Pada 1 Disember 2017, kios petrol di Malaysia mengalami kekurangan petrol RON97 buat kali pertama dalam sejarah. Situasi ini berlaku selepas kerajaan menghapuskan subsidi terhadap RON95 dan diesel dan melaksanakan sistem apungan terurus, menyebabkan perbezaan yang sangat rendah antara RON97 dan RON95.

Sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, hanya harga petrol RON97 sahaja yang mengalami kenaikan dan penurunan manakala RON95 berada pada harga yang sama semenjak diperintah oleh kerajaan terdahulu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

adakah ron97 benar benar lebih bagus daripada ron95 6

Dan ketika ini, harga RON97 adalah RM2.60 seliter manakala RON95 pada harga RM2.20 seliter. Walaupun terdapat perbezaan harga yang agak ketara, namun masih ramai yang lebih cenderung mengisi minyak RON97 berbanding RON95.

Kepercayaan lama terhadap RON97

adakah ron97 benar benar lebih bagus daripada ron95 734

Mengapa masih ramai yang memilih bahan api yang lebih mahal daripada yang lain?

Ini adalah disebabkan kepercayaan lama bahawa RON97 mampu memberikan perjalanan yang lebih jauh dan prestasi enjin yang lebih baik. Sebab lain jika perbezaan harga antara kedua-dua jenis petrol ini tidak begitu jauh.

Melalui kajiselidik yang dilakukan oleh theSun, ramai pengguna yang berangappan bahawa mengisi RON97 ke kenderaan mereka telah meningkatkan prestasi enjin kenderaan mereka dan juga memberikan lebih kilometer dalam perjalanan jarak jauh.

Apakah yang dimaksudkan dengan RON?

adakah ron97 benar benar lebih bagus daripada ron95 4

Bagi yang tidak mengetahui, RON adalah singkatan bagi Research Octane Number (nombor oktana penyelidikan), nombor yang diberikan kepada gred bahan api yang berlainan bergantung kepada keupayaannya untuk menentang pencucuhan-automatik (auto-ignition) atau ketukan enjin (engine knocking).

Semakin tinggi nombor oktana ini, maka semakin tinggi keupayaannya bahan api ini untuk menahan kemampatannya sebelum ia terbakar.

Benarkah RON97 lebih bagus dari minyak lain?

adakah ron97 benar benar lebih bagus daripada ron95 3

Jadi, adakah RON97 benar-benar lebih bagus daripada RON95 dari segi jarak perjalanan dan prestasi enjin?

Menurut penulis Kelvin Ang dari carrerviewsncare.com, dengan menggunakan RON97 untuk kenderaan anda tidak semestinya memberikan jumlah kilometer lebih atau prestasi enjin yang lebih baik kerana jumlah jarak perjalanan yang anda dapat bergantung kepada keadaan trafik, cara pemanduan dan jenis kenderaan yang anda miliki.

Beliau memberitahu bahawa setiap pemandu mempunyai peluang untuk mencapai jarak jauh dengan kenderaan mereka jika mereka melakukannya dengan cara yang betul. Jika anda seorang pemandu yang mempunyai cara memandu pasif, maka kemungkinan besar anda akan dapat jarak yang lebih jauh.

Dengan menggunakan bahan api RON bergred lebih tinggi seperti RON97 dalam kenderaan anda bermakna enjin anda akan mengalami kesukaran untuk melakukan pencucuhan automatik yang juga dikenali sebagai "knocking" kerana rintangan menjadi lebih tinggi.

Lebih baik kekalkan penggunaan RON95

adakah ron97 benar benar lebih bagus daripada ron95 5

Namun, adalah lebih baik untuk anda kekalkan penggunaan RON95 jika kenderaan anda tidak memerlukan bahan api RON97. Ini adalah kerana tiada statistik yang membuktikan bahawa RON97 memberikan prestasi yang lebih baik daripada RON95 bagi kenderaan yang mempunyai enjin yang sama.

Dan jika kerap berlaku penukaran penggunaan bahan api, ia boleh merosakkan enjin kereta dalam jangka masa panjang malah mampu menyebabkan letupan, jelas Kelvin.

Setuju dengan kenyataan Kelvin adalah bekas penyunting majalah automotif, Douglas Tan yang berkata jika enjin kereta anda dioptimumkan untuk menggunakan rON95, makan dengan mengisi RON97 tidak akan menguntungkan apa-apa dari segi prestasi atau kecekapan.

Apa yang hanya akan dirasakan adalah operasi enjin yang lebih lancar, dan itu hanya disebabkan oleh gred bahan api yang lebih baik dengan penarafan RON97, dan bukannya kerana RON97 itu sendiri.

Menurut Douglas Tan lagi, ini terbukti melalui banyak ujian yang menunjukkan penurunan pada kuasa kuda (horsepower) bagi kenderaan dan juga menyebabkan "ketukan enjin" yang boleh menyebabkan beberapa masalah serius.

Rujukan:

1. The Sun

2. iMoney

3. Paultan




Hakcipta iluminasi.com (2017)