Oleh pada 24 Aug 2021 kategori

Kredit: Instagram @bellaastillah

 

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah berkongsi pengalaman seramnya di sebuah kawasan peranginan menerusi Instagram, baru-baru ini.

 

Ketika itu, Bella yang baru berumur lebih kurang 9 tahun dan adiknya, Didi Astillah menjalani penggambaran untuk sebuah album kanak-kanak.

 

Setelah selesai, mereka bersama ibubapa dan seorang runner berbangsa Cina disediakan sebuah kondominium sebagai tempat tinggal.

 

Meskipun pelik kerana kru terlibat enggan tinggal di situ, mereka tidak mahu membazir wang untuk menyewa hotel.

 

"Sebaik tiba di sana pada waktu malam, kelihatan terlalu banyak kereta dan parkir penuh.

 

"Runner tersebut mencadangkan supaya parkir di tepi jalan sahaja dan kami sekeluarga bersetuju," ceritanya.

  

 

Di dalam lif, terdapat seorang lelaki berbangsa India berpesan agar mereka berhati-hati.

 

"Di rumah tersebut, banyak kejadian pelik berlaku terutamanya Mama diganggu sangat teruk.

 

"Kaki Mama ditarik dan diseret seperti dalam filem atau drama seram.

 

"Paling menakutkan, ketika masuk ke bilik air, Mama ternampak seorang perempuan sedang baring di tab mandi.

 

"Mukanya tidak kelihatan dan berambut panjang. Terdapat darah yang mengalir lalu Mama pun pengsan," katanya.

 

Ibu isteri kepada Aliff Aziz itu turut mencekik dirinya sendiri dengan kuat sehingga terpaksa ditampar oleh ayahnya sebanyak 3 kali.

 

"Televisyen yang ditutup juga terbuka semula dengan sendiri dan terdapat bunyi cerek dari dapur.

 

"Tidak cukup dengan itu, kedengaran suara perempuan menangis yang semakin lama semakin kuat," sambungnya lagi. 

  

 

Disebabkan berada di kawasan tinggi dan terlalu gelap, mereka terpaksa menangguhkan hasrat untuk keluar dari kondominium tersebut.

 

Mereka membuat keputusan untuk berjaga sementara menunggu waktu pagi.

 

Sebelum bergegas pulang, mereka terkejut kerana parkir kondominium tersebut bertukar kosong.

 

"Jadi, bayangkan apa kami nampak semasa kami sampai. Mungkin mata kami sengaja dikaburkan.

 

"Tidak mungkin semua kereta tersebut keluar serentak pada waktu subuh," akhirinya.

 

Netizen dilihat memberikan tekaan mereka.

 

"Kisah ini sama seperti yang dilalui saya dan kawan-kawan dahulu. 

 

"Saya tidak nampak gambar tempat tersebut sudah ditunjuk awal.

 

"Apabila Bella bercerita, saya terus fikir tentang pengalaman saya di Amber Court," tulis seorang netizen.

bellass1 146

 

"Di Genting Highlands bukan? Tempat judi besar dahulu.

 

"Banyak kes pernah terjadi di apartmen tersebut," dedah seorang lagi netizen.

bellassfinal

 

Sumber: Instagram Bella Astillah




Hakcipta iluminasi.com (2017)