Jika ditanya, adakah anda tahu berapa jumlah negara yang wujud di dunia pada hari ini? Organisasi yang berbeza memberikan pelbagai fakta dan mendakwa terdapat sejumlah negara yang berbeza.

Ketika ini, terdapat 195 buah negara yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan 50 negara lagi telah mengisytiharkan diri mereka bebas. Namun, kiraan negara tidak berakhir di sini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Definisi sebuah negara

negara yang diiktiraf pbb

Jawapan kepada soalan ini sangat bergantung kepada pandangan kita dan bagaimana kita mendefinisikan sebuah 'negara'.

Menurut definisi rasminya, negara adalah rantau yang dikenal pasti oleh sempadan khusus dan geografi politik yang berbeza.

Ia juga termasuk sebuah negara berdaulat dengan kerajaan sendiri atau negara yang dikaitkan dengan sebuah negara yang lebih besar yang mempunyai norma politik yang tetap.

Walau bagaimanapun, ramai yang mendakwa bahawa negara hanya dibentuk apabila ia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mengikut teori ini, terdapat 195 negara di dunia, termasuk dua negara dengan status pemerhati iaitu Vatican City dan Negara Palestin.

hong kong dan china

195 negara ini bergabung dengan PBB dan diiktiraf oleh setiap organisasi di dunia sebagai negara merdeka.

Namun, jika kita memasukkan semua tanah di bawah bidang kuasa negara lain, seperti Aruba, Pulau Natal, Isle of Man, Hong Kong dan banyak lagi termasuk wilayah seperti Antartika, negara di Bumi beleh mencecah kepada 247 buah negara berbeza. 

Walaupun demikian, kiraan ini tidak berhenti di sini sahaja. Kepulauan Minor yang terpencil di Amerika Syarikat dikira sebagai satu negara, tetapi sebenarnya ia adalah sekumpulan 8 buah pulau yang boleh dianggap sebagai entiti berasingan.

Selain itu, terdapat beberapa pulau yang tidak berpenghuni dan rantaian pulau yang terbentuk daripada batu karang, seperti Bassa da India.

Fahami apa itu Negara Pemerhati?

palestin adalah sebuah negara pemerhati

Negara Bukan-Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang merupakan sebahagian daripada satu atau lebih badan khusus dalam PBB, diberikan taraf negara Pemerhati.

Negara-negara ini mempunyai keistimewaan untuk menghadiri semua mesyuarat perhimpunan PBB dan mempunyai hak untuk bersuara, tetapi mereka tidak boleh mengundi dalam sesuatu keputusan atau mencadangkan yang baru.

Mereka bebas mengemukakan petisyen untuk menyertai sebagai ahli penuh mengikut budi bicara mereka.

Sudan Selatan menjadi negara anggota ke-193 dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2011 selepas petisyen mereka diluluskan dalam Perhimpunan Agung.

Negara tak diiktiraf oleh PBB

negara tidak diiktiraf pbb

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditugaskan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, membangunkan hubungan persahabatan antara negara, mencapai kerjasama antarabangsa dan menjadi pusat untuk mengharmonikan tindakan negara.

Taiwan

taiwan negara tidak diiktiraf

Walaupun tidak diiktiraf PBB, kira-kira 21 anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk Vatican City mengiktiraf Taiwan sebagai negara berdaulat yang berasingan dari Republik Rakyat China.

Taiwan mempunyai kerajaan operasi yang dipilih secara demokratik bagi setiap terma. Ia juga memiliki tentera sendiri, mata wang yang tidak berkaitan dengan China dan perlembagaannya sendiri. Walau bagaimanapun, sama ada Taiwan adalah sebuah negara yang merdeka atau tidak masih dipertikaikan sehingga kini.

*Kemaskini 2022 : Sehingga kini Taiwan masih tidak diiktiraf sebagai sebuah negara. Hanya 13 negara yang mengiktiraf Taiwan iaitu Belize, Guatemala, Haiti, Vatican City, Honduras, Marshall Island, Nauru, Palau, Paraguay, Saint Kitts and Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines dan akhirnya Tuvalu.

Kosovo

kosovo negara tak diiktiraf pbb

Kosovo adalah ahli beberapa organisasi utama, termasuk Dana Wang Antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Bank Dunia.

