Mulai 29 Mac 2017, kerajaan melalui KPDNKK akan memulakan sistem perkiraan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan, menggantikan sistem lama kita yang menggunakan unjuran perubahan secara bulanan.

Apa yang anda perlu tahu mengenai sistem ini?

1. Harga baru akan diumumkan oleh pihak KPDNKK pada hari Rabu setiap minggu.

2. Harga baru akan mula berkuatkuasa pada jam 12:01 setiap hari Khamis.

BESARKAN TEKS     A-  A+

3. Sebagai contoh, pengumuman pertama pada Rabu, 29 haribulan Mac 2017.

4. Harga baru akan mula berkuatkuasa pada jam 12:01 pagi 30 haribulan Mac 2017.

5. Revisi harga minyak berikutnya akan dilakukan pada hari Rabu berikutnya berdasarkan purata harga minyak MOPS95 Singapore Platts Pricing.

6. Jika sebelum ini purata bulanan diambil, kini revisi harga akan mengambil harga purata minggu sebelumnya.

iluminasi mops alpha malaysia pricing harga minyak1

Untuk pengenalan sistem baru ini, diharapkan kita akan mendapatkan khabar gembira. Ini kerana berlaku penurunan ketara nilai minyak pada harga pasaran yang memungkinkan berlaku penurunan yang mampu membuat kita tersenyum. Mengikut perkiraan dan ramalan kami, harga minyak RON95 boleh turun sehingga mencecah harga RM2.20, RM2.15 atau mungkin RM2.10 dengan diskaun. Ini kami ramal, ye.

Walau bagaimanapun, oleh kerana sistem secara mingguan ini akan diperkenalkan, tak usahlah kita gembira sangat dulu ye? Kita tunggu dan lihat dulu bagaimana sistem diskaun ke atas harga diperkenalkan dan implikasinya ke atas harga. Masih kurang jelas bagaimana mekanisme pengiraan harga siling akan dilakukan oleh pihak KPDNKK.

Yang pasti kami dari Iluminasi cuba menjadi penyampai khabar berita paling awal kepada anda. Malam ini minyak petrol RON95 sepatutnya turun harganya. Jika tak berlaku, maafkan kami. Kami pun bayar harga sama seperti semua orang. Kami pun berharap setinggi langit.

ps - Kami tak melakukan perkiraan untuk RON97. Harap maklum.




Hakcipta iluminasi.com (2017)