Oleh pada 27 Jul 2017 kategori

iluminasi petrol jimat tips6

Kita selalu nampak artikel berkenaan teknik pemanduan yang menceritakan mengenai beberapa tabiat yang patut kita bentuk yang memberi faedah besar pada kita.

Adakah ada kesahahihan dalam kebanyakan tips-tips yang disebarkan ini? Berikut adalah 5 tipsyang kerap dikongsikan netizen dan hujah yang kami harap menafikan artikel-artikel ini.

1. Isi minyak waktu malam lebih menjimatkan berbanding waktu siang kerana suhu berbeza

iluminasi petrol jimat tips4

Tips ini sebenarnya sudah lama tersebar dan ramai yang menjadi pakar dalam mengesahkan kesahihannya. Bunyinya memang seakan logik namun berdasarkan kajian, suhu petrol yang masuk ke dalam kereta adalah sama dan tidak terkesan dengan cuaca kerana minyak disimpan di dalam tangki bawah tanah.

2. Minyak RON tinggi lebih baik untuk enjin

iluminasi petrol jimat tips

Salah satu alat pemasaran paling hebat adalah dengan mengiklankan minyak yang mempunyai tahap RON lebih tinggi sebagai minyak yang mampu memberikan pemanduan yang lebih lancar. Benda itu betul jika anda seorang pelumba kereta. Untuk orang biasa yang hendak memandu hari-hari, sebenarnya tidak wujud keperluan untuk menggunakan minyak yang mempunyai RON lebih tinggi melainkan memang keretanya memerlukan minyak bergred tinggi.

3. Memandu sambil buka tingkap dan pendingin hawa dimatikan menjimatkan minyak

iluminasi petrol jimat tips3

Memang ada kebenaran dalam tipsyang tersebar ini. Bagaimanapun tips ini hanya benar jika anda memandu dalam kawasan bandar yang memerlukan pergerakan gerak berhenti akibat lalu lintas. Apabila di lebuhraya, membuka tingkap dan mematikan pendingin hawa hanya menambahkan rintangan pada kereta akibat angin. Situasi rintangan angin itu kurang memberikan kesan apabila memandu dalam keadaan gerak dan jalan di bandar.

4. Isi angin tayar tinggi lebih menjimatkan minyak

iluminasi petrol jimat tips89

Pasti ramai yang berpendapat sedemikian kerana logiknya, tayar yang kurang angin akan menggunakan minyak lebih jadi tayar yang lebih keras akan lebih menjimatkan. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh majalah Popular Mechanics, tidak ada perbezaan dalam penjimatan minyak jika tayar lebih keras. Apa yang berlaku adalah kawalan kereta menjadi kurang baik dan perjalanan menjadi lebih mudah melambung-lambung.

5. Anda guna lebih banyak minyak ketika stress

iluminasi petrol jimat tips8

Dalam salah satu rancangan popular Mythbuster, subjek yang diuji adalah penjimatan minyak yang bergantung kepada emosi pemanduan. Mereka mendapati pemandu yang memandu ketika berada dalam keadaan marah menggunakan minyak pada kadar lebih 50% tinggi berbanding mereka yang memandu dalam keadaan tenang. Apa yang ingin disampaikan dalam tips terakhir ini, memandulah dengan tenang kerana ini adalah teknik paling mujarab dalam menjimatkan penggunaan minyak kita, kerana terbukti ini adalah kaedah paling berkesan.


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)