Walau bagaimanapun, status negaranya telah dipertikaikan sejak ia mengisytiharkan dirinya bebas dari Serbia pada Februari 2008 dan ia tidak diakui sepenuhnya oleh dewan keamanan PBB sebagai negara merdeka.

Wilayah yang tidak dituntut

Jika anda mempunyai impian untuk menjadi presiden sebuah negara atau memerintah sesebuah kerajaan, anda mungkin mempunyai peluang cerah.

Terdapat beberapa tempat di dunia yang tidak dituntut oleh sesiapa pun, serta kawasan yang berada di bawah pertikaian tetapi diiktiraf sebagai negara yang bebas oleh banyak negara lain.

Bir Tawil

Bir Tawil mungkin merupakan sebidang tanah tidak ditutunt yang paling terkenal di dunia ketika ini.

bir tawil wilayah yang tidak dituntut

Wilayah ini terletak di antara Mesir dan Sudan. Isu di sini ialah Mesir menganggap sempadan itu adalah lurus, mendakwa Segitiga Hala'ib bersama dengan bandar pelabuhan kaya Hala'ib sebagai miliknya sendiri.

Manakala Sudan pula mencadangkan bahawa sempadan itu bergerigi dan Hala'ib jatuh ke dalamnya wilayah. Dalam masa yang sama, Sudan juga mendakwa Bir Tawil berada di dalam kawasan Mesir.

Kedua-dua negara tidak mahukan Bir Tawil kerana ia akan membatalkan tuntutan mereka terhadap segitiga Hala'ib yang merupakan laluan mereka ke Laut Merah.

Sekiranya Mesir menuntut Bir Tawil, ia perlu menerima sempadan itu sebagai bergerigi (seperti yang ditunjukkan dalam peta) seperti yang dicadangkan oleh fakta sejarah, kerana hanya salah satu daripada kedua-dua sempadan sahaja yang wujud.

Sekiranya Sudan menuntut Bir Tawil, ia berhadapan dengan situasi yang sama.

Antartika

Antartika ditadbir oleh sistem Perjanjian Antartika, yang telah disahkan oleh lebih daripada 50 negara di dunia.

tuntutan wilayah antartika 301

(Tuntutan wilayah Antartika)

Sesetengah tuntutan bertindih antara satu sama lain, sementara banyak yang lain tidak diiktiraf oleh kebanyakan pihak yang mendasarinya.

Walaupun sebahagian besar daripada padang pasir berais ini sudah dituntut negara-negara seperti Argentina, United Kingdom, Norway, Australia, Perancis, New Zealand dan Chile, namun masih terdapat kawasan yang masih bebas dan tidak bertuan.

Jika anda mahu menjadi presiden, anda boleh terbang ke kawasan ini dan realisasikan impian anda.

Republik Podjistan

republik podjistan

(Tanah kecil yang tertakluk di bawah Republik Podjistan)

Ini adalah salah satu kes yang aneh. Terletak di pedalaman Northern Ireland, tanah kecil ini diisytiharkan bebas dari Ireland Utara pada tahun 2010.

Simon Stewart, yang memulakannya sebagai pertunjukan sarkastik, berkata bahawa masa depan negara mikronya mungkin diragui berikutan ketakutan terhadap Brexit.

Walau bagaimanapun, status undang-undang tempat ini masih diragui, jadi anda mungkin mempunyai peluang untuk menuntut tanah ini.

Antara kawasan dan pulau yang masih tidak dituntut di seluruh dunia termasuklah Kepulauan Lagoan di England, North East Caye di Belize, Pulau Eel Pie dan banyak lagi.

Kesimpulan

sempadan negara di dunia

Selagi kita tidak menemui beberapa norma khusus untuk mendefinisikan sesebuah negara, jumlah negara di dunia akan terus diperdebatkan dengan begitu hangat.

Walau bagaimanapun, jika dilihatkan gambaran yang lebih luas, dengan manusia di seluruh dunia merancang ruang ekspedisi ke planet lain dengan harapan untuk membangunkan penempatan dan memulakan tamadun, adalah penting untuk kita memahami konsep sempadan dan kedaulatan secara logik dan konsisten.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)