk bersama-sama Ziona.

ziona chana keluarga paling besar di dunia 05

8. Ziona mempunyai 26 menantu lelaki dan anak-anak perempuan beliau tinggal berasingan.

9. Menurut Ziona, semua nama anak-anak dan cucu-cucunya diberikan sendiri olehnya. Malah, Ziona mengingati nama kesemua ahli keluarganya. 

10. Kehidupan keluarga ini tidak bergantung kepada sesiapa dan mendapat sumber makanan daripada pertanian. Ziona juga membangunkan sebuah sekolah untuk anak-anaknya yang mana dikendalikan oleh adik bongsunya.

ziona chana keluarga paling besar di dunia 00

ziona chana keluarga paling besar di dunia 07

ziona chana keluarga paling besar di dunia 8 398

11. Walaupun sekolah ini berasaskan kurikulum yang diwajibkan oleh kerajaan, Ziona menambah subjek-subjek yang spesifik berkaitan Chana.

12. Isteri-isteri Ziona mempunyai tugas untuk memasak dan anak-anak perempuannya melakukan kerja seperti mengemas rumah dan mencuci pakaian. Ahli keluarga lelaki pula akan menjaga ternakan, penanaman jhum, melakukan kerja kayu, pembuatan perkakas aluminium dan lain-lain.

ziona chana keluarga paling besar di dunia 01

ziona chana keluarga paling besar di dunia 7

ziona chana keluarga paling besar di dunia 4

ziona chana keluarga paling besar di dunia 02

13. Kehidupan harian di rumahnya bermula pada pukul 5.50 pagi apabila semua ahli keluarganya berkumpul untuk bersembahyang dan kemudian tugas-tugas diebrikan.

14. Mereka makan di sebuah dewa yang besar yang disediakan di antara pukul 4 hingga 6 petang mengikut umur. Jumlah makanan yang sangat banyak disediakan setiap hari termasuklah menggunakan 100 kg beras, 60 kg ubi kentang dan 39 ekor ayam.

15. Salah seorang daripada isterinya, Rinkmini memberitahu: "Kami tinggal bersamanya kerana dia orang yang paling penting di dalam rumah. Dia juga merupakan orang yang paling kacak di kampung,". 

Rujukan:

1. Amazing

2. Mozo

3. Hindu




Hakcipta iluminasi.com (2017)